Bedah siasat kedua Beng Hock dijangka 5 jam

TERKINI 2


Oleh Syed Jaymal Zahiid


PETALING JAYA, Nov 22 — Proses bedah siasat mayat Teoh Beng Hock ? kematiannya mencetuskan kontroversi empat bulan lalu — bermula pagi ini dan dijangka mengambil masa lima jam.

Sebelum ini proses itu yang bermula 9.30 pagi tadi dijangka berakhir tengah hari ini.

Peguam keluarga Teoh Gobind Singh Deo berkata, pakar patologi hanya menyermpurnakan kerja-kerja imbasan komputer dan sinar-X pada pukul 11 pagi tadi.

Read more...

Mustapa: Umno Kelantan perlu eksploitasi isu PAS tarik sokongan

PASIR MAS, Nov 22 - Umno Kelantan masih mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan sokongan rakyat memandangkan banyak kelemahan pada PAS yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata bagi tujuan itu Umno perlulah meningkatkan jentera penerangannya dan harus merebut peluang akan kemelut yang melanda PAS.

Barisan Nasional kehilangan pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum 1990.

Read more...

Husam Musa mahu berundur?

Husam Musa mahu berundur?

PETALING JAYA, Nov 22 — Spekulasi mengenai kedudukan Datuk Husam Musa dalam pentadbiran kerajaan negeri dan PAS Kelantan terus diperkatakan dengan laporan terbaru mendakwa beliau telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan pertengahan minggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti.

Mingguan Malaysia dalam laporannya hari ini menyifatkan ia sebagai "satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu."

Read more...

Dakwa salah nasihat, Pemuda PAS mahu A-G letak jawatan

PETALING JAYA, Nov 22 — Dewan Pemuda PAS mahu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dihadapkan ke tribunal ekoran dua keputusan mahkamah minggu lalu yang didakwa telah gagal menjalankan tugas dengan baik, sekali gus menjejaskan imej kerajaan.

Malah sayap itu juga meminta Peguam Negara meletakkan jawatan dengan memikul tanggungjawab secara moral ekoran dua keputusan signifikan itu.

Read more...

Husam patut tinggalkan PAS?

PETALING JAYA, Nov 21 – Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang semalam mengakui wujudnya elemen konspirasi untuk menjatuhkan beliau wajar meninggalkan kerajaan negeri dan PAS?

Pembantu kanan, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang minggu lalu dipecat sebagai pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu berkata beliau amat gembira jika Husam meninggalkan kerajaan negeri Kelantan.

Kata beliau, tidak berada dalam kerajaan negeri dan meninggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam.

Read more...

Sponsored Links