MEI 31 - Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya.
Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
“Orang Melayu menerusi Umno bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain’’.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.
Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
“Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
“Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain? – Mingguan Malaysia

written by orglama, May 31, 2009
written by Ethnic Chinese Bystander, May 31, 2009
written by urangsabah, May 31, 2009
Quote
"pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.” Unquote
A Pitiful case of a pure Racialist Bigot -
written by Malaysian, May 31, 2009
Kamu ini mungkin buta sejarah atau sengaja hendak memutar belitkan sejarah (yang biasa dibuat oleh UMNO) . Kalau memang tak tahu, buka buku bacalah. Janganlah syok sendiri dengan ilmu mu yang cetek itu.
Kami ini generasi moden dan kami bukan racist macam kamu. Orang macam kamu ini adalah seperti sumpah - sumpah. Menukar warna kulit bila nampak kesesuai. Ini bukan mengenai sejarah ciptaan UMNO tetapi sejarah Malaysia and Dunia.
Kamu ini patut ditangkap di bawah akta hasutan, mungkin kamu ini kebal undang-undang kerana ahli UMNO. Saya akan menerima semua manusia sebagai saudara kerana saya mementingkan sifat kemanusian dan bukan sifat mementingkan diri seperti kamu.
Apa yang kamu hendak sekarang ? Kumpul semua rakyat Malaysia berbangsa Melayu di bawah UMNO supaya kamu boleh terus memperbodohkan rakyat Malaysia berbangsa Melayu ? Memang tipikal pemikiran orang UMNO. Pecah dan Perintah. Mentali tinggalan orang putih (yang lantang dicabar oleh orang UMNO - Podah.... Hipokrit).
Awang Selamat, Utusan Malaysia, News Strait Times semua adalah agen propaganda racism UMNO. Tapi ingat , orang Melayu tidak boleh dan tidak akan membenarkan orang tiga suku macam kamu untuk terus memperbodohkan kami supaya kamu boleh terus melarikan duit berbilion bilion ringgit ke swiss bank
Malaysian.
written by wkc, May 31, 2009
Your open attempt to "divide and rule" is such an old trick that everyone is sick of it, except you. At the end of the day, your intention is to pit the Malays against the non Malays with you acting as the indispensable middle party safeguarding their rights & privileges. You have been doing that the past 5 decades, haven't you ? So, see the condition of the country now.
I have worked with so many colleagues of all races in the private sector and they are all committed to their work, achievements & gathering of new and advanced knowledge to keep up with the changing world. Every working day, we toil & work hard to meet our targets, to put ourselves in good stead for increments, bonuses & promotions. Together & with mutual cooperation we progress.
So, why are you still focusing on those dinosaur theories & principles of racial rights & supremacy ? Why are you still telling us that we are different ? Justify your existence by forging national unity for a start and perhaps then you will find that opposition to you will decrease.
written by dol selamat, May 31, 2009
Datuk, ayah dan saya adalah di antara orang melayu yang telah membeli saham Utusan Melayu ketika di lancarkan pada tahun 50'an. Kami berniat membantu orang melayu mempunyai saluran untuk menyuarakan pendapat dan keluhan mereka kepada pemerintah supaya terbela nasib kami.
Sejak tahun 80'an, Utusan telah berpaling tadah menjadi salah satu alat yang di kuasai oleh pemerintah untuk memutar dan menyimpangkan perkara benar menjadi dusta! Utusan juga menjadi penyibar fitnah dan penyambung terhadap perbuatan yang di larang agama! Sehingga masyarakat merasakan utusan telah berubah hingga MELOYAKAN!
written by Rebel, May 31, 2009
I am speechless and i leave it to you to ponder upon the truth in it!
written by norizan, May 31, 2009
Justeru, segala dasar dan polisi hendaklah mengambil kira rakyat malaysia sebagai satu entiti bukannya mengikut kepentingan kaum masing-masing. Apakah anda belum sedar bahawa rakyat Malaysia seluruhnya tidak berpuashati dengan dasar pemerintahan BN yang menyebabkan parti itu ditolak majoriti rakyat semenanjung? Semua rakyat tidak kira apapun keturunan tidak bersetuju dengan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin BN. Banyak gejala rasuah dan salahguna kuasa yang tidak dapat ditutup lagi, didedahkan di media-media cetak dan elekronik membuatkan rakyat generasi ini sedar. sebab itulah BN ditolak oleh kaum cina, kaum India, hatta orang melayu sendiripun.
Bukanlah bermaksud apabila UMNO-BN ditolak, bermakna kuasa Melayu diperlekehkan. Bukan kami tidak tahu modal yang sedang cuba dijaja oleh Awang Selamat. Setiap kali sokongan rakyat berkurang terhadap BN maka isu hak orang Melayu pun dibangkitkanlah. Kononnya untuk memancing perasaan orang Melayu supaya kembali menyokong UMNO demi kelangsungan hak istimewa ini. Apa yang istimewanya menjadi Melayu? Yang kita nampak, orang Melayu yang benar beruntung ialah kroni-kroni para pemimpin yang mendapat segalanya;dari biasiswa anak-anak sehinggalah dana perniagaan dari khazanah rakyat! Itulah golongan istimewa UMNOPUTRA!
written by sel, May 31, 2009
Di Sri Lanka Rakyat India tidak diusir keluar. Mereka dilayan buruk olih tentera diarah olih Presidenya kerana beliau tidak dapat terima bahawa Tamil Sri lanka begitu kuat.
Apa kamu kata kita hanya di Malaysia diterima baik. OI bodoh! di London, US,dan banyak negara yang maju dan bukan bodoh sombong macam hang kaum India dan Cina diterima baik.
Jangan putar belit issue ini untuk kepentingan hang.
Apa kata hang kejar perompak-perompak dalam kes PkFZ dan bawa kemuka keadilan? Hang pergilah buat kerja ini dpd menulis hasutan ini. Hang akan direspect.
written by Monitoring, May 31, 2009
written by sans, May 31, 2009
Is this meant to bind forever and are MIC and MCA decisions mean to bind people for generations?
This is a rubbish argument. The same could have used in America, that those descended from slaves (I use this as an analogy NOT a comparison) were given citizenship that they should not have agitated for their civil rights, they were meant to be gratefull eternally and not get uppity.
And who are these who sacrificed? are they Awang selamat's ancestors? What has he sacrificed in the here and now?
written by Truth Believer, May 31, 2009
Siapa mengkhianati Melayu? Orang Hindraf kah atau Orang Cina kah ?
Mari kita analisis skandal BN yang semakin hari semakin berlambak termasuk:
highway tolls (10% hikes every 3 yrs),
PKFZ,
Angkasawan,
Submarines,
Tenaga IPP,
Balak hilang di Pahang
BMF,
fuel prices sudden heights,
mega white elephant projects,
man-made lakes & bridges in Putrajaya,
crooked bridge,
bailouts syarikat syarikat kroni,
AIMST,
Zakaria Deros & his Palace,
VK Lingam,
Biro Tata Negara,
Racist Ahmad Ismail,
Snake Racist Hamidah Osman,
money politicians & Ali Rustam,
Balkis,
Khir Toyo & Disneyland,
Kalau semua wang dalam skandal ini digunakan untuk membantu Melayu yang susah nescaya istilah Melayu susah tidak akan wujud sama sekali........
Jadi sudah terbukti siapa yang mengkhianati Melayu.
Walaubagaimanapun, beranikah Awang Selamat membuat pendedahan ini dalam Utusan Melayu daripada hanya menyalahkan Hindraf dan orang Cina?
written by durian, May 31, 2009
Another old timer with old thinking ... nothing else to do, always look back at history ? then how to progress , moving forwards toward vision2020 ?
These type of stuburn old minded people shall be sent to a remote island , where there can setup an old kesultanan empire like in olden time palace TV series, let them be happy over there.. no TV, no Astro, no internet .... no KFC, no 7-11, no need computer ... no need to study too hard ...etc
Letting these type of old minded people to continue writing, will hinder the progress of Malaysia towards vision2020 realisation.
written by ab_kjg, May 31, 2009
written by li, May 31, 2009
So no Awang Selamat, the AMNO leaders of that time weren't as generous as you remembered. If you want to truly show AMNO's generosity tell us how you helped the Malays? 50 years has passed and the Malay community remains largely in a sorry state, while AMNO leaders like Toyol and gang can play with millions, perhaps even billions.
written by clone one, May 31, 2009
Memang rubbish .....
Dear Chinese , Malay , Indian , brothers and sisters , let suit Awang kuat-kuat .....
written by Teh, May 31, 2009
Our yellow ancestors mostly are all migrated to this land over a different period of time. But that doesn't mean who first must rule the land. Even a powerful nation like USA is not run by its native peoples and there are other countries as well.
As written in the history book that Malays, Chinese, Indian, and others have also played a part and fought for the country independence. Everyone had played a part one way or another and they deserved to be "warganegarawan" of this land.
What we need is a nation of progress and prosperity.
We need no racist here.
We need no religion talk.
We need no propaganda from anyone.
We need no corruption.
We need to think out of the box.
We need one Malaysian.
written by Asam Pedas, May 31, 2009
Barua Awang Selamat !
written by Hang Tuah 1, May 31, 2009
I want to see if the Police will act against him - he must be taken to police station for statement and to be charged in court soon.
I want to see if Najib as Umno President - that he will ask Awang Selamat to shut up and he is speaking against 1Malaysia.
Since Awang Selamat quoted Tun Tan Siew Sin for his speech in April 30, 1969 -
I want to see if Ong Tee Kiat as MCA President will react against this article and right what is wrong.
Hmmm, interesting - Siew Sin had said nice words in April 30, but two weeks after - May 13, 1969 - racial riots instigated by someone and you cannot say he is Orang Melayu menerusi Umno bermurah hati. 100s or 1000s of Chinese died in that attack.
Since Awang Selamat quoted from Tun V.T Sambanthan in his speech in June 1, 1965 -
I want to see if Samy Vellu, MIC President will react against this article and put things in right perspective.
Interestingly, Awang Selamat never quoted anything from Tunku Abdul Rahman - UMNO President at that time. He also did not quote anything from Onn Jaafar the founder of Umno party in 1946.
It was Onn Jaafar who wanted to welcome all races into Umno, but Umno rejected Onn Jaafar.
Let us reflect one point (renung) raised by Awang Selamat:
Tan Siew Sin mentioned about awarding citizenship to Chinese and other non-Malays when Malaysia achieved independence - he noted that 90% of non-Malays received their citizenships while before independence that same 90% of them had already lived in this land for almost 100 years during the British colonial rule.
I am not sure what citizenships in Malaya - during the British rule, Malaya was not an independent country. They were citizens of the British Empire. You only need the citizenship paper when Malaya became a nation.
In the social contract leading to independence, the issue of nationhood and citizenship was discussed and agreed that all who lived in this land are granted the Malayan status.
This social contract is enshrined in the federal constitution, and for Awang Selamat to raise this sensitvie issue again and again - the issue of racism and accusing non-Malays of such is tentamount to Sedition.
Since Awang Selamat always write on this kind of sensitive issue, I think the public should engage with this article. He did say Let us renungkan...
Awang Selamat's Melayu dikhianati??? Betrayed by whom????
If you ask the Melayu, they will tell you that the real traitors are people like you.
written by syazwan, May 31, 2009
written by SAM, May 31, 2009
Nampaknya Awang segaja mengambil dua negara yang bersikap "menyeleweng" sebagai contoh demi untuk mempertahankan hujahnya yang amat "menyeleweng" itu.
Bukankah artikel Awang berbau hasutan semata-mata dan bertujuan untuk memperapi-apikan perkauman?
Apakah Awang sudah buta dengan pengkhianatan besar yang berlaku di depan mata Awang? Siapakah yang sebenar dikhianati?
written by part-time fisher, May 31, 2009
His line of questioning really makes him sounds especially insulting to his community; especially his last para.; has he forgotten OBAMA in the US? Surely he has no knowledge of the Chinese in Thailand! Bull Shitter!!!
written by doriyakiz, May 31, 2009
These racist should be arrested and locked up when UMNO falls in GE13
written by wilson, May 31, 2009
written by manppin, May 31, 2009
written by Kaum Pengkhianat, May 31, 2009
written by Din Haron, May 31, 2009
written by Zidane, May 31, 2009
written by Fred, May 31, 2009
written by jasree, May 31, 2009
written by bt, May 31, 2009
written by Adoiiiii Msia tamatla, May 31, 2009
written by orang_melaka, May 31, 2009
Beringatlah, UMNO tidak diwariskan kuasa untuk memerintah selama lamanya di Malaysia. Jadi, kamu pun usah lah ingat boleh menulis sebarangan dan "Kebal" dari tindakan undang undang!
Ramalan saya: Awang Selamat tidak lagi selamat
written by akmal, May 31, 2009
Kalaulah Awang Selamat ni betul2 berjiwa Melayu,apa perasaan Awang terhadap kenyataan Dr Mahathir.
Bagi Saya kenyataan itu menggambarkan Bahasa Melayu sudah tidak ada nilainya untuk subjek tersebut.
written by Abdul 'Afuw, May 31, 2009
Sejak bila pulak Malaysia satu-satunya negeri yang terima baik orang bukan peribumi (dalam definisi kamulah Awang)? Di England orang putih terima seadanya orang yang tak putih dan kalau mereka warganegara, sama setaraf haknya dengan orang putih di sisi undang-undang. Kalau ada orang putih yang racist, itu dia la punya pasal, pokoknya, orang yang kena diskriminasi boleh amik tindakan undang-undang. Kat Malaysia pulak, kalau orang macam kau Awang, tulis artikel kutuk bangsa lain macam artikel ni, tak boleh diambil tindakan walaupun aniaya orang. Malaysia ni nak jadi setaraf Zimbabwe dah dari segi racism, rasuah dan macam-macam lagi.
Tan Siew Sin cakap tu kena la ukur pada zamannya. Mungkin kau suka dengar zaman Tun Tan Siew Sin atau zaman bapaknya dulu, British kata kita orang Melayu ni bangsa kulit perang yang pemalas dan bodoh. Mana boleh pakai dah pemikiran macam tu. Nabi yang cakap untuk sepanjang zaman, suruh kau jangan assabiyah, kau tak dengar pulak.
written by wkc, May 31, 2009
written by victor, May 31, 2009
written by tricycle, June 01, 2009
Mahathir used to be Ultra Malay. But he is not a Malay at heart. He divided and destroyed Malaysia, while he was in power, while he was not in power and after being reappointed the "de facto" PM recently. Not only the Malay suffers, I bet the Chinese and Indian too will feel the pinch.
written by freedom pursuer, June 01, 2009
statement like this not consider seditious? i want to ask Kerismudin from home ministry!
written by ibnu yaacob, June 01, 2009
written by Radenshah, June 01, 2009
written by Aries, June 01, 2009
Certainly, if he could comment, likewise others could also do so. What is his problem? Aren't the Indians and Chinese and other non-Malays naturalised citizens of Malaya and thereafter Malaysia and deserving their rights and liberties?
Why raise the old issues again? Is that just to point to the magnanimity of the malays and the ungratefulness of the others?
Nobody is trying to "khianati" the Malays. It is just a figment of your uncensored imagination!
Prove that Awang! If you can't , just RETRACT YOUR SENSELESS ACCUSATIONS and APOLOGISE and not try to pit the malays against the other ethnic groups.
IF Awang ever wanted to make a sincere comparison, let him NOT compare us with THIRD WORLD countries.
Why didn't he compare us with, say, THE USA? And see where Malaysia stands?
Obama, an African American, whose paternal family were Muslims, who had embraced Christianity IS the President of a nation no less than The USA!
If a person in Malaysia, whose father and family are traditionally Muslims, had "converted" to any other religion, he would be facing tremendous and crazy pressure from the Malaysian Muslim community, especially those who thought of themselves as holier than thou and are authoritative in Islamic matters.
Let alone that person aspiring to lead the nation as PM or whatsoever!
What does Awang have to say about this?? We think he should leave his emotions aside and consider the NEW REALITIES of the MODERN WORLD.
Wondering what "21st century, borderless world, globalisation, universalism, Oneness of Mankind, Oneness of Religion, Oneness of God, etc., etc." mean to him??
Cast your parochial, communal, racist, historical, emotional, non-constructive, non-progressive, holier than thou, "more right and protected than those of other ethnicity", backward and obsolete BAGGAGES to the BIG and DEEP SEA of ancient thoughts!
After that come back, refreshed, changed, rejuvenated and up-to-date, and offer us your world view again. You MAY BE SURPRISED with what you are capable of!
written by amoker, June 01, 2009
Whatever la awang.. you are just a bloody racist who will not be jailed. No use to complain against you.
written by mh, June 01, 2009
You wrote: "They are more vile than the useless Me-Layu."
Please explain what you mean by this. Do you mean to imply that Malays are useless & vile? If so, what is the difference between you & Awang Selamat?
written by Daniel Chang, June 01, 2009
I hope those who read Utusan be more critical about their writing and use their own judgment on all the revelation to the citizen on ruling government capability and ability to lead the nation. it's better that the rakyat to elect new government that is inexperience, at least there are not corrupted and try harder to deliver the public goods for the Rakyat.
I believe strongly that the misdeeds is done by the Malay ruling government and their close associates (non-bumi) involve as well. I don't care who rule the country regardless of race & religion, but be diligent and fair in their policies and actions. I am race blind - what i want is leaders that delivers not just play politics.
written by Saya Nanti Rasuah RM20 Juta, June 01, 2009
written by Hang Tuah 1, June 01, 2009
---
Awang Selamat is a pen name for UMNO.
He is a ghost writer.
He is not a real person.
What Awang Selamat wrote is a blatant lies.
He can bluff the Malays, but not the Chinese.
His target audience are Malays who read his newspapers.
So he does not care if Chinese believes him or not.
He wants the Malays to hate and to believe falsehood.
That means his religion is not pure, his belief is hate motivated.
He says in the following countries
Thailand, Vietnam, Cambodia
Chinese are not welcome
Citizenships not given or something like that.
This is a serious statement and bring shame to Malaysia.
The embassies in these countries are laughing and tickled to death...
Silly statements, only Malays will believe but not the Chinese in Malaysia.
I have been to these countries, I have friends in these countries...
I know Awang Selamat is telling lies.
One thing for sure.
in these three countries...
there is no discriminating policy like NEP.
Awang Selamat raised issue on citizenships on non-Malays,
This is seditious, he does not respect the federal constitution and the social contract.
Since Awang is not a real person, he is just a pen name...
you cannot take him to court under Sedition Act or detain him under ISA.
He can write anything he wants, he is UMNO's mouthpiece.
Can you take UMNO to court for seditious statement???
Can you arrest UMNO under ISA???
Umno created the Sedition Act and UMNO created ISA.
The person who created this could be the father of Najib.
Melayu dikhianati???
The answer is YES.
And the traitor is UMNO.
written by umnoputras, June 01, 2009
written by toothlesstiger, June 01, 2009
written by zularif, June 01, 2009
DAP dan MCA walau berlainan fahaman politik tapi tak pernah bunuh lawan depa
tapi apa da berlaku di lubuk merbau kedah, hang da lupa ka?
cuba hang ulas
written by din haron, June 01, 2009
written by anak malaysia, June 01, 2009
written by Vik, June 02, 2009
written by xt, June 02, 2009
Yes, I truly love Malaysia where the son of an Indian from India can become Prime Minister with an UMNO membership #00001.
But, you keep on asking "di mana". I think "di amerika" and some European countries, immigrants were given equal rights as citizen and if they are minority, laws were put in to protect them.
Awang, awang... you are truly buta ilmu & pengetahuan am.
written by BEnd, June 03, 2009
Awang patut dikenakan ISA kerana menimbulkan kebencian rakyat sesama sendiri. Orang seperti Awang is hanya akan membawa malaysia ke zaman purba.
written by Bex, June 03, 2009
written by Wee, June 03, 2009
Let me just give you one short explanation.
"Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”
You are saying that, the Malay leaders gave the other races a citizenship..and the other races are given a life in Malaya. Yang kau bodoh sangat tu kenapa?? Itu masa penjajahan! masa tu SEMUA KAUM dihalau ke sini dan kesana.
Soalan I tu senang sahaja, kenapa kaum lain di negara ini tidak diberikan hak yang sama padahal, yang datang masa MALAYA tu dari negara lain berhijrah ke sini, TETAPI yang ada sekarang nie, orang MALAYSIA yang lahir serta dibesarkan di sini. Kau kata bangga dilahirkan disini, sebabnya kau dapat semua hak kamu, padahal kita orang yang lahir kat sini, tak dapat hak kami sepenuhnya!
I tak tahulah, umur kau tu berapa, kau experience ke tak dalam bidang kewartawanan ini, tapi - kau memang tak layak jadi editor ke reporter! A reporter should be well versed with what's going on around him and not write biasly like you did. A reporter should know how to think open-mindedly, unlike u - racist! We don't need one like you to be in a noble profession like reporting as 'A pen says alot' but when its with a person like u, it does horrible things like creating racial tension! SHAME ON YOU!
written by jordi, June 05, 2009
written by Nickyboy@Arsenal, June 05, 2009
Yet it is the Majority here who are complaining of discrimination , unfair treatment, whatever more....
I know it is not all the Malays who fell in this category..many of them that I know are hardworking ppl who prefer recognition upon merit...but it is cow dungs like Awang Mati who thrives on racism!!!




