JUN 1 – Bagi kebanyakan orang, Ahad adalah hari untuk rehat kerana ia hari cuti. Malangnya Mingguan Malaysia semalam (31 Mei 2009) tidak membolehkan saya rehat dan merasa tenang.
Malahan tulisan-tulisan dalam akhbar itu menimbulkan rasa kecewa, mengingatkan saya betapa jauhnya akhbar Melayu ini dari realiti sebenar kehidupan di Malaysia serta besar jurang pendirian akhbar itu dengan pemikiran orang Melayu masa ini.
Mungkin inilah menyebabkan Utusan semakin hari semakin kurang orang membacanya.Tema dan asas cerita utamanya adalah perkauman, perkauman dan perkauman.
Saya sebenarnya sudah malas baca tapi bila melihat tajuk “Melayu dikhianati?” tulisan ideolog utamanya Awang Selamat, saya paksa diri untuk tahu lebih lanjut.
Kata Awang Selamat, semakin hari semakin teruk hatinya ditoreh oleh tuntutan kaum bukan Melayu yang dakwanya berbau rasis yanag berkemuncak sekarang ini dan bermula sejak keputusan pilihanraya yang lepas.
Wah! Dengan lain perkataan, rakyat Malaysia mestilah menjaga hati Awang Selamat sebelum membuat apa-apa tuntutan kerana bila hati Awang Selamat tertoreh, maka hati Umno pun tertoreh; dan bila hati Umno tertoreh maka hati Melayu pun tertoreh. Begitulah agaknya logik Awang Selamat.
Dia tidak sedikit pun mengulas apa yang dituntut oleh rakyat Malaysia yang bukan Melayu itu.
Apakah yang “kerterlaluan” itu? Kalau pun mereka bertanya soal biasiswa atau pembahagian tanah atau peluang kerja; tak bolehkah dijawab secara rasional dan berpandukan fakta.
Mengapa mudah benar tertoreh hati? Apakah segala tuntutan orang bukan Melayu itu (yang ada hak di bawah Perlembagaan) tidak wajar dan tidak berasas?
Mengikut Awang Selamat begitulah agaknya kerana 50 tahun dahulu Umno dan Melayu telah “bermurah hati” memberi kerakyatan kepada nenek moyang mereka semasa Merdeka.
Jadi kerana kerakyatan itu diberi atas ehsan dan besar hati Umno maka anak cucu mereka tidak sama sekali boleh MEMBUAT APA-APA TUNTUTAN kerana mereka mesti sentiasa dan selama-lamanya mengenang budi kemurahan hati Umno.
Pemikiran seperti inilah yang saya maksudkan sudah tidak laku dan ditolak oleh rakyat semua. Bila rakyat meminta sesuatu walau pun dari Melayu, Cina atau India, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (dan akhbar yang bertanggung jawab menilainya) untuk cuba menunaikan permintaan tersebut.
Kalau keterlaluan, terangkan saja mengapa tapi jangan ungkit sejarah untuk menutup kekurangan kita. Janganlah sentiasa naik marah dan mengugut dan memberi serpihan sejarah yang tidak lengkap untuk membuat modal politik.
Kita mendapat kemerdekaan kerana British telah bersetuju dengan pihak Perikatan dalam hal syarat-syarat kemerdekaan tersebut. Bila kita bersetuju, kita hormatilah perjanjian tersebut.
Usahlah nak ungkit bahawa kita bermurah hati memberi kerakyatan yang mudah kepada Cina dan India. Hakikatnya itulah syarat yang kita setuju.
Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai. Sejak Gerald Templer dihantar ke sini oleh Winston Churchill pada tahun 1952, semua pihak berusaha mencari jalan ke arah memerdekakan Malaya tetapi dengan syarat yang perlu diselesaikan ialah penerimaan kaum Cina dan India sebagai warganegara.
Kerajaan British tegas dalam hal ini. Dan Umno setuju dengan syarat ini. Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan faham dam menerima dengan hati terbuka. Apakah Utusan ada fakta sejarah yang berbeza?
Tapi katakanlah kita terima pandangan kononnya Umno telah “bermurah hati “tentang kerakyatan kepada mereka yang menjadi warganegara lebih 50 tahun dahulu; adakah Awang Selamat mengharapkan cucu cicit mereka sekarang ini tidak langsung boleh bersuara tentang hak mereka? Adakah mereka perlu diam kerana tok nenek mereka dulu kononnya telah mendapat ehsan dari Umno?
Pemikiran feudal ini tidak ada tempat dalam sabuah Negara moden yang menghormati hak rakyat nya sendiri.
Satu lagi rencana ialah tulisan pengarang kanan Zulkiflee Bakar yang memberi nasihat kapada pembaca Utusan supaya jangan buta sejarah.
Agaknya Melayu macam saya ini dianggap buta sejarah. Sebenarnya soal sejarah tidak sukar dipelajari dan saya memang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah.
Tetapi orang yang paling malang dan kita kasihan ialah orang yang buta hati. Bila hati kita buta, tidak ada fakta dan ilmu yang dapat mengisi kekosongan dalam diri kita. Akhbar Utusan dan Mingguan sepatutnya membantu Perdana Menteri meneroka paradigma baru seperti dalam mencari erti 1Malaysia yang sebenar (perkataanya pun ialah Malaysia; bukan mana-mana kaum tertentu).
Akhbar ini sepatutnya membantu Perdana Menteri mencari jalan membangunkan ekonomi dengan pendekatan dan dasar yang lebih pragmatik dan adil. Akhbar sepatutnya mencadangkan cara yang pragtik dan progresif untuk membantu PM bukan menjadi pelobi ideologi yang usang .
Tapi Utusan masih mahukan gurindam perkauman. Bagi Utusan, Melayu gagal kerana orang Cina, kerana orang India. Sedarlah Utusan, orang bukan Melayu dan Melayu sendiri pun sudah dapat membezakan antara Melayu dan Umno, tahu bahawa bila dasar Umno dikritik, ia bukan mencabar Melayu tetapi mencabar Umno.
Usaha nak lagakan Melayu dan Cina kian hebat di usahakan tetapi percaya lah api perkauman tidak mungkin dapat menyala saperti dahulu.
Usahlah mudah tertoreh hati bila sesuatu dasar Umno dikritik dan dipersoalkan. Orang Melayu telah banyak berubah minda dan kefahaman mereka tentang Malaysia dan masa depan mereka; mereka tahu perbezaan itu.
Mereka tahu apa yang menanti dalam dunia yang penuh mencabar ini. Dan apa perubahan yang perlu mereka lakukan. Cuma Utusan belum sedar perubahan ini.

written by malaysian4ever, June 01, 2009
Lebih baik tuliskan artikel-artikel yang boleh menyokong wawasan PM kita yang sangat "dihormati"...
written by LAWL & ORDER, June 01, 2009
I love Melayu. But I don't love UMNO.
written by Joebuddy, June 01, 2009
Political parties come and go but Malaysians and Malaysia as a nation stays and continue to progress. With or without UMNO and any other political party for that matter, we will continue on our journey towards becoming a peaceful n successful nation.
written by longjaafar, June 01, 2009
written by Vikraman, June 01, 2009
Oh and I received a free copy of the New Straits Times today, is this the way NST is hoping to boost their rapidly declining circulation numbers? By delivering free papers instead of actually reporting the news and writing decent editorials? Rest assured that the paper quickly found its way to the rubbish bin outside my house. The only place the UMNO Internal Memo as I have christened it belongs.
written by Just a thought, June 01, 2009
written by Hang Tuah 1, June 01, 2009
I hope Awang Selamat and others in Umno media are reading this article.
It is so true.
Malaysians can see the difference.
Umno is Malay but a Malay is not necessary Umno member.
I can agree.
Malays have changed.
Umno has not.
For this reason, Umno will be self-destruct.
Umno blames others, but they never grow up.
Umno blames non-Malays for failures of Malays...
While Umno continue to give aids blindly and
this silver spoon feeding will weaken the resolve in Malays to fight and compete fairly in this world.
It is like a man with a broken leg and it is plastered...
but after some time, the plaster is removed but we give him crutch to walk with...
after 52 years, this same man is still walking with crutches.
He should be running on his own 2 feet, but out of kindness we destroy him.
Kindness is not helping a person to walk on crutches all the time...,
it is more kindness to remove the walking sticks and demand that he walks independently.
There is always a motive in Umno's speech,
Using a pen name is not transparent and open to all.
Hiding under a pen name is an act of cowardice.
Always pointing to history, but never giving the full story.
Read your children's school text books on history,
How history facts have changed...you will be shocked.
written by K Pulen, June 01, 2009
written by kl_boy, June 01, 2009
written by shamsul, June 01, 2009
written by seberang, June 01, 2009
Thank God, PAS and PR do not share this view.
written by Joey, June 01, 2009
written by doriyakiz, June 01, 2009
written by Ethnic Chinese Bystander, June 01, 2009
written by Ken, June 01, 2009
Saya telah pun menukar perkhidmatan telefon bimbit saya daripada syarikat yang banyak mengiklan semasa berita jam 8 stesen milik UMNO yang sememangnya tidak bertanggungjawab dalam laporannya setiap malam. Saya juga sudah lama tidak mengisi minyak kereta saya di stesen minyak yang banyak sangat mengiklan dalam buletin 1 jam tersebut.
Saya menggesa semua orang yang terpaksa melihat berita tersebut, atau membaca suratkhabar yang sememangnya ekstrimis di atas, tolonglah beritahu kawan dan keluarga supaya JANGAN menyokong pengiklan dalam media tersebut. Dengan cara ini, kita mungkin boleh membuat perbezaan yang mungkin akan memaksa pihak media yang tidak bertanggungjawab untuk menukar pendirian mereka.
Sekurang-kurangnya, kita mesti cuba.
written by Mr U.S. Gill, June 01, 2009
written by zeze, June 01, 2009
written by akutahu, June 01, 2009
Yang malang nya penghuni istana besar di tropicana sudah tak masuk kampung di jeli dan gua musang lagi.
Mereka sudah tidak tahu atau pura2 tak tahu bahawa disana masih ramai melayu2 yang macam dia semasa kecil dulu.Budak2 yang di tinggalkan oleh bapa dan ditinggalkan oleh emak sehingga terpaksa duduk dengan saudara.Tiap2 hari terpaksa berjalan berbatu2 ke sekolah tanpa duit poket untuk makan di waktu reses.
saya bersyukur dan bangga yang datuk defacto dah kaya dan berjaya,sikit pun tak dengki because you deserve it.Namun janganlah sampai jadi takbur dan lupa daratan serta lupa akan melayu2 yang masih perlu bantuan.
written by Asam Pedas, June 01, 2009
Siapa yang bodoh ? Kalau bukan Utusan dan UMNO sendiri yang tembak kaki sendiri, siapa lagi ? Inilah bagai membuka ponggong sendiri untuk dilihat oleh rakyat jelata.
written by din haron, June 01, 2009
written by KF Chan, June 01, 2009
written by AYOP BHAI, June 01, 2009
Amat wajar untuk kita menolak dan menentang sama sekali sebarang usaha yang ingin mewujudkan ketegangan antara kaum atau hanya mendabik dada semata-mata ingin menonjolkan kehebatan kaum tertentu sahaja tanpa mengambilkira hati dan perasaan kaum lain yang juga bergelar warganegara di Malaysia ini.
Adalah dirasakan amat malang sekali apabila disaat seorang Perdana Menteri sedang begitu ghairah melaungkan slogan 'SATU MALAYSIA'nya dengan harapan agar rakyat jelata tanpa mengira kaum dapat bersama-sama mengembeling tenaga memajukan negara ini namun begitu masih wujud segelintir pihak yang kononnya mengaku berdiri teguh dibelakang beliau tetapi langsung tidak dapat memahami dan menghayati erti dan maksud sebenar slogan yang dikatakan keramat itu.
Inilah yang dikatakan didalam bidalan Melayu dahulu 'harapkan sokong, sokong membawa rebah, harapkan pagar, pagar memakan padi' dan begitulah halnya dengan beberapa penulis upahan hari ini
yang sepatutnya membuka mata hati dan minda mereka seluas-luasnya sebelum bertindak memperkatakan sesuatu agar kelak tidak lagi akan dicemuh dan diejek oleh masyarakat 'seperti katak dibawah tempurung' !
written by TreeUnder, June 01, 2009
Memang betul kata kata YBZI ini. Tulisan Awang Selamat adalah hanya pendapat sebilangan kecil Umno Melayu sahaja and bukannya Melayu Malaysia keseluruhannya. Katakanlah di masa akan datang Umno Melayu ingin berniaga di Negara Cina atau India siapa agaknya yang boleh menolong golongan ini dari Malaysia? Kalaulah Umno Melayu, tahun demi tahun, berfikiran sebegai Awang Selamat inginkah kaum Cina dan India di Malaysia menolong kaum Umno Melayu membuka pintu di negara-negara itu?
Inginkah Umno Melayu, seumur hidup, hanya berniaga sesama sendiri di Malaysia sahaja? Tidak nampakkah Umno Melayu yang Australia, Eropah and Amerika sedang bersusah payah sekarang ini mempelajari bagaimana hendak mendekati dan memenangi hati Negara Cina yang akan, pada satu masa yang singkat, menjadi negara ekonomi pertama di dunia ini. Negara Cina telah pun menerokai angkasa lepas!
Janganlah kita berpandangan dekat untuk kepentingan kita sekarang sahaja kerana Negara Cina dan India akan menjadi negara-negara taman perniagaan anak cucu kita di masa hadapan!
So why don't we all discard such a myopic view and work together for the future of our grandchildren! And as for Awang Selamat, let him be happy with his sawah padi!
written by TheMalaysian...., June 01, 2009
written by Daniel Chang, June 01, 2009
I think those editor or writer from the respective newspaper should be stop and acquitted under ISA because there continue to contradict with our PM 1Malaysia direction - the Rakyat have been united but our ruling government is begin to realize their action and policies have to align to the rakyat needs. Serve us...other wise we shall replace the government via peaceful voting on the 13th Election.
written by Malaysian, June 01, 2009
Thank you anak Malaysia for this brilliant article.
Malaysian.
written by Joler, June 01, 2009
written by uji, June 01, 2009
written by samuel sing, June 01, 2009
Utusan bukan tidak sedar, tetapi ianya adalah alat propoganda UMNO yang usangf dan kurang pembaca. Saperti yang saudara menulis, sampai hari ini Utusan tidak memberitahu apa yang di tuntut oleh bukan bumiputera.
Sama saperti pasrti Nazi dalam tahun 1930's yang propoganda yang masaalah yang dilanda oleh masyarakat German adalah disebabkan oleh kaum Yahudi. Kemiskinan yang melanda German selepas Perang Dunia 1 disebabkan oleh masyarakat Yahudi.
Inin adalah propoganda UMNO melalui Utusan yang meyalahkan kaum bukan bumiputera untuk semua masaalah yang dihadapi oleh UMNO bukannya orang Melayu. Iin menunjukan kian hari, UMNO sudah tiada modal selain resipi penakutan perkauman untuk mendapatkan sokongan orang Melayu yang makin hilang semakin hari.
written by Forestbear, June 01, 2009
"Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai."
"Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan faham dam menerima dengan hati terbuka. Apakah Utusan ada fakta sejarah yang berbeza?"
You did right to leave UMNO as it is too late to save UMNO now. UMNO needs to be trashed in the next GE before it will 'sedar diri'. I join the thousands in urging you to join one of the present members of Pakatan Rakyat to empower PR to oust the current racist and corrupt government.
written by rustin, June 01, 2009
written by kenny, June 01, 2009
written by Kriz, June 01, 2009
written by perakian, June 01, 2009
written by Joel C, June 01, 2009
written by Malaysian, June 01, 2009
Now I would like to challenge Awang Selamat.
Can Awang Selamat give a rebuttal to this article with facts and figure?
written by superyoga, June 01, 2009
Kalau hak ini tidak diberi, Malaysia tak akan maju. Lagipun, orang bukan Melayu tak dapat hak mereka (seperti polisi bumiputra), orang Melayu masih tidak maju kerana UMNO yang mengkorek kesemua kekayaan negara dan memberi kepada kuncu-kuncu politik UMNO sendiri sahaja.
Ini menimbulkan kemarahan Rakyat Melayu dan bukan orang Melayu. Apa yang berlaku ialah, orang bukan Melayu bekerja dengan lebih rajin dan orang UMNO yang menggunakan wang rakyat seperti bank ATM sendiri.
Tolong tanya Khir Toyo!!!
Kemudian mereka kata, orang bukan Melayu yang ambil hak mereka. Ini adalah cara UMNO yang dikeji!!!
written by whatdhell, June 01, 2009
syabas!! dato. well said. we need more rational thinking Malay leaders like you!!
written by Pak Lah, June 01, 2009
written by durianguy, June 01, 2009
spread positive affirmation,
spread cohesiveness,
spread respect,
spread trustworthiness,
spread 1Malaysia NOT Kadazan, Malay, Chinese, Indian, etc
written by Helena, June 01, 2009
He article of 31 May 2009 was with heading "Melayu dikhianati?"
An earlier one by him on 7 December 2008, was titiled "Melayu dikhianati".
Yet another one on the eve of Christmas 2000 , had the heading "Bangsa Melayu dikhianati"
An article on 29 Nov 2008 was also about the same subject- under title BISIK-BISIK AWANG SELAMAT!
Anyone from Pakatan want to lodge a report with the authorities, if you guys feel so strongly against such articles?
Let there be some action taken lah. First lodge a report.
Then leave it to the authorities to follow up.
Without reporting to the authorities, no use discussing about this online.
It does not help nor convince the simple rakyat that those who 'champion' for the people, do not even want to do a police report.
Try walk the talk, for once.
Whether the law will take its due course, let the enforcers decide.
But first things first - Anyone want to do the report?
written by azizah, June 01, 2009
Hang Tuah pernah berkata....'Takkan Melayu Hilang di dunia'.......
Kesian Hang Tuah.........
written by dingy, June 01, 2009
written by Akam, June 01, 2009
Without people like yourself, there will be no tomorrow for malaysia
written by Vik , June 01, 2009
written by Apache, June 01, 2009
written by ReformMalaysia, June 01, 2009
sekiranya semua orang-orang Melayu bersikap seperti Zaid, sudah tentu perpaduan rakyat Malaysia yang hakiki dapat dicapai
Melayu UMNO hanya tahu menyalahkan orang lain.
-tidak berjaya kerana kaum lain, kerana penjajah, kerana apa lagi? Jadi di manakah perginya pepatah 'kalau benih yang baik...jatuh di laut menjadi pulau, kalau jatuh di darat menjadi pulau' ?
-takkanlah nanti bila MASUK NERAKA dia nak salhkan orang lain juga -tuhan boleh terimakah alasan engkau-engkau ini?
Inilah fakta sejarah yang hakiki -Orang Asli ialah manusia asal Semenanjung anah Melayu - adakah hak mereka diakui mengatasi kaum-kaum lain termasuk Melayu?
Kenapa Kaum-kaum lain hendak dianaktirikan oleh pimpinan negara sendiri? Malaysia ialah satu-satunya negara negara, tanah tumpahnya darah mereka, lahir dan mati di sini juga.... jadi bukankah perbuatan diskriminasi yang diamalkan oleh UMNO terhadap mereka ialah HARAM dan DOSA? Kalau rakyat terus memberi sokongan kepada pihak yang mengamalkan perbutan HRAM dan DOSA, juga bermakna secara tidak langsung mereka menyokong perbuatan yang HARAM dan DOSA dan adalh menjadi dosa juga?
'Awang Selamat' ini tak akan Selamat di dunia akhirat sekiranya tidak bertaubat mulai sekarang!
written by orangbiasa, June 01, 2009
America has seen a black President, a son of an immigrant. In Malaysia we have people still talking about the social contract which took place 50 years ago, let alone a Non Malay Prime Minister.....
written by John Lim, June 01, 2009
written by hopless, June 02, 2009
Utusan bukan suratkhabar , ia mesti tukar name jadi "Majalah Hiburan umno" .....
Sue Awang Bodoh itu-lah ... tak payah buang masa comment ia .... Sue yg kurang ajar itu .
Awang bodoh memang memalukan orang Melayu ... Orang Melayu mana racist , cuma si-bodoh itu saja yg racist !!!
written by Jacey Khoo, June 02, 2009
written by joemasry, June 02, 2009
written by hang tuah, June 03, 2009
written by Fair Judge, June 06, 2009
written by Malaysia Baru, June 07, 2009
Dunia ini Tuhan/Allah punya...
bukan Melayu Punya
bukan orang Asli punya
bukan cina punya
bukan India punya
bukan Iban, Kadazan punya!
Kalau dinilai dari segi siapa mempunyai lebih hak mengikut siapa terlebih dahulu berada di tanah Semenanjung...... adakah orang Asli Jakun, Senoi dll kurang haknya dari Melayu?
Pergi jahanam Awang Selamat....
written by aries, June 08, 2009
Ever sincere, impartial, level-headed, critical, constructive, transparent, accountable, honest, intelligent, hard working, helpful, virtuous, magnanimous, modern, calling a spade a spade, straightforward, unambiguous, forthcoming, etc., etc., Zaid Ibrahim should be given all the support that he deserves to lead the country out of its old mould and into the NEW REALITIES and ORDER that the country finds itself in.
There is no other Malaysian leader of such calibre and charisma in sight other than Zaid Ibrahim.
If one were to go through recent Malaysian history, Zaid Ibrahim is very much like the late Tun Dr Ismail.
Both are leaders of extraordinary calibre and capabilities and are statesmen in their own right.
Both are fair to ALL Malaysian regardless of ethnicity, religion, ideology or backgrounds.
Malaysians, the SOONER we get Zaid Ibrahim into mainstream politics again, the better the chances that the country will be able to progress and advance to the level that we so desire to attain!
God bless him and Malaysia.
written by GHT, June 26, 2009





I have long been awaiting for a Malay to answer Utusan in the National Language since any "kaum pendatang" who answers who have been shot down for being an outsider. I thank God that there are people like you who are willing to stand in the gap and fight for a "1Malaysia" - ironic that the slogan is being defended by those who are on the outside of the govt.