AUG 19 — Saya adalah antara jutaan penduduk Malaysia yang gemar melayari Internet untuk membaca laman-laman web dan blog yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, kebelakangan ini.
Saya melayari blog-blog dan laman web tanpa mengira ia berpihak kepada kerajaan atau pembangkang. Bagi saya, apa yang mustahak ialah dapat membaca buah fikiran pengendali, penulis dan mereka yang memberi komen dalam blog atau laman- laman web berkenaan.
Ramai yang memberi komen bernas dan membina sama ada di dalam blog atau web pembangkang dan kerajaan. Dalam masa yang sama, ramai juga yang memberi komen tidak bertanggungjawab dan bersifat melampau.
Salah satu laman web yang selalu saya kunjungi ialah The Malaysian Insider, namun bukan bermakna saya meminati laman ini.
Saya perhatikan, apa yang dimuatkan di dalam The Malaysian Insider itu merupakan rencana-rencana yang dipetik daripada pelbagai akhbar arus perdana. Antara artikel yang sering dipetik ialah daripada akhbar Utusan Malaysia.
Hampir setiap hari ada sahaja rencana baru dipetik dan dimuatkan di dalam laman web itu. Ia akan diiringi dengan komen-komen pengunjung yang berupa penyokong pembangkang.
Saya katakan mereka sebagai propembangkang ialah kerana kesemua atau 100 peratus daripada komen yang dimasukkan ke dalam laman web itu berbentuk hentaman, kritikan, kutukan dan pelbagai lagi.
Ada ketikanya saya langsung tidak boleh menerima ayat-ayat dan nada bahasa yang digunakan di dalam setiap komen tersebut.
Ia bukan sahaja berbunyi kasar tetapi tidak langsung sesuai dikeluarkan oleh mereka yang rata-rata mengaku terlalu Islamik.
Bahasa kesat dan begitu buruk diterima pakai di dalam The Malaysian Insider ini dan ia seperti menjadi identiti kepada laman web ini.
Saya cuba menghantar komen berbentuk terbuka dan adil. Tetapi apabila saya membuka kembali keesokannya, komen saya tidak disiarkan. Saya cuba lagi dan lagi namun saya tetap hampa kerana the Malaysian Insider tidak berminat menyiarkan komen yang tidak berat sebelah seperti itu.
Rupa-rupanya pengalaman itu bukan dihadapi oleh saya seorang. Rakan-rakan saya juga pernah mencuba tetapi mereka juga tidak dilayan. Akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa pengendali The Malaysian Insider membuka laman itu dengan niat untuk menghentam kerajaan dan media arus perdana yang menyokong kerajaan.
Maka komen yang disiarkan di dalamnya juga perlulah seperti itu. Jika ada yang memuji atau bersikap terbuka atau adil, komen mereka akan diketepikan.
Ia agak aneh, terutama bagi kalangan yang mengaku mereka terbuka dan mendesak kritikan mereka didengari.
Rupa-rupanya hanya suara hati mereka sahaja yang mahu didengari tetapi pengendali The Malaysian Insider tidak bersedia untuk menerima kritikan. Ia hanya beroperasi untuk menghentam sesiapa yang mengkritik pakatan pembangkang.
Maka kerana itulah ia akan memetik bulat-bulat rencana yang mengkritik pembangkang dan kemudian membukanya kepada komen pembaca. Namun syarat utama ialah mesti menghantar komen yang menghentam atau memaki-hamun penulis rencana terbabit. Ia akan disiarkan.
Saya hairan di mana kredibiliti The Malaysian Insider? Jika mereka mendakwa wartawan yang menulis sesuatu rencana itu sebagai tidak beretika (kerana mengkritik pembangkang) di mana pula etika laman web itu sendiri?
Kepada akhbar-akhbar arus perdana khususnya Utusan Malaysia, apakah tindakan anda semua? Adakah perbuatan The Malaysian Insider itu tidak melanggar undang-undang hak cipta? Bolehkah rencana anda dipetik sewenang-wenangnya?
Bagaimanapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada wartawan- wartawan yang berani menyatakan pendirian dan kritikan menerusi rencana anda semua.
Sekurang-kurangnya anda semua tidak bersikap bacul dan pengecut. Anda menulis dan menyatakan nama sebenar anda.
Bukan seperti pengendali The Malaysian Insider yang bersembunyi di sebalik laman web.
Begitu juga pengunjung yang memberi komen dengan berlindung dengan nama samaran untuk menyalak. Mereka gemar baling batu kemudian sembunyi tangan. Kepada Utusan Malaysia, teruskan perjuangan anda. — Utusan Malaysia

written by 6thSense, August 19, 2009
Sebelum mempersoalkan kredibiliti MI, cerminlah diri sendiri dulu.
Apa agenda Utusan? Hanya mengapi-apikan rakyat dengan artikal berbentuk rasis
Dimana kredibiliti utusan ketika menyiarkan artikal yang rasis?
Selain itu utusan hanya mengampu Umno. Tak pernah pula utusan memberi peluang kepada pembangkang.
"Bukan seperti pengendali The Malaysian Insider yang bersembunyi di sebalik laman web."
Yea la, bila org lain tulis.....ISA.
Bila Utusan tulis......tak de apa2.
written by yunnan, August 19, 2009
Tujuan "The Malaysian Insider" memetik rencana2 dari media arus perdana saperti Utusan Malaysia, Berita Harian ialah supaya lebih ramai orang dapat membaca dan menilai rencana2 tersebut. Tidak ramai orang yang membeli suratkhabar Utusan Malaysia, Berita Harian kerana reputasi mereka sebagai alat propaganda UMNO.
Saya faham mengapa anda kecewa dengan langkah "The Malaysian Insider" menyiarkan rencana2 tersebut. Rencana2 itu memang di tujukan kepada pembaca2 yang bertahap "pemikiran rendah" dan mudah di jadikan bahan da'ayah. Apabila di sebar meluas dan penilaian di buat oleh lebih ramai rakyat Malaysia, terserlah kebodohan dan kebaruan penulis2 rencana tersebut.
Terdapat lebih banyak komen2 berupa anti-UMNO kerana tahap pemikiran pembaca2 "The Malaysian Insider" lebih kritikal. Lagi pun dewasa ini sudah ramai rakyat telah sedar tentang kebobrokan UMNO dan BN saperti yang di buktikan pada PRU 12.
written by Jaguh, August 19, 2009
written by james, August 19, 2009
Sering kali juga saya cuba hantar komen tetapi tidak di siarkan oleh Malaysian Insider. Malah, saya juga email pertanyaan saya kepada mereka tetapi tidak menerima apa apa jawapan...Adakah mereka tidak ingin komen saya atau pun menapis komen saya?
tapi, sekarang, saya dapati ianya berpunca daripada ketidak sempurnaan sendiri dalam hal komputer dan internet.
Mungkin ini akan menbantu:
Terletak di bawah artikel, ada 2 ruang- Comment dan Write comment.
Kalau nak baca Comment, petiklah Show/Hide comments
tetapi kalau nak Write comment-sila petik Show/Hide comment form
Sesudahnya write comment, anda harusnya petik 'I have read and agree..." dan seterusnya ADD Comment
Statusnya akan diberitahu-kalau in process-anda boleh lihat status berbentuk bulat yang berpusing pusing.
Ini lah silap saya-setelah kian lama menunggu,status nya asyik berpusing sehingga berjam-jam dan komen saya tidak di siarkan.
Inilah hasil experimen saya:
Anda sepatutnya buka laman yang baru, atau refresh page semula.
Untuk menghantar komen- anda mesti tutup komen-komen lain yang sebelumnya.
Bermaknanya, hide comment. Terus pergi ke write comment dan seterusnya Add comment bila sudah siap.
Diharapkan langkah atas dapat menyenangi proses dan pembaca boleh memberi sepatah dua komen-sedap atau tidak,terpulanglah!
Pemberian komen adalah hak asasi demokrasi-sewajarnya kami sebagai rakyat patut meraikan input input yang berlainan warna dan corak tetapi dalam bentuk yang waras dan sederhana.
Dengan akhir kata- ' Celebrate diversity- dont aggravate differences'
Sekian.
written by Vikraman, August 19, 2009
written by amoker, August 19, 2009
written by Supreme Racist Propaganda Machine, August 19, 2009
If you don't like MI, just avoid it ok. Like most of us we avoid buying Utusan nor pay a single glance on the headlines.
written by doriyakiz, August 19, 2009
Adakah Utusan Malaysia pernah menyiarkan surat yang berbentuk kritikan terhadap rencana racist yang kerap kali diterbitkan dalam akhbar mereka?
Dalam pandangan saya, tujuan kamu menulis surat ini adalah semata-mata kamu marah kerana komen kamu tidak disiarkan dalam MI atau kamu bersetuju dengan pandangan sempit Utusan yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman hanya kerana bos mereka bimbang akan hilang kerja pada Pilihanraya ke-13 nanti.
Teruskan membaca Utusan kalau kamu benar-benar fikir bahawa UMNO ialah "Penjaga Melayu".
Jika tidak, macam mana Utusan boleh ada untung kan?
Dan saudara Rashid, jika kamu ada perhatian, surat kamu sekarang disiarkan di MI tetapi mengapa tidak di ruangan komen?
Adakah kamu lupa isi nama atau email? Atau lupa tandakan ruang "I have read and agree to the Terms of Usage"?
Maafkan saya kerana banyak penyokong UMNO yang lemah dalam bahasa Inggeris sehingga apa ialah ultra vires pun tak tahu.
written by pepijat udara, August 19, 2009
Kalau ada news portal yg tak pro kerajaan mula lah ada yg tak betul & beragenda.
Apa orang nak komen ikut suka hati dia lah. Apa orang nak tulis pon ikut suka hati dia... kalau tak betul & nanti kena saman, dia yg susah... jadi... apa risau?
TMI petik dari Utusan pun tak betul... kalau tak petik... lagi la tak betul.... betul tak? Semua tak betul selagi tak jilat kerajaan.
Apa daa... sapa sokong click "+".
written by bluehyppo, August 19, 2009
Komen pengunjung mencerminkan suara majoriti rakyat yang mengunakan internet. Sekiranya anda terasa kebanyakan komen adalah anti kerajaan, ini adalah disebabkan oleh tindak-tanduk tidak bijak yg dilakukan kerajaan Barisan nasional.
written by haji md aris bin ismail, August 19, 2009
Apa yang Anda alami apabila menghantar komen yang terbuka dan adil kepada Malaysian Insider, sama lah juga dengan apa yang saya alami apabila berurusan dengan Utusan Malaysia, Berita Harian, Agendadaily, chedet, myku serta blog-blog yang lain.
Komen saya juga terbuka dan adil terhadap isu-isu yang diperbincangkan tetapi tidak pernah disiarkan. Ini kerana komen saya yang terbuka dan adil tidak selari dengan AGENDA dan SELERA mereka.
Saudara RashiD Ismail, saya tidak akan kecewa jika tidak disiar.
written by BNatang, August 19, 2009
written by Jayenjr, August 19, 2009
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Betul ka?
Habis, satu surat panjang lebar ni disiarkan, still nak komplen?
"Bahasa kesat dan begitu buruk diterima pakai di dalam The Malaysian Insider ini dan ia seperti menjadi identiti kepada laman web ini."
----------------------------------------------------------------------------------
So, apakah tindakan awak terhadap bahasa rasis yg dipakai secara terbuka oleh geng di Utusan Malaysia? Yg itu, bolhe terima? Tak haram ya?
Sudah la, bunyi macam tin kosong je.
written by orangbiasa, August 19, 2009
Malaysiainsider hanya menyiarkan berita dari surat khabar Utusan. Apa salahnya.
Mengenai komen yang dibuat oleh pembaca The Malaysianinsider, ianya berlaku di semua laman web. Selagi ada laman komen...pembaca berhak untuk memberi komen berbentuk hentaman, kritikan, kutukan dan pelbagai lagi.Tetapi kita setuju degan pandangan saudara bahawa komen itu biarlah jangan keterlaluan.
written by kl_boy, August 19, 2009
I am not a member of any party, in any case I welcome comments from all sides in any arguement for articles published. If Malaysian Insider admin had not published your comments as claimed then I too would say that the site-admin certaintly needs his/her hands knuckled by a ruler. For myself, comments published on this website had been reproduced in full without modification upon posting although I have to say that it is mostly anti-BN in nature. I am firm believer in freedom of expression and I hope ppl like yourself will continue to look at Malaysian Insider in order to gauge views of BN in cyberspace rather than rely on newspapers and Special Branch to gauge the grass roots view for you. I am quite sure that most readers/commentors are actually neutral in the past, if BN improves themselves rest assure that readers like myself will voice positive comments on their effort. In the mean time, I have to say that sadly speaking, BN members have not done anything very positive since 2004. What you see now on the web is the pent-up frustration with BN over the years being released by people.
written by Durian Besar, August 19, 2009
===========================
To UMNO, BN and UMNO lackeys, anyone who reveal dirt under UMNO/BN's sarung are "pembangkang" and will be labeled as "traitors". They will even black-mouth you as installing "kebencian terhadap kerajaan".
To UMNO/BN, if you sama-sama corrupt with UMNO/BN, then you are "patriotic", good citizens.
One can sum it up as, if you are pro-justice, the you are pro-pembangkang.
I can live with that, in fact I rasa amat bangga, walaupun saya dibuhuh-nama sebagai "pengkhianat", kerana saya berada di sisi keadilan dan jasa baik.
Sebaliknya, UMNO dan BN, walaupun ketika ini mereka merupakan government, tapi mereka orang ni orang korup, sombong, munafik, Muslim munafik, kolot. berfoya-foya, kejam dan ganas.
written by syauqi_x, August 19, 2009
tak apalah, saya tak harapkan warga utusangmalaysia tau ttg benda2 ni, hatta editor utusangmalaysia sekali pun meluluskan ultra vires untuk ditafsir sebagai 'to insult'...apa boleh buat, kebodohan yang tak boleh diselamatkan lagi
utusangmalaysia pun tak pernah siarkan surat saya kalau saya tulis yang sedikit kritikal ke kerajaan Umnoputra, jadi apa masalah saudara rashid sebenarnya?
utusangmalaysia berpura2 sebagai akhbar 'mainstream' padahal menyokong membabi buta apa juga salah laku kerajaan umnoputra
utusangmalaysia tidak pernah berfikir kalau btul2 terjadi kekacauan kaum di malaysia kerana tulisan2 perkaumannya yang sempit dan jijik itu...bertanggungjawab jauh sekali
kalau majoriti pemberi komen di MI berbunyi anti kerajaan, sah2 saja, mmg majoriti pengguna internet juga banyak yang anti kerajaan umnoputra, jd tidak ada yang pelik di sini
lain lah dengan utusangmalaysia, mungkin layak buat alas tandas sahaja
written by SHEIKH-ALWI, August 19, 2009
umpama tersepit dicelak ketiak...
diangkat jatuh dikepit masam baunya...
bila tak diterima mula teriak...
bila dibiar menjadi-jadi articlenya...
baru padan muka utusan..
asyik temberang melanggar sunnah..
kerana takut pihak atasan...
ambik engkau sumpah seranah...
bukan setakat hanya utusan...
termasuk juga berita harian...
kalau dah dua-dua ku naik bosan...
apa lagi Malaysia Insider jadi pilihan....
kalau berani lepaskan kuasa...
pilihanraya Umum seluruh negara...
kalau itu pun nak tunggu masa...
belahlah dada tanya selera....
written by Isaac, August 19, 2009
Semestinya anda patutlah terkejut dan penuh dengan hairan mengapa tulisan anda yang penuh dengan kritikan terhadap The Malaysian Insider berjaya menangkap permerhatian para pengendali laman web ini. Pernahkah anda juga sebaliknya mengandaikan bahawa Utusan Malaysia sendiri akan pada satu hari menyerlahkan sikapnya yang kononya 'terbuka' dengan memaparkan berita dan pandangan the Malaysian Insider pada muka suratnya?
Ternyatalah, selagi Utusan Malaysia enggan dan tidak berkebolehan untuk berbuat demikian, ramai lagi pembaca akhbar tradisional akan beralih tumpuan mereka kepada media media lain yang mereka tidak selalu dan seharusnya menanggap akan mengajar mereka 'The Gospel Truth' tetapi boleh dipercayai akan melayan pandangan lain yang kemungkinannya lebih benar daripada laporan rasmi.
Saya pula mencabar para peminat laman web ini yang pro-Utusan Malaysia (bukannya saya berpandangan bahawa hak ini langsung tidak munasabah) untuk sama-sama berjuang untuk hak saya bersuara tentang Utusan Malaysia sebagaimana Rashid Ismail pun akhirnya dilayan dengan penuh 'mesra' oleh the Malaysian Insider.
Usahlah, mengucapkan tahniah kepada sesiapa. Sememangya, menjadi kewajipan setiap pengendali media untuk melapor dan memupuk sikap saling memahami dan menghormati di kalangan pembaca yang pelbagai pendiriannya.
written by johari ahmad, August 19, 2009
written by Ryan Yong, August 19, 2009
written by Azmi, August 19, 2009
macamana sakit kau baca komen2 dan artikel yang di siarkan dalam Malaysian Insider ni macam tulah sakit kami bila kami baca komen-komen dan artikel di Utusan sampai kami hanya mampu baca tajuk saja sebab isinya macam hampeh!!
Najib patut pecat Awang Selamat dan rakan-rakan seangkatannya kalau nak menjayakan agenda 1Malaysia nya-dan menyaman pihak yang memalukan beliau dalam kes Altantuya-contohi YB mahfuz.
written by Hypocrite, August 19, 2009
Ai yah.....begini alh kalu Ultra Vires means "menghina". Psst Rashid itu reporter kau ajar kah atau si A Money Safe.
Imagine itu dunia CNN kah, Itu Channel Newasia kasi broadcast itu meaning........Ultra Vires - To Insult.....Wah Utusan no Numero uno paper in the world....bila tutup kadai ah?
written by alenac, August 19, 2009
written by Farah, August 19, 2009
written by Raymond Foo Chee Vun, August 19, 2009
written by sgms, August 19, 2009
Of course, the same applies to just about every MSM.
written by Ipohkia, August 19, 2009
Saya berasa begitu sedih sekali bila wartawan wartawan , penulis atau Awang Selamat dan lain lain lagi bila atikel mereka dipaparkan oleh MI, kadand kadang MI itu baik sebab MI mempertejemahkan kandungan mesej yang susah di fahamkan oleh pembaca, sebab mereka kebanyakan kurang faham bila mengunakan perkataan "Boombastic" sebab perkataan legal terms yang penulis pun tidak faham, macam manag pembaca nak faham? Begitu juga sebagai wartawan or in journalism industry, icons, figure heads, types of leaders adalah penyumbang berita yang terkini dan hangat, tapi wartawan Utusan tidak kenal Karpal Singh dan apa parti nya, cukup gelihati bila saya dengar komen macam itu, malu saya sekali sebagai rakyat Malaysia
Bila standard berada dalam indeks negetif, macam mana PM mahu ada KPI, langsung no bench mark figures for reference sebab performance di bawah par.
Jadi Rashid, melalui MI saja sekarang ramai rakyat Malaysia mendapat berita lebih mendalam dan more transparent. MI is ok, the one not ok is Rashid.
Bila pembangkan tulisatau komen, BN cakap ini mengandungi unsur unsur rasis dan sebagai nya dan kemudian cas ISA, bila UMNO tulis komen, oi oi oi, itu 1 Malaysia, so Rashid, kau masi tidur lagi sebab banyak ganjaran dari UMNO, saya tak salahkan keran bersikap begitu.
written by bijan, August 19, 2009
Kalau saudara Rashid bersikap tulus dan benar, dia seharusnya mengkritik ulasan berat sebelah dan berbau hasutan yang tertera dalam UM sebelum mengkritik MI!!!
written by cheahmad.blogspot.com, August 19, 2009
Saya nak tanya saudara satu sahaja:
Mengapa laman web penerbitan seperti utusan.com.my tak buka ruang komentar dan gunakan sistem rating?
Kalau ada orang lain boleh tolong jawabkan, saya persilakan...
Petunjuk: User-generated 'content'
written by kim, August 19, 2009
Thursday, May 29, 2008
Smells something fishy in "The Malaysian Insider"
my Facebook status as follow:
DK - smells something fishy with The Malaysian Insider's reporting style - they don't state their equity ownership openly! Thinks they're funded by the UMNO elites
I will explain later - already on 2 counts they were outwardly biased - have to dig up their articles.
Another thing is, why are they so secretive on who owns their website? (click on "About us" on their website - there's nothing informative there). At least Malaysiakini is open with who funds their operations.
Notice that all major media organizations in Malaysia - are open with who funds their operations or who holds their shares.
My point is, beware of "wolves in sheeps clothings" especially with the growing clout of this "insider"
Now, the question is: Who owns The Malaysian Insider? Who are their shareholders?
Posted by dK at 5:26 PM
Labels: conspiracy theories, current affairs, jottings, Malaysia, media, thoughts
written by ixin, August 19, 2009
written by klboy, August 20, 2009
Otherwise, shut the he*l up and appreciate the openness of this news website.
Even Lim Kit Siang's blog freely admits all negative AND positive comments without filtering.
Can BN politicians' blog do the same? Can The Star, NST, Utusan emulate Malaysian Insider and include comments? I don't think so! They are too afraid to take criticisms, or their b*lls are just tied up by the all powerful owners.
That's why BN lost the cyberspace psy-war, and will continue to do so!
written by din haron, August 20, 2009
written by Cadraver, August 20, 2009
written by 2525, August 20, 2009
Hahaha,HAHAHAHAHA. HAHAHAHHHAHAHAHA! Do I need to say more?
written by Damha, August 20, 2009
Macam ni sebenarnya bang. To make it simple.
Setiap komen yang dihantar semuanya akan disiarkan.Cuma pihak admin akan held back komen-komen yang mencarut dan mengandungi unsur-unsur lucah yang melampau.
Jika komen tu bersih, ianya akan disiarkan. Setiap komen yang dihantar akan dinilai oleh pembaca-pembaca Malaysian Insider.
Kalau diaorang suka komen tu,diaorang tekan butang tambah.Bila banyak kali orang tekan tambah, komen tersebut akan menjadi highly-rated.
Manakala kalau orang tak suka komen tersebut, banyak yang akan tekan butang tolak. Jadi komen tersebut akan menjadi lowly-rated.
Biasanyanya komen yang lowly-rated ini akan disembunyikan pasal ianya tak popular dikalangan pembaca.Link untuk lowly-rated ini akan disiarkan tetapi biasanya para pembaca tak berapa perasan atau diaorang buat-buat tak perasan.
Oleh kerana rata-rata pengunjung Malaysian Insider adalah Pro-Anwar Ibrahim,komen-komen yang pro kerajaan akan "ditembak" atau di"low-rated"kan.
Oleh itu bang Rashid, janganlah kecik hati sangat. Orang yang tak puas hati ngan kerajaan je yang selalu kunjungi laman web ni.Diorang ni seronok agaknya hentam kerajaan kat sini.
Sometimes, we need to use our common sense why it doen't happen the way we wanted to.
Hope that's help.
written by mamacarey, August 20, 2009
written by rakyat, August 20, 2009





Hello, no one wants to read Utusan anymore these days, you clowns at Utusan should thank Malaysian Insider for featuring your stupid articles.