OKT 5 — Penulis mendapat tahu bahawa YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) yang menggantikan Haji Shabudin Yahaya telah diperkenan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agung.
Tetapi, pengganti beliau bukannya Salleh Man, ADUN Permatang Pasir yang menang baru-baru ini!
Yang Dipertua MAIPP, Shabudin Yahaya semalam mendedahkan surat perkenan Tuanku Mizan mengenai pelantikan Ellias sebagai Yang Dipertua MAIPP yang baru bagi menggantikan beliau yang akan tamat tempoh lantikan pada Disember ini.
Penulis terkejut dengan pendedahan tersebut.
Kenapakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyembunyikan fakta ini semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir yang lalu?
Yang menjadikan isu ialah Yang di-Pertuan Agung telah memperkenankan perlantikan ustaz Hj. Ilyas Zakaria, bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia untuk menggantikan Shabudin Yahaya pada bulan Disember ini.
Tetapi di dalam tempoh meraih undi di Permatang Pasir, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diam seribu bahasa dan tidak mendedahkan kepada rakyat di Permatang Pasir bahawa jawatan YDP MAIPP telah pun diisi dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agung sendiri!
Gambaran yang diberikan oleh Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau ialah jawatan YDP MAIPP yang baru masih kosong dan tidak lagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agung!
Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang pula cuba menyapu masalah ini kepada Timbalan Ketua Menteri beliau padahal Guan Eng merupakan pemimpin negeri bukan Islam yang terpaksa dihadap oleh Anwar Ibrahim untuk memohon restu perlantikkan ADUN Permatang Pasir sebagai YDP MAIPP yang baru!
Dan Guan Eng yang beria-ia untuk bersetuju dan bersama-sama membawa cadangan tersebut kepada pihak atas. Sekarang, beliau tidak mahu komen kerana perkara ini bukan bidang kuasa beliau!
Pembohong dan kuat putar belit si Guan Eng ini!
Kini, Pakatan Rakyat dan parti Pas berkampung di Bagan Pinang. Pastinya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan menggunakan tektik menipu seperti di Permatang Pasir di Bagan Pinang hanya untuk mendapat undi penduduk.
Calon Pas sudah mula menabur janji di beberapa tempat di Bagan Pinang. Kononnya, beliau akan berusaha menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan ladang terutamanya masalah saraan kehidupan yang mencengkam kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall dan Sua Betong.
Penulis tersenyum sinis dengan janji-janji manis calon Pas. Mana mungkin calon Pas tersebut mampu untuk menyelesaikan masaalah tersebut.
Apakah sumbangan calon Pas Bagan Pinang selama ini kepada penduduk setempat dan Negeri Sembilan secara keseluruhannya?
Apakah calon Pas mempunyai track record yang cemerlang untuk menyelesaikan masaalah rakyat sebelum ini?
Jawapannya mudah, tiada !
Realitinya, masaalah tidak boleh diselesaikan hanya dengan mendengar, merintih dan meratapi. Tetapi ianya memerlukan struktur pengurusan dan pemerintahan yang berkesan seperti kerajaan Negeri Sembilan hari ini.
Penulis juga teringat dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat yang berjanji akan menyelesaikan masaalah penduduk Kampung Pala di Pulau Pinang dan isu kuil di Seksyen 23 tetapi mereka gagal untuk menyelesaikannya!
Seperti biasa, mereka akan menggunakan parti BN sebagai alasan padahal mereka sebenarnya tidak mampu untuk membantu rakyat. — pemudaumno.org






If BN-UMNO really did their work responsibly and honestly ( without corruption and prejudice ) and with integrity, accountability and transparency, there would not be any major problems besetting the Indian community in the estates in NS, but that remains even after 52 years of Merdeka! Blimey!
NOW only are they trying to figure out what to do to help solve the problems of the Indian community, when there is an impending by-election in the state and the opposition, though new in the running of state governments and councils, are giving BN-UMNO some pushing to do their work! No wonder our Indian friends in NS as well as throughout the country are crying foul! How could we ever blame them when they had been sidelined for umpteen years?!
Our Indian friends really have to think hard where they should place their allegiance!
It is either Fresh New Hope, or Stale Old Ways!