NOV 6 — Saya dihubungi seminggu sebelum ini oleh Penerbit Program Hujah TV9 yang menyatakan hasrat ingin menjemput saya dalam program yang dihoskan oleh Dr Agus Yusof, seorang ahli akademik dan penganalisis politik tanahir yang terkenal.
Saya teruja juga kerana sebelum ini saya mendengar rakan-rakan saya menyertai program ini sebagai panel dan membincangkan topik-topik hangat tentang politik tanah air. Gambaran saya ialah program Hujah TV9 sememangnya mahukan pandangan yang kontroversial supaya penonton dapat melihat kelainan dari program TV1 Debat ataupun forum Awani dari Astro.




