Zulhabri Supian suka berjalan dan bercita-cita untuk menghayati semangat anak muda walau nanti akan tua biologi. Zulhabri juga menulis di www.zulhabri.com.

Saatnya silatulrahmi murahnya melancong

OKT 22 — Melancong baik di dalam negara mahupun di luar negara sering menjadi agenda setiap orang yang hidup di muka bumi dan maka kerana itu tidak hairanlah melancong atau kembara itu sering menjadi hobi atau minat yang menjadi kegilaan sesetangah orang.

Dalam kes penulis pula, saya secara peribadi mulai melancong pertama kali secara sendiri ke Shah Alam dari Kapar, Selangor semasa berada di darjah 4 iaitu tahun 1991. Berbekalkan wang simpanan belanja persekolahan, saya memberanikan diri menaiki bas tempatan dan risiko kena “pau” di stesen bas Klang untuk langkah pertama melancong atau lebih cool disebut “jalan-jalan”. Selepas itu semuanya menjadi sejarah dan jalan-jalan ke mana sahaja bukan perkara yang perlu dirungsingkan itu dan ini sebaliknya maju terus dan percaya diri.

Nah, 10 tahun ke depannya muncul pula pesawat tambang murah Air Asia ke dunia ini dengan slogan “Now Everyone We Can Fly”. Pada tahun-tahun awal operasi mereka, banyak yang pesimis dan tidak kurang juga yang mengabaikan mereka dengan persepsi bahawa sangat tidak masuk akal tambang pesawat boleh menjadi murah. Persepsi yang tidak 100 peratus salah kerana memang itulah realiti yang melatari industri penerbangan di Malaysia secara khususnya dan global secara umum.

Namun demikian persepsi negatif itu semakin lama semakin hilang akibat kebenaran nyata iaitu tambang murah itu telah dirasai sendiri oleh masyarakat pengguna termasuklah saya dan cerita mulut tentang hal ini tersebar di mana-mana. Turut membantu adalah kempen agresif Air Asia di media-media yang mengwar-warkan promosi tambang murah mereka yang sepertinya tidak berkesudahan. Yay!

Cuma di sini masyarakat pengguna tidak boleh menjadi naïf dengan mengharapkan tambang murah itu adalah hak keistimewaan mereka ala-ala Ketuanan Air Asia yang tidak boleh dicabar. Tip-tip asas bagaimana untuk mendapatkan tambang murah tersebut harus diketahui, seperti contoh tempah jadual penerbangan jauh lebih awal, memilih terbang pada hari-hari biasa dan banyak lagi. Pendek kata masyarakat kena juga memperkasakan diri dengan hal-hal kepenggunaan seperti yang sering diwacanakan Persatuan Pengguna Malaysia (CAP).

Kredit pastinya untuk Datuk Tony Fernandes yang berjaya membuat transformasi di dalam dunia aviasi selain pastinya dunia kembara masyarakat Malaysia dan juga Asia Tenggara. Tidak lupa juga kredit kepada Kerajaan Malaysia yang positif terhadap inisiatif Air Asia ini walaupun macam-macam cerita boleh kedengaran di sebalik yang enggan pula saya nak berbicara tentangnya. Keberhasilan model perniagaan penerbangan bajet Air Asia ini juga membawa beberapa pemain baru seperti Jet Star dan Tiger Airways yang berbasis di Singapura, dan pastinya lebih banyak lebih meriah dan lebih merakyat tambangnya.

Kerana Air Asia, saya yang dilahirkan tidak kaya untuk mengembara dan berjoli duit kekayaan ibu bapa untuk mengambil foto di Menara Eiffel, Paris berhasil jalan-jalan ke Indonesia, Kemboja, Thailand, Filipina, Vietnam, Laos, India, China dan Hong Kong. Tambah menarik apabila sembang-sembang di mamak sering kali tidak terlepas dari memikirkan jalan-jalan seterusnya dan bergosip tentang destinasi tujuan terbaru yang akan ditujui Air Asia.

Sisi lain pelancongan

Walaupun saya bukan pelajar dan pemain industri pelancongan, di sini saya ingin memberitahu juga tentang dua jenis pelancongan yang wujud iaitu; pelancongan massa dan pelancongan alternatif.

Menurut satu artikel di laman sesawang, www.ecoturismolatino.com, pengertian pelancongan alternatif ialah, "Alternative Tourism", concept that is defined as not being mass tourism. Under the alternative tourism concept we can find a series of classifications and types of tourism. What characterises the concept of "Alternative" is the existence of small or medium companies, created by families or friends, where there is the possibility of more contact with the communities and where most of the times there is a respect for the environment. This concept is generally used by government institutions and academics, and very rarely a traveller will ask in an information centre for places or activities of alternative tourism.

Dan diperincikan di sini oleh Bulgarian Association for Alternative Tourism: The alternative forms of tourism combine tourist products or separate tourist services, different from the mass tourism by means of supply, organisation and the human resource involved. These are rural, ecotourism, adventure (biking, horseback riding, snowshoeing, ski mountaineering, rafting, diving, caving, climbing), thematic tourism — connected with the cultural and historical heritage, the esoteric, religion, wine, traditional cuisine, ethnography and traditional music and handicraft.

Oleh kerana masyarakat Malaysia sudah mulai bertabiat untuk mengembara seraya melihat sesuatu yang baru dan sedikit berbeza dari lingkungan hidup. Maka saya berfikir bahawa rakyat Malaysia yang sudah agak veteran melakukan pelancongan massa beralih ke pelancongan alternative dan jika pelancong baru berbuat demikian lagi dialu-alukan.

Sebagai contoh untuk tingkat Indonesia, pelancongan alternatif boleh dilakukan dengan mengunjungi dan membuat kontak dengan teman-teman seni budaya di Komunitas Salihara di Jakarta, teman-teman muzik melalui komunitas-komunitas yang bertaburan di Bandung seperti Common Room dan juga Melayu Bersatu di Bali, teman-teman NGO seperti Taman 65 di Bali yang memfokus tentang peristiwa 13 September 1965, teman-teman distro di Rock House Bandung, teman-teman literari di Rumah Buku, Ultimus, Tobucil dan macam-macam lagi.

Jikalau berbicara tentang persepsi dan anggapan masyarakat luar terutama dari negara Asean seperti Indonesia dan Thailand terhadap pelancong Malaysia, jawapannya pasti sedikit negatif. Hal ini memang sangat umum dan tidak dapat diberikan statistik tetapi boleh diperolehi jika kita mempunyai kenalan-kenalan dari masyarakat tempatan yang tidak berlakon-lakon dalam berbicara tentang sesuatu hal. Kata ramai dari mereka, pelancong Malaysia kelihatan angkuh, sombong, berlagak kaya walhal tidak menghormati adat budaya tempatan dan pelancong Muslim pula sering membuat perbandingan cara hidup itu dan ini seolah-olah cara kehidupan mereka yang paling mulia dan yang lain tidak.

Kerana apa kata-kata seperti ini boleh timbul? Tepuk tangan tanya hati. Mungkin dengan menyeimbangkan pelancongan massa dan pelancongan alternatif boleh mengurangkan persepsi kurang baik ini dan di dalam masa yang sama kita boleh mempelajari lebih banyak tentang negara yang kita kunjungi baik dari semua sisi baik positif dan negatif, lebih menghargai perbezaan adat budaya dan bersikap kontekstual.

Saya percaya pelancongan alternatif akan menjadi satu budaya suatu masa yang tidak lama nanti kerana tingkat kerjasama di antara teman-teman pelbagai negara semakin meningkat kerana peluang sudah dibuka oleh penerbangan bajet rendah untuk kita. Bermula dengan Asean, Asia dan seterusnya sebelum kita berkembang menjadi masyarakat global yang glokal bak kata Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri 1 Malaysia kita.

Jangan hendaknya kita sampai di Bali dan setelah pulang masih tertanya-tanya kenapa orang Bali menganut Hindu tidak Islam. Sedangkan sewaktu di sana berseronok menyentap makanan laut di Jimbaran, sibuk membeli baju Hard Rock Café Bali dan membeli belah tanpa menghiraukan sekeliling persis gelagat Bule atau Mat Saleh yang sebahagian besar dari mereka di mana-mana jua sama seperti kita.

Comments (2)Add Comment

Write comment

busy
 

Sponsored Links