26 peserta perhimpunan di Dataran Merdeka menyerah diri
KUALA LUMPUR, 15 Mei — Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata hanya 26 daripada 141 individu yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan pada 28 April telah menyerah diri.
“Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam,” kata Khairy Ahrasa ketika dihubungi Bernama.
Segelintir peserta perhimpunan telah merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka dan sekali gus telah melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan yang enggan menyerah diri mulai Rabu ini setelah tempoh seminggu diberikan untuk mereka. — Bernama