DAP mahu Tunku Aziz kekal dalam parti
KUALA LUMPUR, 15 Mei — DAP mahu Tunku Aziz Tunku Ibrahim kekal sebagai naib pengerusi parti itu berikutan pengumuman beliau akan menarik diri disebabkan perbezaan pendapat mengenai perhimpunan Bersih pada 28 April lalu.
Malam tadi, Tunku Aziz (gambar) berkata dia meletak jawatan dan menarik balik pencalonannya sebagai senator setelah diberitahu tegurannya terhadap Bersih yang menuntut pilihanraya bebas dan adil telah memupuk perasaan kecewa di kalangan ahli DAP.
Namun setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu boleh menerima perbezaan pendapat beliau dah masih mempunyai ruang yang luas dan tempat untuk beliau sebagai naib pengerusi.
“Parti tidak sesekalipun mengambil apa-apa tindakan terhadap Tunku kerana menyuarakan perbezaan pendapatnya atau pun meminta agar beliau keluar atau letak jawatannya,” ketua menteri Penang itu berkata dalam satu kenyataan.
“Jika Tunku Aziz berhak untuk menyuarakan pendapatnya yang berbeza, hak parti untuk menyatakan pendirian dalam isu dasar yang asas ini harus dihormati juga,” tambahnya lagi.
Lim juga berkata beliau berasa “dukacita” kerana Tunku Aziz ingin keluar dari DAP dan akan menghubunginya untuk memujuk beliau memikirkan semula keputusan itu.
“Saya harap kita boleh menyelesaikan apa-apa perbezaan pendapat secara dalaman dan dengan semangat kesetiakawan,” ujar beliau.
Dalam satu temuduga bersama ntv7, Tunku Aziz berkata beliau tiada pilihan melainkan keluar DAP berikutan perbezaan pendapat yang “luas dan tidak dapat diselesaikan” mengenai perhimpunan Bersih 3.0.
Tambahnya lagi, beliau telah “menerima amaran dari kawan-kawan serta rakan sekerjaya bahawa [beliau] mungkin akan dipecat.”
Tunku Aziz juga menjelaskan bahawa beliau sentiasa menyokong Bersih, namun beliau hanya tidak setuju selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.
“Naum mereka mendakwa saya tak merujuk pada ketua-ketua. Kenapa saya perlu merujuk pada ketua jika saya tak melanggar perjanjian untuk menyokong Bersih?
“Perbezaannya ialah saya tak akan sokong Bersih jika ia terlibat dengan akitiviti haram,” beliau berkata.
Tunku Aziz, yang dilantik sebagai naib pengerusi DAP sebaik sahaja menyertai parti itu pada tahun 2008, juga berkata bahawa “kerajaan berada pada landasan betul” kerana sedia mendengar tuntutan rakyat.
“Mereka sudah tahu mengenai protes kami, tapi jangan lupa, mereka sebuah kerajaan sah yang dilantik kami.
Kita sudah lakukan 3 demonstrasi Bersih. Adakah kamu rasa kita perlu lakukannya lagi? Sebuah kerajaan yang tidak mendengar tuntutan rakyat tidak akan lakukan semua ini,” kata beliau.
DAP telah cuba memenangi hati kaum Melayu, yang membentuk 60 peratus dari 12 juta pungundi, dengan melantik ketua seperti Tunku Aziz.
Namun Tunku Aziz mengaku kegagalannya untuk menarik minat kaum Melayu kepada parti yang kebanyakan ahlinya orang Cina.
Perhimpunan 28 April menyaksikan ribuan peserta berkumpul di enam lokasi berasingan sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada mulanya aman bertukar ganas apabila Ambiga mengarahkan peserta untuk bersurai.
Namun arahan pengerusi Bersih itu tidak diendahkan pengikutnya yang berkumpul di sekitar dataran yang dikawal dan dipagar ketat pihak berkuasa.
Sejurus sebelum 3 petang, sebahagian perusuh merempuh halangan tersebut dan memaksa polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.
Polis kemudiannya terus mengejar perusuh ke beberapa jalan dan suasana tegang dan kecoh menyaksikan keganasan dari kedua-dua belah pihak berlangsung hampir empat jam.
Beberapa perusuh mendakwa dibelasah pihak polis dalam lingkungan 10 orang dalam satu-satu masa dan video membuktikan dakwaan mereka, namun pihak polis menafikan perkara itu, dan mengatakan perusuh juga melakukan keganasan terhadap pihak berkuasa terbabit.
Kereta polis turut rosak, malah diterbalikkan oleh perusuh.
KUALA LUMPUR, 15 Mei — DAP mahu Tunku Aziz Tunku Ibrahim kekal sebagai naib pengerusi parti itu berikutan pengumuman beliau akan menarik diri disebabkan perbezaan pendapat mengenai perhimpunan Bersih pada 28 April lalu.