Elizabeth Wong: Tanpa kerjasama kerajaan pusat, pengambilalihan SYABAS tetap diteruskan
KUALA LUMPUR, 19 Julai — Walaupun tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan pusat, Selangor akan tetap mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), kata ahli majlis mesyuarat negeri Selangor, Elizabeth Wong.
Menurut adun Bukit Lanjan itu, keengganan Kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Selangor dalam jawatankuasa Jemaah Menteri isu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang baru ditubuhkan mencerminkan telatah berat sebelah mereka.
“Sudah tentu Jemaah Menteri Kerajaan Pusat faham bahawa sebarang perbincangan yang tidak melibatkan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan mencapai keputusan yang bermakna,” kata Wong (gambar fail atas) dalam sebuah kenytaan yang diemailkan kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Ini merupakan satu lagi contoh sikap penghalang Kerajaan Pusat dimana politik dan keuntungan kroni didahulukan, rakyat dibelakangkan.”
Kata Wong, sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan beberapa kertas cadangan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor secara sempurna ataupun holistik.
“Kegagalan Menteri KeTTHA Datuk Seri Peter Chin untuk memberikan persetujuan kepada cadangan Kerajaan Negeri atas sebab-sebab politik yang merupakan halangan kepada penstrukturan semula air Selangor.
“Kerajaan Negeri Selangor dipilih untuk mewakili kepentingan dan hasrat warga Selangor.
“Ini bermakna kami tidak akan berdiam diri apabila sebuah syarikat swasta mencetuskan rasa panik di kalangan orang ramai dengan catuan bekalan air yang tidak berasas,” kata Wong.
Kerajaan Selangor juga tidak akan meneruskan persetujuan konsesi yang membenarkan harga air melambung ke tahap yang luar kemampuan rumahtangga biasa di Selangor, kata Wong lagi.