Bahasa

Keluarga Nayati berterima kasih atas sokongan yang diterima

May 03, 2012

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Keluarga Nayati Shamelin Moodliar berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat danmemberikan sokongan kepada mereka sejak beberapa minggu lalu selepas kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu diculik dari perkarangan sekolahnya di sini.

Sham dan Janice Moodliar, yang gembira dengan penemuan anak mereka berkata anak mereka berada dalam keadaan selamat walaupun trauma dengan insiden tersebut.

“Kami bersyukur kerana Nayati selamat kembali ke pangkuan kami walaupun kejadian itu pasti memberikan kesan trauma kepadanya, namun begitu, dia dalam keadaan yang baik sekarang ini.

“Kami tidak dapat melahirkan betapa kami berbangga dengannya dan terpaksa mengharungi kejadian berkenaan.

“Kami telah menerima sokongan daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan juga dari seluruh dunia.

“Kami tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata untuk mengucapkan tanda terima kasih kami, tapi kami tidak akan lupa jasa baik yang telah diberikan kepada keluarga kami,” kata Moodliars dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhbar The Star Online hari ini.

Nayati ditemui di Rawang pada 7.30 pagi hari in dan disatukan semula dengan keluarganya.

Keluarga berasal dari Belanda itu berkata mereka akan terua menetap di sini walaupun insiden penculikan ke atas anak mereka itu.

Kenyataan tersebut turut menyatakan keluarga Moodliar turut bersyukur dan terkejut dengan sokongan padu, termasuk dari luar negara, walaupun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini, menghulurkan bantuan dalam bentuk masa, bantuan teknikal, dan juga kadangkala wang ringgit tanpa mengharapkan balasan.

Keluarga itu turut berterima kasih kepada pihak polis atas bantuan dan pengorbanan mereka atak kepulangan Nayati.

“Mereka bersungguh-sungguh untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini terhadapnya,” katanya.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Belanda, dan duta mereka  Paul Bekkers untuk sokongan moral dan bantuan teknikal yang dihulurkan kedutaan terbabit.