Pekerja asing sering jadi mangsa rasuah, kata Irene Fernandez kepada SPRM
KUALA LUMPUR, 11 Mei — Pekerja asing di Malaysia sering menjadi mangsa rasuah oleh pihak berkuasa, kata aktivis Irene Fernandez kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menegaskan pendiriannya bahawa pekerja warga asing tidak selamat di negara ini.
Dalam pertemuan lebih sejam dengan pegawai SPRM, Fernandez menyatakan terdapat enam contoh kes rasuah melibatkan pekerja asing apabila memasuki dan bekerja di negara ini.
Beliau diarahkan berjumpa SPRM hari ini selepas membuat kenyataan bahawa pekerja asing tidak selamat bekerja di negara ini dalam akhbar di Jakarta.
“Pekerja aing biasanya menerima tekanan daripada pihak berkuasa seperti Rela, dan mereka meminta dokumen. Apabila pekerja asing itu mempersoalkan kuasa mereka, pekerja ini ditampar dan dicederakan. Mereka akan mengambil duit dab barangan berharga mereka,” katanya kepada pemberita di sini.
“Kita tidak dapat mengenal pasti mereka kerana pegawai mereka enggan mendedahkan identiti mereka. Bagaimana kita nak bawa kes berkaitan rasuah ini bagi keadaan seperti ini?”
Beliau menambah sistem yang lebih baik seharusnya dilaksanakan dengan penguatkuasaan agensi terlibat lebih “bermaruah”.
Beliau turut mencadangkan SPRM supaya menyiasat perkara tersebut.
MENYUSUL LAGI