The Malaysian Insider

Bahasa

Pelaburan persendirian dijangka menurun pada 2012 menurut kajian RHB

February 23, 2012

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Pelaburan persendirian dijangka berkurangan tahun ini selepas pelaburan perusahaan mengalami penurunan besar dalam suku keempat tahun lepas disebabkan sentimen berjaga-jaga, demikian menurut Institut Kajian RHB.

Jumlah keseluruhan pelaburan perusahaan yang diuluskan pada suku keempat 2011 adalah 26.6 peratus dibandingkan suku keempat 2010 kepada RM19.1 bilion.

Dalam laporan pelaburan perusahaan tahun lepas, RHB berkata sebab penurunan tersebut adalah disebabkan "high base effect" daripada RM26.1 bilion hasil persetujuan perusahaan pada suku terakhir 2010.

Laporan yang dikeluarkan semalam berkata walaupun penurunan pada suku keempat 2011, keseluruhan langkah persetujuan perusahaan peningkatan 18.9 peratus adalah masih kukuh walaupun sebahagiannya melewatkan pelaburan tahun ini ekoran pasaran global yang tidak menentu.

"Hasilnya, perkembangan pelaburan persendirian akan perlahan kepada 4.6 peratus pada 2012, selepas menurun kepada 5.0 peratus dianggarkan pada 2011," kata laporan berkenaan.

RHB berkata penurunan pada suku terakhir 2012 berpunca daripada pelaburan perusahaan domestik beralih, dengan kontrak 49.6 peratus tahun ke tahun kepada RM5.1 bilion.

Pelaburan langsung asing (FDI) turut menunjukkan penurunan 12.2 peratus tahun ke tahun kepada RM14.0 bilion pada suku keempat.

Namun begitu, kadar FDI Malaysia mencecah RM32.9 bilion tahun lepas, melepasi kadar pra-krisis RM29.1 bilion pada 2007.

Pelaburan perusahaan yang diluluskan bagaimanapun perlu dipulihkan kepada pra-krisis, walaupun mengalami kenaikan sebanyak 19 peratus kepada RM56.1 bilion pada 2011, kerana itu masih lagi berada di bawah RM62.8 bilion seperti yang direkodkan pada 2008.

Keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam perusahaan, perkhidmatan dan sektor utama tahun lepas meningkat 40.7 peratus kepada RM148.6 bilion dan pelaburan domestik mengatasi FDI sebanyak 55.4 peratus keseluruhannya.

Sarawak menyaksikan pelaburan tertinggi pada RM14.35 bilion, diikuti Pulau Pinang (RM14.04 bilion), Sabah (RM13.68 bilion) dan Selangor (RM13.47 bilion).

Perusahaan kekal sebagai penyumbang terbesar FDI pada RM16.5 bilion diikuti perkhidmatan (RM9 billion) dan perlombongan sebanyak RM7.3 bilion.

Jepun merupakan penyumbang utama perusahaan FDI pada RM10.1 bilion, diikuti Korea (RM5.1 bilion), Amerika Syarikat (RM2.5 bilion), Singapura (RM2.47 bilion) dan Arab Saudi (RM2.17 bilion).

Pulau Pinang menyaksikan kadar tertinggi pelaburan perusahaan yang diluluskan pada RM9.1 bilion, diikuti Selangor (RM8.74 bilion), Sarawak (RM8.45 bilion) dan Kedah (RM6.13 bilion).