Kes culik Nayati: Suspek keenam ditahan di Banting
KUALA LUMPUR, 12 Mei — Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata sebahagian wang tunai dipercayai wang tebusan yang dibayar oleh ibu bapa, Nayati Shamelin Moodliar, 12, kepada kumpulan penculik telah ditemui polis. Seorang lagi suspek, Lee Phak Seng, ditahan di Banting, petang kelmarin.
Beliau telah menyembunyikan diri ekoran pendedahan gambarnya kerana terbabit dalam kejadian penculikan Nayati bersama lima lagi rakannya, akhir bulan lalu.
Hasil siasatan lanjut ke atas Phak Seng, 24, yang juga suspek keenam berasal dari Taman Segar, polis yakin akan dapat memberkas suspek terakhir yang dipercayai kini berada di luar negara.
“Dengan penahanan antara dalang utama kes penculikan Nayati, kita percaya dapat membantu penyiasatan berhubung kedudukan suspek ketujuh, Jan Yin Jiang, 24, serta tarikh kepulangannya ke negara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Dipetik Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengumumkan kejayaan polis menahan empat lelaki dan seorang wanita, selain menemui semula sebahagian daripada wang tunai RM300,000 yang dibayar bagi membebaskan Nayati.
Nayati telah dilarikan ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolahnya oleh dua individu yang tidak dikenali pada 27 April lalu.
Beliau kemudiannya dikurung di sebuah rumah di Ipoh selama enam hari, sebelum dibebaskan pada 3 Mei lalu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang. — Bernama