Bahasa

SEDA mungkin akan bawa Tony Pua ke mahkamah

PUTRAJAYA, 13 Julai — Tan Sri Fong Chan Onn hari ini memberitahu beliau mungkin akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Tony Pua berkenaan dengan tuduhan dan kritikan terbaru ahli parlimen tersebut terhadap pihak berkuasa tenaga yang boleh diperbaharui negara itu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tenaga Mapan (SEDA) berkata hari ini sebagai respon terhadap kenyataan daripada ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU) yang mengatakan beliau penipu semalam.

“Saya telah diarahkan oleh penasihat undang-undang SEDA dan kementerian untuk mengkaji kenyataan ahli parlimen itu dan melihat sebelum SEDA dan kementerian mengambil tindakan undang-undang,” kata Fong (gambar fail) dalam satu sidang akhbar hari ini.

“Kerana tuduhan amat serius maka penasihat undang-undang saya akan melihat sama ada kami boleh bawa beliau ke mahkamah.”

Pua yang juga setiausaha publisiti DAP semalam menyelar SEDA kerana memberi kontrak tarif yang menguntungkan (FiT) kepada anak perempuan kepada pengerusi baru Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan — dengan menyatakan bahawa anak perempuan Mohd Sidek itu tidak mempunyai modal dan rekod kerja.

Pua dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Selasa lalu menyatakan bahawa Suzi Suliana Mohd Sidek dan suaminya Todd Morath mempunyai kepentingan dalam 12 daripada 32 syarikat yang diberikan kontrak — 32.4 peratus dariapada kuota tenaga yang ditetapkan dari 1MW (Mega-wat) dan 5MW.

Pua menyelar Fong yang dilaporkan berkata “pemilihan berlaku melalui sistem online dan tidak mencampurinya,” menjawab kenyataan Fong yang dilaporkan oleh The Star Rabu lalu yang mengatakan semua syarikat terpilih memenuhi kelayakkan kewangan dan teknikal.

Pua turut mendedahkan 12 syarikat yang dipunyai oleh Suzi Suliana dan rakan niaganya ditubuhkan dua minggu sebelum tarikh tutup permohonan pada 2 Disember 2011, sekurang-kurangnya lapan daripada 12 syarikat tersebut ditubuhkan pada 11 November 2011.

Sebagai jawapan, Fong mengatakan tidak ada alasan untuk menolak syarikat “semata-mata kerana baru ditubuhkan bulan lepas.”

Pua mendesak SEDA untuk “membuka semula bidaan untuk kuota tenaga solar untuk memastikan semua pemain diberikan layanan yang adil.” Pua juga meminta syarikat yang tidak layak “dikeluarkan dari prose’s kelayakkan”.

Sidek bersara sebagai ketua setiausaha negara (KSN) bulan lalu tetapi terus dilantik sebagai pengerusi Petronas.

“Dia (Pua) mempersoalkan keteguhan sistem dan peguam sedang melihat tentang itu,” kata Fong lagi. “Penasihat undang-undang kementerian akan menasihatkan saya dari masa ke semasa.”

Apabila ditanya apakah terdapat motif politik dibelakang kenyataan Pua, pemimpin MCA itu berkata, beliau tidak mahu membuat spekulasi.

Malaysia berhasrat untuk mempunyai lebih 3,000MV tenaga hijau pada tahun 2020 dan kerajaan pusat telah memperkenalkan polisi baru Disember lalu untuk membangunkan lebih banyak pengeluar tenaga independen (IPP) untuk digunakan oleh isi rumah.

Ini bukan kali pertama, parti pembangkang mempersolkan mengenai kuota FiT SEDA untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang tidak mencemarkan alam sekitar.

Febuari lalu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata sistem untuk menghadkan pengeluaran tenaga sebanyak RM300 juta tidak begitu berkesan.

Dia menjelaskan bahawa SEDA telah menjemput orang awam termasuk isi rumah dan pengeluar tenaga kecil-kecilan yang berjumlah 30MV, walaupun dihadkan sebanyak 5MV dalam PV solar, untuk mengikut jumlah tenaga boleh diperbaharui dan mencadangkan agar Malaysia supaya belajar daripada Jerman.

Previous: Wan Azizah sokong Musa Hassan tentang fakta jenayah

Next: Pakatan gesa penyokong sebar penyelewengan BN