BN dapat Selangor, terlepas Sabah
8 OGOS ― Barisan Nasional (BN) dipercayai menyusun strategi membawa seramai-ramai pengundi Sabah ke Selangor bagi merampas semula negeri itu dari Pakatan Rakyat dalam PRU 13 ini.
Dengan strategi ini meyakinkan BN untuk merampas negeri itu. Penemuan kaji selidik tentang kencerungan pengundi yang yakin sangat BN akan menawan Selangor antaranya ialah ramainya undi hantu di Selangor yang dikatakan dari Sabah.
Itulah perancangan manusia, tetapi mengikut al-Quran, Allah swt juga merancang, rancangan Allahlah maha tepat.
Tidak mungkinkah perkembangan dramatic di Sabah yang terbaru, dua anggota Parlimen BN, Timbalan Menteri Datuk Seri Ljim Ukim dari Parlimen Beaufort meletak semua jawatan dalam Umno dan Datuk Seri Wilfred Bumburing dari Parlimen Usukan keluar BN.
Keduanya akan bersama pembangkang kononnya demi kepentingan polilik dan rakyat Sabah.
Mereka dipercayai tidak bersendirian. Ada gerakan yang tentunya tidak menyenangkan BN dalam pilihan raya akan datang. Perkembangan di Sabah nampaknya telah melemahkan berita baik populariti Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi, mengikut kaji selidik Merdeka Center melepasi 60 peratus.
BN baru saja mendapat isyarat ia boleh merampas Selangor dan Kedah, dan dapat mempertahankan semua negeri yang dikuasainya. Tetapi tindakan Lajim dan Wilfred mnjadikan Sabah bukan lagi simpanan tetapnya.
Tidakkah ini Allah hendak mengingatkan tentang kekuasaanNya, rancangan manusia itu tidaklah memberi bekas, yang memberi berkas ialah perancangan Allah jua. Tiada siapa dapat menduga perancangan Allah di Selangor dan Sabah.
Tetapi manusia merancngan mengubah seramai-ramai pengundi Sabah untuk dibawa ke Selangor yang pada bacaannya sulitlah bagi Pakatan membertahankan Selangor.
Dengan perkembangan di Sabah yang terbaru, undi BN di Sabah tentunya berkurangan. Ia tentu dapat ditarik oleh pengaruh Lajim dan Wilfred. Undi BN yang diperlukan untuk menampung kekurangan calon BN di banyak tempat telah dipindahkan ke Selangor.
Katakanlah pengundi hantu itu setia kepada BN. Mereka dapat memberi bantuan bagi memenangkan BN di Selangor, tetapi ketiadaan mereka di negerinya menyebabkan negerinya terancam dan mungkin mengubah politik dan kerajaan BN di Sabah.
Pengundi-pngundi itu dapatlah upah lumayan kerana memenangkan BN di Selangor dan dapat melancong ke Semenangjung. Mereka tentu tidak akan tinggal dan kekal di Selangor setelah BN menang di Selangor.
Tetapi kalau Sabah pula jatuh ke tangan Pakatan, maka mereka akan balik ke Sabah sebagai pembangkang. Mereka tidak lagi boleh jadi JKKK dan lain-lain kelebihan yang selalu didapati oleh penyokong kerajaan. Mereka pula akan merasai sama dengan apa yang dirasai oleh orang Umno Selangor sekarang.
Kekalahan BN di Selangor belum tentu dapat menggugat kerajaan BN Persekutuan. Tetapi kekurangan undi BN di Sabah boleh membahayakan kedudukan BN dan boleh menukar kedudukan politik Najib sendiri.
Jika BN diberi pilihan, mana satu ia mahu? Mahu menawan Selangorkah atau mahu mengekalkan Sabah? TEntulah mahu kedua-duanya sekali.
Selangor mudah ditawan atas sokongan pengundi hantu dari Sabah. Tetapi ia meninggalkan kekosongan di Sabah.
Tidak sempat bagi jentera BN dan kerajaan untuk membawa pengundi pulang mengundi di Sabah selepas mereka sebelah pagi mengundi BN di Selangor. Orang yang menundi di Sepang, Selangor ada jalan untuk mengundi pula di Seremban atau Tanjung Malik.
Tetapi hendak mengumpulkan orang Sabah yang bertaburan di merata-rata di Selangor untuk dibawa pulang ke Sabah adakah kerja kartun. Penerbangan mereka belum mendarat di Kota Kinabalu, peti undi sudah ditutup. Tidak cukup helicopter TUDM untuk mengantar mereka balik ke kawasan menundi lama.
Jika PRU 13 diadakan Mac 2013, sempat pengundi di Selangor itu dipindahkan semula ke Sabah.
Perancangan manusia itu menjadi dengan izin Allah. Jika tidak dengan Allah ada saja masalahnya dan kelemahannya.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.





