Opinion

Perihal Syawal

August 22, 2012

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Beliau memblog di www.aminiskandar.blogspot.com dan "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar.

22 OGOS ― Syawal pun menjelma.

Umat Islam merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Kadangkala terlihat seolah-olah seperti “membalas dendam” kerana sebulan tidak dapat makan dan minum disiang hari.

Kunjung mengunjung amalan baik.

Sekurang-kurangnya, dapat mengeratkan hubungan sesama saudara mara.

Itu teorinya, realitinya sebaik saja habis cuti raya, kita pun pulang membuat pekerjaan masing-masing dan hanya bertemu kembali dengan saudara mara jikalau ada majlis kenduri kahwin atau pada Syawal yang akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya sudah membuat rumah terbuka semenjak hari raya pertama.

Ribuan hadir untuk makan serta mengambil peluang untuk bersalaman dengan PM dan menteri kabinet yang selama ini mereka lihat dalam akhbar atau televisyen.

Televisyen seperti biasa menyiarkan cerita-cerita hantu dan seram dimusim-musim raya ini mungkin kerana nak cuba beritahu bahawa “syaitan” yang terkurung di bulan Ramadan dah terlepas semuanya.

Kalau dahulu “sarkis” menjadi pilihan televisyen kita.

Entah kenapa, di musim perayaan yang seharusnya membuatkan kita gembira, televisyen kita juga banyak menyajikan drama-drama yang sedih dan menyayat hati.

Plot cerita kebanyakkannya sama.

Cuma pelakon dan jalan cerita berbeza.

Kebiasaanya cerita sudah pasti tentang anak yang menderhakakepada ibu dan bapanya, lupa daratan selepas kaya dan menyesal setelah ibu bapa mereka mati.

Saya tidak mempunyai masalah dengan cerita sebegini kerana ia mendidik anak-anak agar tidak menderhaka.

Yang menjadi masalah  adalah apabila hampir semua drama begitu.

Apakah ini sahaja masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita?

Mengapa tidak disajikan juga dengan drama-drama tentang ahli politik – ahli politik yang menghuru-harakan negara?

Bukankah ini lebih banyak berlaku?

Lagu Raya juga begitu, sedih-sedih belaka.

Kalau terlalu banyak dengar, berkemungkinan akan menyebabkan seseorang itu bunuh diri.

Apakah ini diantara punca banyaknya berlaku kemalangan dikalangan rakyat Malaysia dimusim perayaan?

Di Malaysia Syawal dirayakan selama sebulan.

Rumah terbuka juga akan dilakukan selama sebulan, malahan jangan terkejut akan ada satu dua lagirumah terbuka sehari dua selepas Syawal.

Jika anda pintar, wang untuk makanan sebulan dapat dijimatkan.

Konsep ini baik, memberi makan kepada orang lain.

Akan tetapi, bagi yang tidak mampu, tak perlu bersusah payah membuat rumah terbuka.

Cukup dengan meraikan rumah terbuka yang sedia banyak.

Apalagi dalam keadaan sekarang dimana pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang semakin hampir.

Parti A,B, C, D, E dan F pasti akan menganjurkan rumah terbuka.

Makanlah apa yang ada, undi kamu tetap rahsia.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Talk of the web