The Malaysian Insider

Bahasa

Bencana berganda: Rugi kemusnahan Jepun cecah RM900 bilion

Mar 23, 2011

TOKYO, 23 Mac — Kerajaan Jepun menjangkakan nilai keseluruhan kemusnahan akibat bencana berganda — gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear mencecah 15 trilion hingga 25 trilion yen (AS$185-308 bilion), lapor akhbar Nikkei hari ini.

Akhbar itu menambah, Menteri Ekonomi Kaoru Yosano akan membentangkan anggaran nilai kemusnahan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Lebih 9,000 sudah disahkan terbunuh dalam tsunami dan gempa bumi 11 Mac lalu. — Reuters