The Malaysian Insider

Bahasa

Pemimpin BN tolak ramalan ‘kerajaan lemah’ Dr M

UPDATED @ 06:58:38 20-09-2012
Sep 20, 2012

KUALA LUMPUR, 20 Sep – Pemimpin Barisan Nasional (BN) menolak ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengenai peluang gabungan itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, dan menjangkakan gabungan pemerintah itu akan mendapat keputusan lebih baik daripada semasa PRU 2008 apabila mereka hilang majoriti dua pertiga di parlimen.

Dr Mahathir (gambar) mengatakan semalam bahawa beliau menjangkakan BN akan menjadi kerajaan lemah selepas PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi, akan tetapi pemimpin-pemimpin gabungan itu tidak bersetuju dengan penilaian beliau tentang peluang BN.

Mereka juga tidak bersetuju dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa pemberian wang tunai oleh pentadbiran Najib adalah satu bentuk pembelian undi tetapi menegaskan bahawa veteran politik itu juga mengakui bahawa BN perlu untuk meningkatkan populariti bagi memastikan kerajaan yang lebih kuat selepas PRU akan datang.

“Dan kita pasti mahu mandat yang kuat, sebuah kerajaan yang kuat untuk membuat perubahan dan menambah baik Malaysia.

“Apa yang kita katakan ialah memberi (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) peluang.

“Dia akan memperbaiki apa jua kelemahan yang berlaku pada masa lalu,” kata setiausaha agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin Umno itu juga bersetuju apabila ditanya tentang kemungkinan BN akan menubuhkan kerajaan yang lebih kuat dari sekarang sambil mengatakan gabungan tersebut sudah diketahui menunaikan janji mereka.

“Dari segi persepsi… jika kamu dengar tentang persepsi – kami bekerja. Kami bekerja keras dan kami tunaikan apa yang kami kata, dan bukan hanya bercakap, bercakap, bercakap,” katanya.

Sentimen yang sama dari rakan-rakan Tengku Adnan dalam BN.

“BN akan lakukan dengan lebih baik dalam pusingan ini,” kata Datuk Seri G Palaneval, presiden MIC kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan pemberian wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) harus dilakukan setiap tahun dengan menambah usaha tersebut harus perlu dijadikan program yang direka untuk memberi manfaat kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Jika bercakap secara realistik, BN akan bangkit dengan mandat lebih kukuh. Dan kita perlu itu untuk melaksanakan dasar-dasar jangka panjang,” kata Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu.

“Sudah tentu kita benar-benar lebih kuat sekarang. Kami mempunyai Perdana Menteri yang baru. Kami mempunyai pelan transformasi yang berani. Kami berada pada kedudukan yang sama dengan pembangkang dalam perang siber,” kata setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahalan.

Dr Mahathir meramalkansemalam dalam sebuah forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana bahawa BN akan terus memerintah Malaysia selepas PRU ke 13 sebagai sebuah kerajaan lemah dan ini tidak baik kerana gabungan pemerintah tersebut akan lebih memfokuskan kepada survival mereka lebih daripada membangunkan negara.

Menurut Dr Mahathir lagi, tindakan kerajaan pimpinan Najib memberikan wang tunai kepada rakyat adalah tindakan yang menyerupai “pembelian undi”, akan tetapi mengakui usaha tersebut dalam membantu menggembalikan populariti BN dengan lebih cepat oleh kerana PRU semakin hampir.

Sebagai seorang pemimpin BN yang lantang, Dr Mahathir berkata BN memerlukan sebuah kerajaan kuat untuk membantu perlaksanaan dasar-dasar yang mungkin “tidak menyenangkan” tetapi akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.

Mana-mana kerajaan yang dibentuk dengan majoriti parlimen yang kecil boleh digulingkan dengan mudah melalui pembelotan massa, Dr Mahathir memberi amaran.

“Setiap negara memerlukan sebuah kerajaan yang kuat supaya dasar jangka panjang boleh dilaksanakan walaupun mereka mungkin membuat kerajaan tidak popular.

“Jika tidak, tumpuan adalah lebih kepada politik daripada dasar. Tetapi tanpa kerajaan yang kuat, ia akan menjadi sangat sukar untuk menjalankan perkara tidak popular.. seperti GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).

“Kami sedang melakukan transformasi serius tentang sistem subsidi. Dan ia tidak dilaksanakan sebelum ini oleh kerana kemungkinan serangan balas politik yang dahsyat,” kata Gan dari MCA.

Abdul Rahman menyifatkan kenyataan Dr Mahathir sebagai “cerdik”, dengan mengatakan mesej bekas Perdana Menteri adalah untuk memberitahu pengundi supaya mengembalikan kerajaan BN yang kuat jika mereka mahu negara makmur.

“Ia adalah satu kebijaksanaan. Dr Mahathir adalah seorang yang pintar. Jangan ambil kata-kata beliau secara tersurat. Lihat secara tersirat tentang apa yang dia cuba katakan adalah - jika rakyat mahu sebuah kerajaan kuat dan serius tentang mentadbir negara, lebih baik kembali kepada kerajaan yang kuat .. jangan memilih kerajaan lemah kerana ia hanya akan fokus untuk survival,” kata ahli politik Malaysia timur itu.

Abdul Rahman juga mengambil perhatian terhadap kenyataan Dr Mahathir tentang pemberian tunai oleh pentadbiran Najib tetapi berkata ahli politik veteran itu semata-mata menunjukkan keutamaan beliau.

“Jika anda menganalisis kata-kata beliau dengan berhati-hati ...beliau tidak memberi tumpuan kepada membeli undi. Beliau hanya mengatakan bahawa beliau membenci pemberian wang tunai dan lebih gemar untuk membina kemudahan,” katanya.

Beliau menambah bahawa rakyat Malaysia tidak harus dianggap sebagai pengundi bodoh yang akan mengundi bagi pihak kerajaan semata-mata kerana mereka telah menerima bayaran tunai secara langsung.

Setiausaha agung MIC Datuk S Murugessan menegaskan bahawa jika bercakap dengan logik, pengenalan bayaran tunai RM500 oleh BN di bawah program BR1M tidak direka untuk “membeli undi”.

Beliau menegaskan bahawa asas sokongan gabungan tersebut sebahagian besarnya adalah golongan berpendapatan rendah dan jika BN mahu memancing sokongan, ia seharusnya menyerahkan wang tunai kepada golongan berpendapatan tinggi.

“ PM memperkenalkan BR1M, selepas beliau turun kebawah dan bertemu dengan rakyat yang begitu banyak yang bercakap mengenai kesusahan mereka. BR1M adalah untuk membantu mereka yang dalam kecemasan, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Kerajaan dijangka mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada golongan berpendapatan rendah semasa Bajet 2013 dibentangkan minggu depan, dalam usaha yang dilihat sebagai memberi Najib dan BN rangsangan lebih awal menjelang pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.

Pusingan pertama pemberian BR1M, yang melibatkan kira-kira lima juta keluarga menggunakan pembayar cukai sebanyak RM2.6 bilion, menyaksikan penilaian kelulusan Najib meningkat sehingga 69 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh lonjakan sokongan daripada golongan berpendapatan rendah.

Sumber dari BN memberitahu beberapa survey yang dilakukan baru-baru ini mengatakan bahawa BN perlu bekerja lebih keras untuk menang dengan lebih besar terutamanya bagi 2.2 juta pengundi yang pertama kali mengundi.

Pilihan raya akan datang perlu diadakan selewat-lewatnya sebelum mandat BN tamat selepas April 2013.

Difahamkan kompilasi survey yang dilakukan mendedahkan bahawa BN boleh menang sehingga 146 kerusi dengan sekurang-kurangnya 80 dijamin menang, lebih daripada apa yang dimenangi mereka sebanyak 140 kerusi pada tahun 2008.

Kedudukan Najib dikalangan masyarakat Cina dan India telah tergelincir selepas itu perhimpunan Bersih pada 28 April, tetapi itu kajian terbaru oleh penyelidik Merdeka Center menunjukkan mata peratusan Najib mendaki hingga 69 peratus, disebabkan sebahagian besarnya oleh lonjakan sokongan dari rakyat miskin.