Rencana

Anwar Ibrahim: Pendedahan moral lagi — Anuar Mohd Nor

March 23, 2013

23 MAC — Akhirnya kembali kita pula kepada isu kepingan gambar lucah dari video lucah dikatakan mirip Anwar Ibrahim dan timbul pula video antara Anwar dengan seorang lelaki dikatakan mahasiswa. 

Seperti biasa blogger tersohor Umno — www.papagomo.com — menjadi peneraju membongkar isu-isu berkaitan dengan seks moral Anwar Ibrahim.

Sungguhpun begitu persoalan yang penting dalam isu ini adalah kesan dari isu-isu yang dimainkan. 

Semakin banyak gambar mirip dan video Anwar Ibrahim yang dikatakan akan ditayangkan bagi membuktikan moral Anwar adalah dalam keadaan yang amat buruk. 

Lihat sahaja kes-kes sebelum ini. Semua kes Anwar Ibrahim melibatkan seks dan kedudukan moral diri beliau tetapi sehingga kini kedudukan beliau seakan tidak tergugat dan hari ini parti tajaan beliau dan komponen beliau dikatakan semakin kuat mencabar.

Betul tidak betul tuduhan itu adalah satu episod berasingan namun kesan yang diterima oleh beliau atas pendedahan video dan sebagainya seakan nampak minimal dan tidak mempengaruhi politik dirinya. 

Mungkin kenyataan www.umno-reform2.com ini meleset tetapi sekuat laman-laman web Umno memainkan isu video lucah sekuat itu juga desas desus Anwar Ibrahim akan memberi cabaran hebat pada PRU 13 nanti. 

Mana salah pendedahan ini, kepercayaan meleset atas gambar pelaku atau kesalahan kerana saluran yang mendedahkannya dan cara pendedahan yang dibuat. — umno-reform2.com

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

 

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi