Rencana

Anwar Ibrahim ‘terbunuh’ dalam kempen pilihan raya — Zainuddin Maidin

April 16, 2013

16 APRIL — Berita ini tidak sahaja menggemparkan masyarakat Malaysia di London tetapi juga masyarakat di tanahair berikutan dengan adanya panggilan dari anak-anak dan sanak saudara  mereka di London untuk meminta pengesahan.

Saifudin Nasution, SUA Keadilan yang menjadi punca berita menggemparkan ini dijangka akan memanggil sidang akhbar bila-bila masa untuk menjelaskan kedudukan sebenar setelah menemui  Ketua Polis Negara.

Difahamkan tidak sahaja wartawan-wartawan tempatan tetapi wartawan-wartawan seluruh dunia termasuk dari  CNN, BBC, ABC dan wartawan-wartawan Singapura juga telah menghubungi Ibu Pejabat Keadilan di Kuala Lumpur untuk mendapat penjelasan tetapi gagal.

Berita terdahulu:

Masyarakat dan juga kalangan pelajar Malaysia di London sedang gempar dengan berita mengatakan Penasihat Parti Keadilan, Anwar Ibrahim telah terbunuh ketika sedang berucap dalam suatu perhimpunan pilihan raya di Selangor.

Berita ini telah tersebar sejak beberapa hari lalu berikutan dengan dakwaan Setiausaha Agung Keadilan, Saifudin Nasution yang tersiar di KedialanDaily bertarikh 12 April,  mengatakan keselamatan Anwar sedang menghadapi ancaman serius.

Menurut beliau, laporan polis belum dibuat dalam perkara ini kerana laporan-laporan dari Parti Keadilan tidak pernah diikuti dengan tindakan terhadap penyerang dan juga provokator.

Menurut Saifudin, beliau hanya akan menyampaikan maklumat yang ada padanya mengenai identiti dan sumbernya kepada Ketua Polis Negara dalam masa yang terdekat.Kenyataan akan dibuat selepas pertemuan itu,katanya.

Berita-berita yang tersebar di London mengenai pembunuhan Anwar itu  tidak menyebutkan bagaimanakah Anwar terbunuh dan di mana, tetapi beberapa orang pelajar di London telah menalipon ibubapa mereka di tanah air untuk mengesahkan berita kematian itu.

Mereka memberitahu  penyebar-penyebar khabar itu mengatakan Anwar diserang dengan parang oleh seorang yang menjerit-jerit  perkataaan Yahudi dan homo.

Beberapa kumpulan pelajar di London, Manchester dan Lancaster  telah pun mengadakan majlis-majlis tahlil dan bacaan Yassin atas kematian Anwar Ibrahim sebaik sahaja menerima berita itu sebelum pun mendapat pengesahan. Ini adalah sama seperti langkah mereka mengadakan majlis majlis bacaan doa apabila mendapat berita   Anwar terkena racun arsenik ketika perbicaraan kes khalwat pertamanya lama dulu.

Bagi sesetengah pelajar di UK Anwar lebih hebat ketokohannya dari Pemimpin Kemerdekaan Afrika, Nelson Mandela, Pemimpin Revolusi  Indonesia, Sukarno dan pemimpin Nazi German, Hitler.

Masyarakat Malaysia di London juga merasakan bahawa kematian Anwar itu sebagai suatu kehilangan besar seorang pejuang persamaaan hak lelaki dan wanita, pejuang kebebasan homoseksual dan Lesbian dan  juga kebebasan agama atau pluralisme agama.

Sehingga ini belum ada penafian rasmi yang dikeluarkan di London atau di Kuala Lumpur oleh Parti Keadilan berhubung dengan berita pembunuhan Anwar itu untuk menenangkan penyokong-penykongnya sebaliknya KeadilanDaily online terus menyebarkan berita yang Anwar Ibrahim akan dibunuh.

Keyakinan yang kuat mengenai berita ini adalah juga berikutan penyiaran interviu Anwar Ibrahim dengan akhbar London's Financial Times Sabtu lalu dimana beliau mendakwa “Sham Democracy” is out to have him murdered. — zamkata.blogspot.com

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

 

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi