Rencana

Bunga Pilihan Raya — Lee Jia Hui

May 05, 2013

5 MEI — Rakyat bangkit
berpusuk-pusuk menuju
pusat mengundi.

Sedetik dua peluh di dahi:
tangan bersedia menanda
harapan masa hadapan Malaysia.

Rakyat sudah kecewa, marah:
luka yang dilanda kerajaan membarah,
palang tiang pembangunan
dikerumuni anai-anai
leka dan lalai.

Seorang lelaki yang isterinya di Kashmir
berbahasa Urdu di Brickfields
menceritakan dukanya:

Bekerja siang pagi
senja disangkar di dalam bilik
yang dikongsi dua puluh buruh lain

Kerana majikannya kroni
BN yang biasa tidak peduli;
buruh asing dibayar kacang,
dihina, diusik, ditindas
samalah cerita dengan Orang Asal

(kecuali bila pilihan raya datang).

Biarlah kami berkongsinya.
wang, kuasa, maruah
milik semua yang mencari makan

Di bawah keangguhan
dan kolonialisme separuh abad
Barisan Nasional.

Kesaksamaan itu tidak kira
samada asing atau berkulit gelap:
Keluargaku juga asing
tiga generasi lalu
Dan kepada BN, kekal asing.

Pada lima Mei ini
biarlah kuntuman harapan
bagai bunga raya merah cerah
mekar, wawasan baru marak
dinyala rakyat.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi