Rencana

Citra dan politik narsisisme menjelang Pilihan Raya ke-13 – Ismail Hashim Yahaya

February 19, 2013

FEB 19 – Menjelang pilihan raya ke-13 ini, para elit politik negara telah mulai sibuk dengan pelbagai persiapan seperti menyediakan manifesto dan memulakan kempen, memberikan ceramah, merasmi dan mengunjungi
 tempat-tempat awam, menemui rakyat, memberi risalah dan mengemukakan nama calon ahli parlimen dan dewan undangan negeri, 
memasang sepanduk, poster dan banner di jalan raya, mengirim mesej pesanan ringkas melalui telefon bimbit,
 mengaktifkan laman sesawang, berbicara di radio serta menyiarkan iklan
 di media elektronik.

Dalam politik abad maklumat ini, citra politik seseorang tokoh yang 
dibangun melalui pelbagai media cetak dan elektronik boleh menentukan pilihan politik pengundi.

Melalui “jampi serapah 
elektronik” itu, persepsi, pandangan dan sikap politik masyarakat 
dibentuk, bahkan dimanipulasi oleh citra media. Ia menjadi semacam “politik pencitraan”
yang merayakan citra berbanding kearifan, ketokohan dan kepimpinan politik sebenar.

Kekuatan “jampi serapah” elektronik telah menghanyutkan para elit politik
 dalam keghairahan merakayasakan citra diri, tanpa mempedulikan hubungan citra itu 
dengan realiti sebenarnya.

Citra
 menjadi terputus dari realiti yang dilukiskan. Kesenangan melihat citra diri boleh saja menggiring kepada apa yang dikenali “narsisisme politik” (political narcissism).

Citra diri boleh menonjol menjadi citra parti dan nasional dan sejauh manakah kebenaran dan realti masih boleh dipertikaikan. Pemulaan citra dan pembinaan dengan memburukan parti lawan melalui propaganda memperlihatkan sutu mainan manipulasi politik dengan menggunakan media.

“Narsisisme” tidak hanya dimaksudkan sebagai kecenderungan mencari kepuasan atau memenuhi nafsu, tetapi juga segala
 bentuk “penyanjungan diri” juga parti (self-admiration), “pemuasan diri”
(self-satisfaction), atau “pemujaan diri” juga parti (self-glorification) atau segala kecenderungan melihat dunia sebagai cermin dari ketakutan dan hasrat seseorang dan parti.

Politik Narsisisme adalah kecenderungan “pemujaan diri” berlebihan 
para elit politik, yang membangun citra diri meskipun itu bukan realiti
 diri sebenarnya: “dekat dengan petani”, “akrab
 dengan pedagang pasar”, “pemimpin bertakwa”, “penjaga kesatuan 
bangsa”, “pemberantas praktik korupsi”, atau “pembela nurani bangsa”.

Cermin daripada politik narsisisme ialah “politik plastik”, yang akan melalui konstruksi citra diri yang sebaik, 
secerdas, seintelek, sesempurna, dan seideal mungkin, tanpa
 menghiraukan pandangan umum terhadap realiti diri sebenarnya.

Melalui
 politik pertandaan (politics of signification), berbagai tanda palsu 
(pseudo sign) tentang tokoh dan parti diciptakan untuk
mengelabui tanggapan dan pandangan awam.

Politik yang berpandukan narsisisme adalah bentuk “politik sementaraan dan spontan” yang merayakan citra spontan dan kesan segera, tetapi tidak 
menghargai “proses politik”.

Pelbagai citra politik : “ikhlas”, “jujur”, “cerdas”,
 ”bersih”, atau “nasionalis” adalah citra yang seharusnya dibangun 
secara alami melalui pemupukan karya, pemikiran, tindakan, dan
 prestasi politik.

Politik bersandarkan nasisisme adalah cermin “politik rayuan atau pujukan” (politics of seduction), iaitu pelbagai helah bujuk rayu, pemujukan dan retorika
komunikasi politik yang bertujuan meyakinkan setiap orang bahawa citra
 yang ditampilkan adalah kebenaran. Padahal, citra-citra itu tidak lebih 
dari wajah penuh `make up’ dan topeng politik yang menutupi wajah 
asli iaitu politik sesumpah.

Oleh itu wacana komunikasi politik abad maklumat menggantungkan diri kepada citra visual (visual images) seperti imej television, kini menyerahkan
 diri pada “logika media” berwatak mendekati rakyat yang
merayakan logika “populariti”, “rayuan”, “pengelabuan”, “kesenangan”;
 bukan sesuatu yang “berasas”, “berpengetahuan”, “kebenaran”, dan “pencerdasan” politik.

Citra di kaca TV cenderung menolak segala bentuk “kompleksiti” demi
 merayakan sesudah mudah atau simple. Ia merayakan segala yang mudah, 
instan, segera, provokatif, menggoda, dan menolak yang rumit,
 berbelit-belit, akademik, ilmiah, dan terlalu serius. Politik yang
 terjebak di dalamnya menghasilkan simplifikasi politik (political
 simplification).

Simplifikasi politik adalah politik “antinalar” yang mengabaikan
 kompleksiti konteks, logika formal, atau hokum sebab musabab. Ia 
sebaliknya merayakan logika informal (informal logics), yang
 bertoleransi pelbagai kedangkalan, jalan pintas, pernyataan tanpa perdebatan, penjelasan tanpa bukti, pembicaraan lepas konteks, dan 
cara berpikir yang tidak logik. Inilah wajah wajah politik bangsa dewasa ini.

Simbiosis budaya politik dan budaya media kapitalistik ini menciptakan
 budaya yang dilandasi hasrat “keuntungan cepat”, “personaliti
 plastik”, dan “populariti prematur”.

Politik yang tunduk pada 
logika media melakukan pelbagai pembesaran kesan (amplifying effect) 
terhadap segala yang kabur dan menjadi tanda tanya.

Politik semacam ini memanipulasi emosi,
 mematikan rasa, memasung daya kritis, dan membuat fikiran kenyang
 dengan pelbagai stereotip sosial yang bosan lagi memualkan.

Media politik berkembang ke arah “anti-kedalaman” (depthlessness),
 dengan memuja gaya berbanding substansi, citra berbanding realiti, 
retorika berbanding intelektualiti, kesan berbanding proses, emosi
 berbanding nalar.

Ia menghindari dari hubungan abstrak, argumen
 konseptual, fikiran logik, hokum kausal, kerana dianggap tidak menarik. 
Godaan menciptakan komunikasi politik yang menarik telah menguburkan
 tugas pencerahan politik.

Apakah segala banaliti, kedangkalan, bahkan tipu daya komunikasi
 politik merupakan hasil dari demokrasi? Apabila demokrasi difahami sebagai
 sistem politik yang mempunyai spirit pencerdasan dan pemberdayaan 
individu dan warga, untuk menciptakan masyarakat demokratik yang sejati,
 maka apa yang berlangsung di atas panggung politik ini telah “melampaui”
 ideal demokrasi itu sendiri.

Demokrasi melampau menciptakan 
”nihilisme demokratik” iaitu praktik demokrasi yang diwarnai strategi pembohongan, manipulasi dan kepalsuan.
 Demokrasi seperti ini akan lebih merayakan cara bermain dengan emosi, perasaan dan kesenangan dengan mengabaikan substansi politik.

Memang, politik pencitraan amat penting dalam demokrasi abad 
maklumat kerana melaluinya pelbagai kepentingan, ideologi, dan mesej
 politik dapat dikomunikasikan.

Namun, ia harus dilandasi etika politik
 kerana tugas politik tidak hanya menghimpun konstituen sebanyak 
mungkin — melalui pujukan, retorika, dan pujukan politik — tetapi lebih
 penting lagi membangun masyarakat politik yang sehat, cerdas, dan
 bermoral.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi