Rencana

DAP sanggup merana demi menegakkan kebenaran, mengakui kesilapan yang telah dilakukan – Lim Guan Eng

6 Jan – DAP tidak akan menipu, bahkan sanggup merana demi menegakkan kebenaran dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

DAP menerima perletakan jawatan pegawai pemilihan parti, Pooi Weng Keong  yang telah bertanggungjawab sepenuhnya untuk kesilapan teknikal yang  menyebabkan keputusan yang salah diumumkan sewaktu pemilihan parti untuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sewaktu Kongres Nasional DAP pada  15-16 Disember 2012.

Walaupun kesilapan teknikal komputer yang  mengakibatkan paparan yang salah, di mana calon nombor 31 ke 38 dan  calon 61 ke 68 telah mendapat bilangan undi yang serupa; Pooi sebagai  pegawai pilihanraya mesti bertanggungjawab.

Kesilapan ini telah  mengakibatkan Saudara Vincent Wu diumumkan telah berjaya dilantik ke  CEC, sedangkan beliau sebenarnya tidak; manakala saudara Zairil Khir  Johari pula sepatutnya dilantik secara sah ke dalam CEC disebabkan  kedudukannya yang betul pada tangga ke 20.

Calon-calon nombor 61 ke 68 telah dengan silap mendapat keputusan yang serupa  dengan calon-calon nombor 31 ke 38. Keputusan yang sepatutnya diterima oleh calon-calon 61 ke 68 ialah: Calon nombor 64. Yong Wui Wui (Violet) telah menarik diri, maka undian untuk beliau tidak diambil kira.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh adalah tepat dalam mengatakan bahawa Pooi  telah kesilapan yang tidak disengajakan tanpa sebarang niat jahat.

Namun demi akauntabiliti Pooi telah meletakkan jawatan sebagai pehawai  pilihanraya dan juga jawatan lainnya dalam Jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan.

Pihak parti telah menerima perletakan jawatan beliau dengan rasa berat hati.

Apabila saya dimaklumkan tentang kesilapan ini setelah berakhirnya Kongres  Nasional, saya mahu pastikan bahawa keputusan yang dibetulkan tidak lagi mempunyai sebarang kesilapan kerana tidak patut ada lagi sebarang  kecuaian.

Justeru sebuah audit dalaman telah dilaksanakan oleh pakar pilihanraya Dr Ong Kian Ming, diikuti auditor luar, TCMK Associated Chartered Accountants, untuk memastikan keputusan akhir tersebut tepat.

Hanya setelah itu mesyuarat CEC diadakan.

Keseluruhan proses verifikasi sedikit terganggu dengan musim cuti hujung tahun yang mengakitbatkan sedikit kelewatan dalam mendapatkan pengaudit luar serta agak susah untuk mengadakan mesyuarat dengan kesemua ahli CEC,  memandangkan ramai daripadanya sedang bercuti.

Walau bagaimanapun, saya  ingin merakamkan ucapan terima kasih untuk semua ahli CEC dan kepimpinan parti yang menyokong penuh cadangan supaya kami mengakui kesilapan tersebut dengan jujur dan kerelaan kami bersama untuk menanggung malu di mata umum demi menegakkan kebenaran walaupun kami tidak menerima  tekanan daripada mana-mana pihak.

BN bukan sahaja enggan mengaku salah malah tidak mahu menjelaskan kesalahan mereka yang telah mengakibatkan kerugian kepada rakyat bernilai puluhan bilion ringgit.

DAP tidak terkejut dengan serangan yang dilancarkan oleh media arus perdana yang dikawal Barisan Nasional hanya kerana DAP berlaku jujur dengan  mengakui dan membetulkan kesilapannya demi menegakkan kebenaran.

DAP rela menerima akibat daripada berlaku jujur serta menerima kritikan daripada umum demi untuk belajar daripada kesilapan.

BN boleh mentertawakan pemimpin DAP kerana mereka tidak pandai menipu dan sentiasa bercakap benar. Namun DAP tidak akan mendengar syarahan tentang etika, integriti dan moral daripada pemimpin BN yang tidak bermoral; yang kesalahannya telah mengakibatkan kerugian bernilai puluhan bilion kepada rakyat Malaysia.

Apakah hak moral, politik, etika dan undang-undang yang dimiliki pemimpin BN  seperti Presiden MCA Chua Soi Lek; Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yasin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk mempersoalkan integriti DAP sedangkan BN bukan sahaja tidak mahu mengakui kesalahannya malah enggan menjelaskan kesalahan mereka yang telah mengakibatkan kerugian bernilai puluhan bilion kepada umum?

Semua orang di Malaysia tahu bahawa Chua Soi Lek tidak ada kredibiliti dan kedudukan untuk bercakap tentang moral. Apa hak Tan Sri Nor untuk mengkritik DAP apabila keslahan beliau membuat spekulasi pasaran matawang asing ketika beliau berada di Bank Negara pada tahun 90’an mengakibatkan kerugian bernilai RM15.8 bilion kepada negara.

Apapula hak Muhyidin untuk menyoal DAP apabila kesalahan BN sendiri yang gagal membanteras rasuah di kalangan pimpinannya telah menyebabkan gejala rasuah semakin merebak di Malaysia?

Kerugian daripada skandal, seperti kehilangan RM52 bilion saham bumiputera di mana tidak ada seorang pun orang Melayu biasa atau orang asal Sabah dan Sarawak mendapat walau satu saham pun masih tidakj dijelaskan sehingga sekarang.

Inilah sebabnya kenapa 28 juta rakyat Malaysia adalah golongan ekonomi kelas ketiga berikutan pendedahan laporan Global Financial Integrity yang berpengkalan di Washington tentang pengeluaran wang haram bernilai RM871 bilion sejak tahun 2001 sehingga 2010.

Inilah perbezaan di antara DAP dan BN. DAP tidak akan belajar untuk menipu tetapi lebih rela merana demi menegakkan kebenaran dan mengakui kesilapan jujur yang telah dilakukan.

Lim Gaun Eng

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

 

Comments