Rencana

Hapuskan pembaziran dahulu, perbaiki pelaksanaan Bajet 2014 – Raja Ahmad Shahrir

October 29, 2013

Seperti yang dijangkakan, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pengurangan subsidi (satu barang sahaja buat masa kini, dan mungkin lebih banyak untuk masa akan datang), dan peningkatan  peruntukan perbelanjaan untuk ekonomi Malaysia diselitkan ke dalam Bajet 2014 di bawah 5 teras rangka kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama harapan untuk mengurangkan fiskal defisit negara.

Secara terus terang, daripada perspektif perancangan, saya percaya bajet mengandungi beberapa langkah yang diperlukan untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui pembangunan infrastruktur asas untuk rakyat, meningkatkan pembangunan modal insan dengan memberi fokus kepada kemahiran dan pengetahuan yang baik, peningkatan aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pelaburan dana domestik dan asing, pengstukturan sistem percukaian, dan lain lain lagi. Bagaimanapun, ini adalah pandangan umum yang sama mengenai perancangan bajet, setiap tahun.

Apa lagi langkah seterusnya? Adakah kami sebagai rakyat hanya perlu duduk dan tidak mengendahkan apa yang disampaikan dan berfikir bahawa setiap apa yang disampaikan akan mengukuhkan lagi ekonomi seperti yang disampaikan oleh PM? Sebuah belanjawan hanyalah sebuah pelan, sekiranya tiada langkah yang diambil semasa pelaksanaaan, maka kita mungkin melihat peningkatan fiskal defisit yang lebih banyak untuk 2014 jika dibandingkan dengan 2013.

Tumpu kepada isu berkaitan dengan kos dahulu

Apa yang kita hadapi adalah lebih kepada masalah kos dan bukannya masalah hasil. Masalah kos yang dihadapi adalah daripada segi pembaziran dan kehilangan sumber disebabkan pengurusan sumber yang tidak berkesan dan tidak cekap. Antara perkara yang timbul di fikiran saya apabila membaca belanjawan itu adalah jumlah peruntukan RM46.5 bilon untuk pembangunan.

Mengambil petikan ucapan Perdana Menteri:

“Daripada peruntukan pembangunan yang berjumlah RM46.5 bulion ringgit itu, sejumlah RM29 bilion ringgit disediakan untuk sektor ekonomi. Sebanyak RM10.5 bilioin ringgit bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya RM3.9 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan. Selebihnya, RM1.1 billion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.”

Pertama sekali, terdapat pelbagai rancangan yang memakan jutaan ringgit seperti pembangunan lima wilayah koridor, pembangunan Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Taiping, RM700 juta untuk sistem pengurusan lalu lintas udara, RM 128 juta untuk menaik taraf Ibu Pejabat Polis dan Pejabat Polis Daerah dan perumahan staf kakitangan polis dan lain-lain lagi. Apa yang tidak jelas kepada orang ramai ialah sama ada anggaran kos yang ditunjukkan ini adalah tepat mengikut kos pembangunan. Adakah kos bahan, buruh mencerminkan harga pasaran dan akan ada bajet tambahan untuk menyokong kos yang tidak termasuk ke dalam belanjawan yang disampaikan.

Pada 2013, Laporan Peguam Negara (AG) mendapati Jabatan Taman Laut membeli Teropong Marin untuk 2805% lebih tinggi daripada harga pasaran, Mara membeli ketuhar pada harga RM1,200 sedangkan harga sebenar di pasaran adalah RM419, dan banyak lagi situasi di mana barang dibeli pada kadar yang terlalu tinggi berbanding dengan nilai pasaran.

Tambahan pula, beberapa pelan induk dalam perancangan seperti Pelan Sektor Perkhidmatan (Services Sector Blueprint) dan Dasar Penerbangan Nasional (National Aviation Policy). Siapakah yang akan diubah untuk membangunkan mereka dan pada kos apa? Apakah kemungkinan kita tidak akan mendapat satu lagi isu Pelan Pembangunan Pendidikan Negara?

Apakah perbelanjaan luar jangka dan perbelanjaan lain-lain?

Kedua, apakah perkara yang jatuh di bawah kategori “Luar Jangka”? Sebuah nilai besar sebanyak RM2 billion diperuntukkan untuk ‘Luar Jangka’. Satu laporan juga menunjukkan 12.4% daripada belanjawan keseluruhan diperuntukkan untuk perbelanjaan “Lain-lain”. Kategori-kategori ini perlu terus dijelaskan kepada orang ramai, seperti yang kita tahu bagaimana PRU13 meningkatkan perbelanjaan kerajaan yang lebih besar. Tanpa penjelasan yang betul, rakyat akan melihat ini sebagai sebuah langkah untuk menambah semula ‘tabung simpanan kerajaan’.

Satu lagi kandungan utama Bajet 2014 yang menarik perhatian saya adalah penubuhan beberapa dana. Antaranya termasuk Skim Usahan Pasar Malam dan Dana Keusahawanan Siswazah bergarga RM100 juta dan RM 50 juta masing-masing. Walaupun ini adalah inisiatif yang munasabah untuk meningkatkan pembangunan usahawan dan pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana, apakah langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan isu pinjaman tidak berbayar? Peminjam yang tidak membayar semula pinjaman hanya akan menyumbang kepada peningkatan kos.

Perdana Menteri tidak menyatakan dalam ucapan bajet yang penekanan akan diberi untuk meningkatkan perbelanjaan kecekapan serta memperbaiki kaedah audit. Sebahagian daripada rancangan itu adalah untuk mengambil tindakan proaktif untuk projek bernilai lebih RM100 juta melalui audit di dalam pelaksanaan projek ini.

Soalan utama adalah bagaimana proses audit akan dilaksanakan, siapa yang akan menjalankan audit ini, apakah isi kandungan yang akan diaudit? Adakah skop terhad diberi di dalam peringkat pelaksanaan? Bagaimuna pula dengan fasa pembinaan konsep dan reka bentuk (conceptualization and design phase).

Penambahbaikan: Pengajaran daripada proses audit di Singapura

Singapura mempunyai Gateway Process untuk mengukuhkan pengurusan Kos Projek-projek pembangunan sektor awam. Proses ini melibatkan pementasan kelulusan bagi kajian konsep, reka bentuk, dan perlaksanaan. Sebuah Panel Panel Penasihat Projek-projek Pembangunan (Development Projects Advisory Panel) memainkan peranan untuk memeriksa spesifikasi dan reka bentuk projek di peringkat awal konsep projek. Tambahan pula, untuk memastikan pengunaan sumber kewangan yang cekap dan berkesan, Value for Money Review Office (di bawah Jabatan Akauntan Negara, Kementerian Kewangan) kerap menjalankan kajian kepada projek kerajaan. Kajian ini dilakukan untuk memastikan akauntabiliti, nilai untuk wang, dan disiplin fiskal dalam sektor awam.

Dalam peralihan daripada Bajet 2014, Perdana Menteri hendaklah lebih telus dan terbuka kepada orang ramai berkenaan dengan bagaimana proses bajet dijalankan (bagaimana wang peruntukan dianggarkan), dan apakah pelan tindakan untuk memastikan inisiatif dan projek yang akan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan (proses tender, akauntabiliti, langkah kawalan kos, dan proses audit). Dengan memberi penjelasan kepada maklumat tersebut, orang ramai akan mempunyai rasa yang lebih baik mengetahui di mana dan bagaimana pendapatan tambahan akan dibelanjakan.

Penambahbaikan: Proses OECD bajet

Bagi negara-negara OECD, satu kajian terperinci dijalankan untuk mengenalpasti mekanisme untuk memperbaiki proses belanjawan. Pada asasnya, Kementerian Kewangan boleh menggunakan keputusan prestasi (KPI) untuk memberi motivasi kepada agensi kerajaan bagi meningkatkan prestasi.

Kementerian kewangan mempunyai mekanisme berpotensi yang boleh digunakan. Insentif ini boleh diberikan daripada segi kewangan mahupun bukan kewangan, dan formal mahupun tidak formal. Terdapat 3 mekanisme untuk menguruskan proses belanjawan:

 

Mekanisme

 

Ganjaran

 

Sekatan

 
           

1. Funding

 
  • Meningkatkan pembiayaan kepada kementerian
  • Mengekalkan status quo kepada pembiayaan kementerian
  • Meningkatkan bajet kakitangan
  • Memberi bonus pengurusan dan bonus pekerja
 
  • Mengurangkan atau menyekat pembiayaan kementerian.
  • Menghapuskan pembiayaan kementerian
  • Memotong bajet kakitangan
 
           

2. Fleksibiliti

 
  • Membenarkan kementerian untuk mengekalkan dan membawa lebih keuntungan kecekapan
  • Membenarkan fleksibiliti untuk pemindahan dana antara program berbeza dan/atau pebelanjaan operasi
  • Meningkatkan keperluan untuk laporan
  • mengembalikan segala pembiayaan
 
  • Mengembalikan segala pembiayaan
  • Menghadkan kebolehan untuk pemindahan dana
  • Membebaskan kementerian daripada beberapa keperluan laporan-laporan tertentu.
  • mengarahkan audit untuk pengurusan agensi kerajaan.
 
           

3.Pengiktirafan rakyat

 
  • Mengiktiraf pencapaian kementerian secara terbuka
 
  • Mengkritik secara terbuka prestasi kementerian.
 
           

Jadual mekanisme yang ada kepada kementerian kewangan untuk memberi motivasi bagi meningkatan prestasi kementerian/agensi kerajaan

Australia dan United Kingdom (UK) mempunyai syarat mengaitkan peningkatan perbelanjaan atau perbelanjaan baru untuk sasaran prestasi atau penilaian prestasi. Sebagai contoh, UK mempunyai pendekatan yang lebih sistematik iaitu setiap jabatan membangunkan rancangan perbelanjaan tiga tahun dan perjanjian perkhidmatan awam, yang termasuk sasaran prestasi berunding dengan Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan boleh menggunakan keputusan prestasi untuk memegang kementerian dan agensi lain yang bertanggungjawab untuk prestasi. Masih terdapat debat yang berterusan bagaimana keputusan prestasi seharusnya dikaitkan kepada pembiayaan.

Terdapat banyak bahagian yang boleh diperbaiki dalam Bajet 2014. Kita perlu menangani isu berkaitan dengan kos dengan mengenalpasti dan memperbaiki kebocoran sumber wang, dan meningkatkan proses kajian belanjawan dengan mempelajari daripada negara-negara dengan amalan terkemuka. Kerajaan juga perlu berusaha untuk meningkatkan pelaksanaan bajet dengan menetapkan sasaran dan mengkaji prestasi setiap kementerian. Setiap orang dewasa yang bekerja  adalah pembayar cukai secara langsung atau tidak langsung, jadi kerajaan Barisan Nasional mesti bertanggungjawab kepada semua masyarakat.

Malangnya, Bajet 2014 tidak menumpukan kepada semua pihak yang berkepentingan. Masyarakat Melayu dan India diperuntukkan dana untuk pembangunan manakala masyarakat Cina ditinggalkan. 

Bajet ini perlu diperuntukkan untuk semua , bukan untuk orang yang hanya menyokong parti pemerintah. – 29 Oktober, 2013.

* Raja Shahrir adalah Penyelidik di Institut Rakyat, sebuah think tank yang berkait dengan PKR. Tweet di @RajaShahrir dan facebook Raja Ahmad Shahrir.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi