Rencana

Jerebu Oh Jerebu – Wong Tan Kim

June 21, 2013

Sekali lagi jerebu melanda negara kita.

Kali ini keadaan jerebu lebih buruk khususnya di selatan Semenanjung Malaysia.

Jerebu di negara kita ini semacam hari perayaan.

Ianya datang setiap tahun dan harus disambut oleh rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia berdiam diri.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Apabila kerajaan Singapura mengkritik, pihak Indonesia pula menjawab perangai Singapura seperti “budak-budak melepaskan geram”.

Jerubu sudah mengancam kesihatan orang awam.

Pihak berkuasa khususnya Indonesia perlu bertindak untuk membendung perkara ini daripada berlaku setiap tahun.

Jikalau Indonesia berpendapat jerebu ini disebabkan oleh tindakan pengusaha ladang kelapa sawit milik orang Malaysia dan Singapura, mengapa tindakan undang-undang tidak diambil ke atas pengusaha-pengusaha tersebut?

Indonesia sebagai sebuah negara berdaulat berhak berbuat demikian.

Apakah Indonesia hendak melihat pihak berkuasa Malaysia atau Singapura mengambil tindakan undang-undang untuk suatu kesalahan yang berlaku di Indonesia?

Jerebu ini akan terus mengancam kesihatan kita untuk beberapa hari lagi.

Pemerintah Indonesia ternyata gagal untuk menangani masalah ini.

Nampaknya kita tidak ada pilihan lain dari terus menghidu asap dan udara hangit yang tidak kurang bahayanya kalau dibandingkan dengan Gudang-garam!

 * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi