Rencana

Kenyataan Dr M tidak rasional — S. Barathidasan

11 FEB — Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad sudah nyanyuk dan tidak mampu lagi berfikir secara waras dan berlapang dada, dengan tiba-tiba kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan tidak rasional sama sekali, berhubung supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan Ambiga.

WargaAMAN berasa terkilan dengan sikap biadap dan angkuh Dr Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman serta tidak selari dengan pemikiran seorang manusia yang bertamadun kehendak pada zaman dan masa ini. Beliau sering membawa kebencian dan kekacauan serta tidak lagi menampakkan ciri-ciri murni seorang pemimpin yang disanjungi di suatu ketika dahulu semasa beliau meraju sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin.

Sebenarnya Presiden Perkasa Ibrahim Ali sepatutnya dilucutkan kerakyatannya terlebih dahulu kerana beliau sering membuat kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman yang mengancam keharmonian, perpaduan kaum di Malaysia serta keselamatan negara. Baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan kenyataan agak mengejutkan menyuruh bakar Bible. Bukahkah panggilan membakar Bible itu satu perbuatan hasutan/sedition yang boleh mewujudkan satu bentuk bahaya besar serta menggugat perpaduan kaum.

Selain daripada Ibrahim Ali, Dr Mahathir pun harus dilucutkan kerakyatannya juga kerana pada 1983, Dr Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa Yang di-Pertuan Agong. Selain daripada itu kuasa menggistiyarkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis pada tahun 1993. Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas. Dalam kedua-dua peristiwa itu beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja agar rakyat bangkit menyokongnya. Apakah ia secara jelasnya membuktikan Dr Mahathir menderhaka kepada Tunku? Sebenarnya bukan “Melayu mudah lupa” tapi “Dr Mahathir mudah lupa”.

WargaAMAN ingin tahu apa kah kesalahan yang dilakukan oleh Ambiga sehingaa Dr Mahathir meminta supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat dua pertiga majoriti Parlimen bagi melucutkan kerakyatannya. Adakah ia satu kesalahan dimana Ambiga menyedarkan minda rakyat, bercakap benar, ikhlas dalam menegakkan keadilan, ketelusan serta meminta proses pilihan raya diadakan secara bersih dan adil? Adakah ia suatu kesalahaan? Adakah hasrat murni Ambiga meminta kerajaan BN dan SPR agar 8 tuntutan Bersih dipenuhi, suatu kesalahan ?

WargaAMAN sama sekali tidak berniat langsung atau mencadangkan agar melucutkan kerakyatan Dr Mahathir dan Ibrahim Ali, WargaAMAN lebih arif daripada Dr Mahathir bahawa menarik kerakyatan rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. WargaAMAN meminta supaya rakyat sendiri menilai akan kenyataan bekas perdana menteri Malaysia yang hanya memberi kesan negatif kepada negara.

WargaAMAN berpendapat tujuan sebenar Dr Mahathir ialah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, kerana mungkin ada perkiraan bahawa Barisan Nasional tidak akan menang dua pertiga majority pada PRU 13 nanti, jadi Najib mesti turun macam mana Ahmad Abdullah Badawi turun dan menaikkan Muhyiddin Yassin. Sekiranya ini berlaku maka sudah pasti anaknya Mukhriz Mahathir akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

WargaAMAN juga ingin mempersoalkan apakah pendirian anak perempuan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir iaitu Datin Paduka Marina Mahathir yang merupakan kawan baik kepada Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, akan kenyataan ayahnya? Adakah Marina menyebelahi ayahnya? Kenapa beliau masih membisu dan bersikap neutral?

Walau apa jua WargaAMAN akan sentiasa bersamaAmbiga dan tetap menyokong perjuangannya.

* S. Barathidasan adalah Setiausaha Agung WargaAMAN.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

 

Comments