Rencana

Menghukum di peti undi — Muhammad Hafizuddin Kamarudin

5 MEI — Saya ingin memulakan penulisan saya dengan memetik kata kata Lord Acton seorang ahli politik dan sejarahwan British:

“Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”

Tsunami Politik

Menurut kata kata tersebut kita boleh ingat kembali pada 5 tahun yang lalu selepas ‘Tsunami Politik’ yang berlaku di Malaysia. Barisan Nasional gagal mendapat 2/3 majoriti di dalam pilihanraya tersebut. Dengan hanya 51% ‘popular vote’, Dominasi Barisan Nasional di Parlimen dapat dinafikan selepas mendapat sokongan hebat pada 2004. Mereka juga berkerja keras lebih sedikit berbanding masa masa yang dahulu selepas mendapat hukuman daripada rakyat.

Di Britain, pertukaran kuasa antara Labour dan Conservative , dua parti yang dominan di UK, sering berlaku dalam masa berberapa tahun. Contohnya pada 1997, Labour merampas tampuk pemerintahan daripada Conservative yang berkuasa sejak 1974. Pada tahun 2010  pula kerajaan gabungan antara Conservative dan Liberal Democrats merampas kembali pemerintahan daripada Labour. Pilihanraya pada tahun 2001, 2005 juga menyaksikan masyarkat Britain menghukum Labour dengan tidak memberikan kuasa mutlak kepada Labour agar mereka berkerja keras. Namun begitu mereka menghukum Labour pada 2010 dengan menukar kerajaan yang sedia ada dengan yang baru. Mana ahli politik, ahli parlimen yang melakukan kesalahan yang berat seperti korupsi dan penipuan, mereka akan mendapat tekanan hebat daripada pihak lawan dan rakan sejawatan jika terbukti benar untuk meletakan jawatan.

Apa yang boleh saya simpulkan disini ialah sejauhmana rakyat menggunakan kuasa mereka sebagai pengundi . Mereka juga menghukum mana mana parti tidak melaksanakan tugasan sebagai kerajaan yang baik di peti undi. Mereka juga tidak takut untuk bertukar kerajaan. Jika kerajaan yang baru dipilih tidak menjalakan tugas dengan baik, mereka menukar kepada ‘rival’nya kembali.

Membentuk iklim politik Malaysia yang baharu

Pilihanraya ke 13 ini mampu membentuk iklim politik Malaysia yang lebih baharu dan terbaik. Rakyat perlu lebih menjadi selektif dan kritikal dalam membuat pilihan mereka, dan juga tidak menerima bulat bulat setiap perkara yang dimomokan oleh mana mana ahli politik , di media media massa , di ceramah dan di media media sosial. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, anda perlu menapis segala maklumat yang anda terima dan berfikiran lebih rasional dalam membuat keputusan untuk mengundi. Anda yang berhak menentukan undi anda untuk siapa. Soal ‘makan budi’ yang dimomok momokan kepada rakyat perlu dibuang jauh jauh, kerana itu tugas mereka sebagai kerajaan.

Perubahan sebenarnya di tangan anda. Carilah maklumat yang tepat dan benar, fikiran buruk dan baiknya sesebuah manifesto, tokoh yang melaksanakan dan parti parti yang terlibat. Saya percaya kepada perubahan iklim politik yang lebih baik mampu membentuk Malaysia yang lebih maju dari segi pemikiran rakyatnya dan mampu menghapuskan kepincangan yang berlaku di dalam negara.

Sebagai rakyat Malaysia, ia berbalik semula kepada anda, anda penentu masa depan negara. Jangan takut untuk berubah atau mengubah. Anda mampu melakukanya pada 5 Mei ini!

* Penulis merupakan seorang graduan dari Universiti of Warwick dan sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang Sains Teknologi dan Kemampanan.

*Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments