Rencana

Najib kalah PRU 13, diktator akan tumbang sekali — Anuar Mohd Nor

7 JAN — Laman media Internet www.kritis-online.com tiba-tiba mengeluarkan seakan satu bentuk amaran kepada BN/Umno. Mereka yang kononnya sayangkan Umno akan membinasakan Umno dan Malaysia akan menyaksikan bukan sahaja Umno di bawah peneraju Najib Razak akan tumbang tetapi akan juga tumbang diktator atau lebih kami kenali sebagai Broker Kuasa dalam Umno. 

Dengan tidak menamakan siapa yang akan tumbang bersama-sama Najib, www.umno-reform2.com dapat mengagak individu yang dimaksudkan adalah Dr Mahathir Mohamad yang pernah dikenali sebagai diktator dan broker kuasa dalam Umno. 

Laman tersebut dalam artikelnya memaklumkan bahawa diktator tersebut yang kononnya sayangkan Umno akan berusaha menjatuhkan Najib seperti mana dia berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri sebelum Najib atas alasan sayangkan Umno. 

Implikasi atas perbuatan ini akan memberi kesan negatif kepada Umno. Risiko yang diambil untuk menjatuhkan Najib sekarang ini adalah risiko besar kerana ianya mungkin akan mengakibatkan BN/Umno tewas. 

Laman itu turut mengatakan bahawa PRU 13 akan diumumkan dalam keadaan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan desakan untuk Najib letak jawatan dan ini mengundang nahas buat Umno. — umno-reform2.com

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

 

Comments