Rencana

Panji parti politik sudah mulai menghiasi jalan di Kelantan — Mohd Sayuti Omar

April 06, 2013

6 APRIL — Suasana pilihan raya yang menerawangi setiap ruang dan celah di negeri Kelantan yang dipenuhi dengan panji-panji parti politik sejak beberapa bulan dulu lagi kini semakin meriah. Parti-parti telah mula menaikan panji parti masing-masing di segenap penjuru dan ruang jalan raya yang ada.

Hampir sepanjang jalan-jalan utama di Kelantan sudah dipasang dan dihiasi bendera parti politik dan juga papan iklan gergasi yang mempamirkan kehebatan masing-masing. Suasana berpilihan raya ini dapat dilihat sebaik kita memasuki sempadan Kelantan di Merapoh, Pahang hinggalah ke Gua Musang dan semua bandar-bandar lain Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Kota Baru dan lain.

Keadaan ini dipercayai akan bertambah panas dan meriah lagi sebaik saja SPR mengumumkan hari penamaan calon dan hari mengundi. Biasanya parti politik akan memaksimuskan pemasangan panji, banner ataupun apa juga bahan kempen setelah dua atau tiga hari calon-calon dilekatkan atau diistyharkan. — msomelayu.blogspot.com

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

 

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi