Rencana

Pengkhianatan keatas orang Melayu – Mohd Ariff Sabri

February 23, 2013

FEB 23 – Orang Melayu kena faham perkara ini. UMNO telah menipu sebahagian besar orang Melayu dengan mendakwa mereka berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Sementara sebahagian besar orang Melayu dan rakyat lain hidup dalam keadaan yang kian menyusahkan, harta benda dan kekayaan negara disamun dan dirompak oleh gerombolan UMNO. Hutang negara semakin menggunung , menggadai masa depan jenerasi yang akan datang.

Apa yang melekakan orang Melayu? Yang meleka dan melalaikan mereka ialah keselesaan hidup dikampung2 dalam keadaan seadanya dan kejahilan akibat setiap hari ditanam minda mereka dengan propaganda UMNO.

Tapi keadaan yang sebegini tidak ubah seperti zaman dulu kala semasa tanah Melayu dibawah pemerintahan golongan feudal. Orang Melayu tetap selesa secara keseluruhan dalam keadaan yang seadanya dan kejahilan. Zaman dulu, propaganda dalam bentuk penceritaan yang bersifat dongeng dan tahyul mengenai kebesaran dan kehebatan golongan feudal.

Hari ini keadaan orang Melayu masih tetap serupa. Penceritaan mengenai kehebatan dan keagungan puak UMNO dilakukan oleh media yang di miliki oleh UMNO. Najib ada 2 jam di Gaza di sifatkan sebagai wira. Mereka yang bermukim di Gaza berminggu minggu dan berbulan itu tidak se wira Najib yang bergegas mahu keluar dari Gaza. Minda orang Melayu dihamba abdikan mengesahkan apa yang Pendita Zaaba nyatakan- yakni golongan yang paling menindas bangsa Melayu terdiri dari bangsa mereka sendiri. Penindasan yang paling dasyat ialah mengekang pembangunan minda orang Melayu. UMNO telah menjadi apa yang Zaaba ramalkan dalam tulisan nya. Tanpa disedari, UMNO khianat kepada bangsa nya sendiri.

Jika kita ada tanah, ada rumah, anak2 berkerja dan berdikari- ini semua bukan disebabkan oleh UMNO. Semua kerajaan yang memerintah mesti mengujudkan persekitaran yang minima untuk rakyat mereka membangunkan diri. Kita sendirilah yang membangunkan diri diatas tapak yang disediakan. Semua kerajaan yang bertanggung jawab melakukan perkara yang asas.

Jika UMNO boleh memerintah Malaysia, mana2 parti lain pun boleh. Apa yang UMNO boleh lakukan, semua parti yang memerintah boleh lakukan dengan lebih baik. Dengan rekod yang ditunjukkan oleh UMNO selama 55 tahun, tidak ada kerajaan bukan UMNO boleh melakukan nya dengan lebih teruk. Nobody can do worse than UMNO. Rekod kerajaan Pakatan di Kelantan, Penang, Selangor dan Kedah menunjukkan mereka boleh. Bukti dah ada depan mata.

Pemilikan perkara2 yang mensejahterakan hidup pada kedudukan seadanya- bukan alasan untuk terus menyokong UMNO membabi buta. Kita bukan mewarisi dunia ini dari ibu bapa, tapi meminjam dunia untuk anak dan cucu kita. Tanggung jawab kita ialah meyediakan persekitaran yang lebih baik dan cerah untuk mereka. Kita mesti tinggal dunia yang lebih baik dengan kerajaan dan pemerintah yang lebih baik untuk mereka.

Jangan kita selesa jika kita ada itu semua. Dalam sejarah Islam, kita mengubah kerajaan kalau kerajaan itu meneruskan kemungkaran. Kemungkaran dalam bentuk jinayah ekonomi, pemusnahan institusi penjaga hak rakyat seperti inistitusi demokrasi, kehakiman dan lain lain lagi. Kerajaan yang melakukan ini semua disifatkan sebagai zalim dan kezaliman menjustifikasikan pertukaran kerajaan. Kita tukar kerajaan UMNO kerana ianya zalim.

Apa tanda dia zalim? Jinayah ekonomi- pencurian wang melalui projek2 penyamunan wang dan harta rakyat berluasa dibawah UMNO. Rasuah menjadi jadi dan tidak dapat dikekang lagi. Presiden UMNO dan keluarga dituduh secara terang2 mengambil wang dan berkomplot menyapu wang, pemimpin UMNO korap lelaki dan perempuan, insttusi kehakiman hilang kredibiliti, ejensi yang menjaga kegiatan rasuah dilihat tidak berkesan, rakyat dipukau dengan tutur kata dan janji manis pemimpin UMNO.

UMNO menjamin masa depan yang gemilang dan mewah untuk golongan Melayu yang terpilih. Kepada sang majority, masa depan yang UMNO hasilkan ialah masa depan dibebani hutang yang menggunung, kos kehidupan yang kian meningkat, pendapatan per kapita yang mengekori kos penyaraan hidup. Untuk sang majoiti, masa depan dimana institusi demokrasi musnah, system penghakiman memihak kepada yang kaya dan berada, perasuah besar lepas dari hukuman dan sebagainya.

Jika lah benar UMNO menjuarai kepentingan bangsa Melayu, kenapa setelah 55 tahun UMNO memerintah, 8.7juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500 kebawah? Mengapa 90% penerima BR1M adalah bangsa Melayu yang mengesahkan setelah UMNO perintah 55 tahun, yang susah tetap orang melayu?

Bolehkah UMNO mengaku bahawa mereka mewakili suara orang Melayu? Dalam 2008, calun2 UMNO hanya memperolehi 2.38juta undi. Apa jadi kepada jumlah ahli UMNO yang 3.2juta? jika kita andaikan daripada 2.38juta undi tersebut, 380 ribu adalah undi dari bukan-Melayu, maka calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Ini akan bermakna, 1.2juta ahli UMNO sendiri sudahpun menolak UMNO kerana mereka menyedari hipokrasi perjuangan UMNO.

UMNO mengujudkan 2 jenis masa depan. Satu masa depan gemilang dan mewah untuk sekelompok Melayu yang terpilih. Suatu lagi masa depan gelap dan muram untuk sebahagian besar bangsa Melayu sendiri. Kenapa ini terjadi? Jawapan nya ialah kerana dasar yang dijalankan UMNO itu salah.

Apa dasar pokok UMNO? UMNO mahukan kesamaan dalam hasil atau equality in outcome. Jadi? Jadi untuk mencapai kesamaan hasil, UMNO mencampuri urusan ekonomi dengan membesarkan penglibatan kerajaan. Peningkatan penglibatan kerajaan lah yang menyebakan banyak ketidak adilan berlaku. Ianya membenarkan pemain2 ekonomi dipilih dari kalangan kroni2. Dan pemilih kroni dan tukang pilih kasih yang nombor wahid ialah Dr Mahathir. Pada masa yang sama, peningkatan penglibatan kerajaan menyebabkan pelbagai halangan buatan manusia dikenakan keatas kita tapi menyenang dan memudahkan golongan yang terpilih.

Apa yang UMNO lakukan ialah berselindung disebalik kuasa kerajaan untuk mengayakan sekelompok Melayu yang terpiilih. Maka tidaklah mengherankan bahawa perbezaan pendapatan dikalangan bangsa Melayu adalah yang terbesar diMalaysia. Gini coefficient dikalangan Melayu lebih besar dibandingkan dengan ukuran yang sama dikalangan bangsa2 lain di Malaysia. Apa ertinya itu? Itu ertinya, mereka yang berkuasa dalam UMNO tidak membantu sebahagian besar orang Melayu.

Kepentingan yang mereka juangkan ialah kepentingan kelompok orang Melayu terpilih. Sebahagian besar orang Melayu sebenarnya tidak memerlukan UMNO untuk hidup. Dibawah pemerintahan kerajaan bukan UMNO, orang Melayu tetap boleh mendapatkan tanah, tetap mendapat bantuan kebajikan masyarakat jika mereka memerlukan. Orang Melayu mesti membuang tanggapan hanya UMNO sahaja yang boleh membangunkan bangsa.

Perubahan hanya boleh dilakukan jika kita mengubah kerajaan yang ada. Bagaimana kita mendapat perubahan , jika kerajaan itu tetap sama? Kerajaan yang mempromosi pembesaran penglibatan kerajaan akan terus melakukan demikian kerana disana dan dengan cara yang demikian, kepentingan bisnes mereka terus terjamin.

Maka jika orang Melayu mahu berubah, maka ubahlah kerajaan yang ada.

Apa transformasi yang dilaungkan oleh Najib? Ada kita tengok struktur feudal dalam masyarakat Melayu diubah? Masyarakat Melayu masih terus distrukturkan mengikut system feudal. Rakyat terbanyak dilembukan dan dididik supaya memuliakan suatu kumpulan yang terpilih. Dan mereka terpilih bukan kerana kepandaian dan bakat mereka- bahkan mereka jadi golongan terpilih kerana baka mereka. Kuasa dan kemuliaan semestinya ada dalam tangan golongan ini. Kita mesti singkirkan pemikiran bahawa pimpinan negara ini mesti berada dalam tangan mereka yang berbinkan Mahathir, Tun Razak, Hussein Onn, atau Najib.

Masa depan Melayu kononnya bergantung kepada segelintir pemimpin Melayu yang semestinya datang dari UMNO. Selagi orang Melayu disekat dari mempratikkan pilihan, maka selama itu, laungan transformasi hanya omongan kosong. Apatah lagi jika laungan itu dibuat oleh Najib yang tebal dengan fikiran fiudalisme nya.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi