Rencana

Relax itu penting — Meor Yusof Aziddin

2 FEB — Waktu-waktu yang mendatang ini saya suka berehat dan bekerja. Bekerja sebab nak cari rezeki. Berehat sebab penat melayan kehidupan dan sekeliling. Tak kerja tak ada le duit.

Dugaan memang selalu ada, kita pun sudah biasa melaluinya. Hidup ini selamanya bukan ada jaminan pun. Bila-bila masa kita boleh di atas dan di bawah.

Saya melihat sekeliling mereka semuanya watak yang sedang bekerja dan memainkan watak mereka sesempurnanya kejadian alam ini. Saya tidak akan bahkan tidak layak menilai buruk baik setiap watak itu sebab itu terkandung dalam rahsiaNya juga.

Apabila kita memandang dari sudut hakikat, yang kita faham hanyalah semuanya daripada yang satu. Diserakkannya kita ke dunia ini dan menggauli asam garam kehidupan dalam pelbagai rencah dan rasa. Apabila begitu adanya, saya akan lebih relax dan mengerti.

Apabila saya faham relax itu sangat penting untuk rohani dan jasmani kita, maka kita pun sukakan moment yang begitu.

Apabila berdepan dengan situasi yang kurang menarik, saya akan cuba memandang dari sudut hakikatnya. Maka itulah, kita tidak perlu bercakap pun kadang-kadang itu sudah cukup berharga.

Satunya banyak bercakap ni kadang-kadang kita tak sedar banyak benda-benda bodoh yang keluar. Bila lagi banyak bercakap lagilah nampak kelemahan kita ini adanya. Zaman provokasi itu sudah berlalu…

Tak bercakap pun orang tahu kita juga… Orang tak kenal pun tidak apa bagi saya.

Apa pun dari Nuruddin Al Raniri dan Hamzah Fansuri, bagi saya saya lebih setuju dengan pandangan Fansuri. Raniri bagi saya ceritanya seperti yang saya baca di dalam salah satu kitabnya seperti cerita katun di kayangan. Walaupun beliau sudah mengarang 30 kitab sewaktu zaman kegemilangan Islam di Acheh dulu.

Cuma mereka berdua masih terperangkap dalam kemelut politik dan kepentingan juga. Fansuri ngam dengan Sultan Iskandar Muda, Waktu itu Raniri tak puas hati juga dengan beliau, tapi tak boleh buat apalah… ha ha ha

Bila Sultan mangkat digantikan dengan kroni Raniri pula, maka Fansuri pun habislah…

Gedebak gedebuk, Wujudiah ke, sunni ke… semuanya cerita tentang dunia dan kuasa juga, tiadalah yang lain adanya… — www.pestajiwa.net

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

 

Comments