Rencana

Siapa lebih melampau, Nurul Izzah atau Mahathir? ― Mohd Sayuti Omar

12 Nov ―  Itulah Mahathir Mohamad kalau sudah usang dan kehebatan sudah semakin menipis, dia terpaksa bercakap atas apa juga isu untuk menarik perhatian media PB. Mahathir samalah dengan seekor serigala tua yang sudah tidak dapat memburu, akan memakan apa saja yang terjatuh di depannya. Kalau lipas mati terjatuh didepannya dingap, kalau bangkai biawak di tohok di depannya, pun dingap. Baginya asal boleh bercakap dan boleh makan.

Sebagai seorang yang sudah tua, tidak banyak kudrat dan populariti sudah menipis, maka dia akan berbuat apa saja yang terlintas di dalam kepadanya termasuk memberi ulasan atas perkara yang tidak dalam bidangnya, ataupun dia faham benar apa dibicarakan.  Sebab itulah pandangan Mahathir terhadap agama ada kalanya songsang.

Memalukan apabila dia sendiri berbuat salah, tiba-tiba tumpang semangkuk dua untuk mengecam orang lain.

Itulah Mahathir. Sepatutnya dia tidak ikut memberi komen ke atas Nurul Izzah dengan mengatakan Naib Presiden PKR itu sudah melampau apabila memberi pandangan umum berhubung kebebasan beragama.

Apakah Mahathir sengaja membodohkan dirinya dalam mentafsir apa yang Nurul Izzah katakan kerana politik semata-mata? Tidak pernahkah Mahathir membaca firman Tuhan itu? Kalau Mahathir seorang bapak politik yang baik di negara ini dia tidak akan mengulas dalam farsa demikian, tetapi menasihat puteri reformasi itu. Beliau tidak akan menambahkan kekeliruan tetapi menghentikan kekeliruan. Itulah sifat mualim.

Dia boleh kata Nurul Izzah harus berhati-hati jangan sampai terkeluar ulasan dan pandangan yang mengelirukan wartawan yang jahil mengenai agama Islam, kerana bila orang jahil mengulas dan didengari pula si jahil lagi maka jahil akan berganda-ganda. Sepatutnya selaku orang tua yang sudah dipersarakan Mahathir mendapat maklumat terperinci sebelum mengutuk Nurul Izzah sebagai melampau. Nurul Izzah tidak wajar dijadikan musuhnya sebaliknya perlu dilayan sebagai anak atau cucu.

Mahathir sepatutnya menjadi ikon semua orang. Dia tidak sepatutnya menjadi penjaga garisan dalam politik negara ini lagi. Mental dan fizikalnya sudah tidak membenarkan. Mahathir jangan cuba-cuba melawan takdir. Dia boleh menonton politik ini menerusi tv di rumahnya dan boleh mengulas di depan tv tanpa didengari oleh orang lain. Di situ katalah apa pun ia tidak merosakan pandangan orang lain sebab orang tidak mendengarnya. Politik Malaysia ini lepaslah kepada budak-budak, berikan kesempatan untuk mereka belajar, memperkuatkan minda politik kerana negara ini akhirnya akan jatuh ke tangan mereka juga.

Enak Mahathir mengatakan Nurul Izzah melampau dengan pandangan itu. Orang yang tidak mudah lupa akan mentertawakan Mahathir ha ha ha... Boleh kita tanya apakah Mahathir tidak merasakan demikian dengan kata-katanya sebelum ini yang berbunyi; kita lebih baik berkawan dengan syaitan dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali? Apakah kata-kata itu tidak melampau dan boleh menjejaskan akidah? Rasanya kata-kata itu menjadikan Mahathir seperti dulang mengatakan paku yang serpih.

Oh, kalau Mahathir mudah... ditafsirkan bahawa Mahathir bermaksud lain, bukan seperti mana difahamkan itu. Dan mudah saja mengatakan pembangkang berniat jahat. Apakah mengenai Nurul Izzah itu tidak bermnaksud demikian? Kenapa harus spin kata-kata Nurul Izzah itu?

Sebenarnya kata-kata Mahathir dari farsa yang difahamkan itu juga melampau dan membimbangkan. Ia boleh mengelirukan dan boleh menyebabkan orang akan menganggap berkawan dengan syaitan tidak menjadi masalah. Orang akan beranggapan berdasarkan kata-kata Mahathir itu bahawa syaitan sebenarnya ada juga yang baik. Oh Mahathir....harus bertaubat atas kesilapan itu.

Jadi secara peribadi saya tidak menerima kutukan Mahathir kepada Nurul Izzah itu selagi beliau tidak mengutuk dirinya sendiri dengan apa yang beliau katakan itu. Kemelampauan Nurul Izzah dalam konteks  agama bukan sebanyak dan sedahsyat Mahathir. Izzah hanya melakukan sekali kesilapan (kalau ia memang silap dan niatnya begitu), tetapi Mahathir sudah banyak kali. Dah banyak dah...

Kata-kata dan pandangan Mahathir terhadap agama Islam banyak yang meragukan dan ada yang sehingga boleh menjatuhkan sesat dan rosak pegangan (akidah). Misalnya tanggapan beliau Nabi Muhammad s.a.w. simpan janggut disebabkan tidak ada gillatte adalah satu tanggapan yang menghina sunah Rasulullah. Tahulah sendiri apakah hukum dan bahananya orang menghina Rusulullah.Saya ingin sangat Mahathir mengulangi ayat-ayat itu di Iran, Syaria, Pakistan, Afghanistan dan Madinah.

Mahathir juga pernah mempersendakan hukum hudud, cuba menolak hukum hudud dengan mengatakan ia adalah hukum hudud Pas. Ironisnya beliau sendiri tidak pernah membentangkan, usahkan anekmen hukum hudud, deraf hukum hudud pun tidak. Tidak mahu menerima hudud mungkin boleh dimaafkan atas maslahat agama, tetapi menolak dan mempersendakan hudud satu yang berat dari sisi agama, berdosa dan celaka.

Hasil ajaran dan didikan Mahathir mengenai hudud maka lahirnya seorang murid mutabar yang menolak hudud bernama Chua Soi Lek. Itulah hasil dan kesannya dari perbuatan lisan Mahathir. Soi Lek tidak akan berani mempertikaikan hudud kalau Mahathir bukan gurunya. Chua Soi Lek akan mempertahankan dirinya dengan bersandarkan kepada Mahathir. Sebab itu pemimpin Umno tidak menghentam Soi Lek bila Cina itu menghina hudud sebab, pemimpin Umno tidak mahu memalukan Mahathir. Hentam Soi Lek bermakna memansuhkan pandangan Mahathir mengenai hudud. Woww...

Mahathir cukuplah dengan apa yang sudah anda lakukan selama 22 tahun lalu. Negara ini banyak rosak kerana anda dan orang Melayu hidup bercemperaian ini pun adalah kerana anda juga. Apakah anda akan berhenti selepas Umno hancur dan tidak akan menjadi penguasa lagi? Nampaknya Mahathir akan berkubur bersama Umno Baru yang diilhamkan.Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan, sihatkah, katanya saham Felda terus merudum. Betulkah?

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Comments