Rencana

Umno dan Maulidur Rasul 2013 — SakmongkolAK47

January 26, 2013

26 Jan – Maulidur Rasul tahun ini boleh kita anggap Maulidur Rasul Umno. Tanpa segan silu, Umno memasukkan tema wasathiyah tonggak kesatuan ummah untuk Maulidur Rasul tahun ini. Dengan langkah itu, maulidur Rasul tahun 2013 menjadi Maulidur Rasul yang paling di politikkan. Pada masa yang sama, ia menampakkan Umno sangat terdesak.

Mengapa jadi demikian? Kerana gelanggang agama merupakan gelangang terakhir untuk Najib mengembalikan sokongan orang Melayu yang bertambah luntur kepada Umno. Kian hari orang Melayu sedar bahawa masa depan mereka, rezeki mereka dan kelansungan hayat kaum Melayu bukanlah bergantung kepada Umno.

Banyak parti2 Umno kaum lain yang tewas dalam pilihanraya, tidak pula membawa kepada kemusnahan negara dan kemunduran bangsa.

Parti Umno orang Jepun, LDP kalah dalam PRU, kita tidak nampak negara dan ekonomi Jepun kecundang atau rakyat Jepun mati bergelimpangan.

Umno rakyat Indonesia, GOLKAR tewas PRU atau PEMILU- kita tidak lihat ekonomi Indonesia gagal. Malah kerajaan dibawah pimpinan SBY mengekang rasuah yang tidak terbendung selama ini dan mengenalkan demokrasi secara lebih luas untuk rakyat Indonesia.

Umno kaum India, CPI tewas PRU mereka, negara India terus hidup.

Pengajaran nya: walaupun parti tradisional yang dianggap keramat untuk sekian lama jika tewas tidak membawa penderitaan kepada rakyat jelata. Orang Melayu sedar akan perkara ini.

Mereka juga sedar selama 55 tahun, mereka ditakut2kan supaya berfikiran bahawa kalau Umno tidak ada, maka dunia orang Melayu akan kiamat. Ianya tidak demikian. Jika Umno tewas, esok matahari masih naik dan muncul.

Dalam negara kita pun, kita sudah pun melihat contoh2 didepan mata. PAS memerintah Kelantan dengan segala halangan dan sabotaj dari Umno negeri tersebut tetap membangun. Kuasa beli berada dalam tangan rakyat. Kita tidak nampak rakyat Kelantan mati bersepah dijalan raya.

Umno yang mengaku menjaga dan membela orang Melayu rupa2 nya menjaga dan membela Melayu Umno. Mereka menzalimi dan menganiayai orang melayu Kelantan yang merupakan majority rakyat negeri tersebut. Jika kita menyokong Umno bererti kita bersubahat menzalimi dan menganiayai rakyat Kelantan.

Demikian juga di Selangor. PR memerintah, rakyat bertambah sejahtera. Hasil dari perlombongan pasir meningkat dari RM8juta setahun kepada RM20juta setahun. Dana kepada sekolah agama rakyat RM6 juta setahun, untuk sekolah Cina RM4 juta dan sekolah Tamil RM4 juta.

Semasa Umno perintah, tidak ada peruntukan untuk sekolah agama rakyat. Melayu Umno tidak membantu Melayu bukan UMNO. Sedangkan Melayu bukan Umno adalah rakyat negeri tersebut. Ertinya, sekian lama kekayaan untuk rakyat Selangor di rompak dan dilanun oleh Melayu Umno.

Kerajaan PR mewarisi reseb tunai RM600 juta dari Khir Toyo- dan selama memerintah telah berbelanja RM800 juta untuk rakyat. Mengikut hukum, tentulah reseb tunai akan berkurangan. Alhamdulillah, reseb tunai negeri Selangor dibawah PR sekarang RM2500 juta. Kerana apa? Kerana dahulunya Melayu Umno rasuah dan merompak perbendaharaan negeri.

Di Kedah, keadaan bertambah baik dibawah Melayu PAS. Dibawah Melayu Umno, negeri itu menimbunkan hutang dan merompak hasil balak. Sekarang hutang tidak ada, bajet diseimbangkan dan hasil dari balak meningkat berlipat ganda.

Orang melayu tidak juga teraniaya di Pulau Pinang dibawah Lim Guan Eng. Jika orang Melayu memberi kepercayaan kepada Cina seperti Lim Guan Eng, balasan kepada mereka ialah pentadiran dan kerajaan yang lebih baik dan yang tidak melupakan orang Melayu.

Hari ini, 70% dari kontrak untuk kontraktor kelas F diperolehi oleh orang melayu. Semasa Umno dan BN memerintah Pulau Pinang, kontraktor Melayu yang membolot kontrak ialah Melayu Umno.

Jadi, Najib sudah hilang modal. Hendak bercakap mengenai pentadbiran yang baik, semua kerajaan dibawah kuasa PR menunjukkan prestasi yang lebih baik. Hendak bercakap mengenai pembangunan, negeri dibawah PR pun boleh melakukan pembangunan dan kemajuan. Apa yang dia boleh cakap?

Tilek dan lihat, Najib merasakan dia masih mempunyai pilihan terakhir , yakni mengambarkan Umno sebagai kelompok yang menjuarai Islam yang sebenar. Dan secara peribadi dengan menyangka dia akan menonjolkan diri nya pro orang Islam lebih dari orang lain, dia pergi ke Tebing Gaza hanya untuk melakukan diplomatic blunder yang memalukan. Lawatan nya dihentam oleh presiden Palestine, Mahmud Abbas.

Najib gagal memperoleh laba dari lawatan nya ke Gaza. Dia dilihat sebagai seorang reckless. Dia terdesak. Kalau kita jemput dia rasmi tandas awam pun dia akan melakukan nya.

Najib tahu, semua orang melayu yang beragama islam akan menyambut maulidur Rasul. Maka dia melihat sambutan maulidur rasul memberi dia kesempatan untuk menonjolkan Umno sebagai penterjemah Islam yang sebenar.

Maka bersidanglah Najib dengan segala sida2 politik( political eunuchs) dan segala punah-sihat dan segala punai-sihat mencari apakah mukjizat dan azimat yang boleh dia pakai dan guna. Maka terpantullah konsep wasathiyah sebagai mukjizat dan azimat yang dicari. Benarkah ianya demikian?

Apa dia strateji Najib dan Umno? Dia mahu menunjukan kepada orang melayu yang beragama Islam, Umno lah pengamal sejati wasathiyah.

Wasathiyah yang di nukilkan dari ayat 143 Surah Al Baqarah menyatakan bahawa umat Islam adalah Ummatan Wasatho- umat yang pertengahan. Umat yang terpilih adalah umat yang sederhana, yang menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan umat yang boleh mengadili kelompok lain.

Tapi Najib lupa untuk melayakkan dirinya dan Umno sebagai ummatan wasotho, mereka mesti mengamalkan nilai2 sederhana, seimbang, dan adil in actual fact.  Bukan cakap tapi tidak dilaksanakan dalam kehidupan. adil erti nya memerintah mengikut prinsip rule of law dalam zaman moden ini.

Maka untuk layak jadi contoh, individiu dan parti Umno mesti mempraktikkan elemen2 wasathiyah tadi- sederhana, seimbang, dan adil. kedua, kalau prinsip wasathiyah sebermula menjadi darah daging Umno, maka perlakuan Umno mestilah juga menonjolkan wasathiyah.

Jika perlakuan Umno jauh menyimpang dari memperlihatkan operasi prinsip ummatan wasatho atau wasathiyah, maka ternyata Umno sekali lagi secara berniat, mahu menipu dan membohongi rakyat Malaysia khususnya orang melayu yang beragama Islam.

Jika Najib dan Umno berpandukan wasathiyah, maka sudah tentulah tidak ada pemborosan dan pembaziran, tidak ada rasuah, tidak ada mencuri harta benda negara dan tidak mencuri harta rakyat.

Bagaimana Umno mahu medukung wasathiyah jika rekod nya dalam konteks sederhana, seimbang dan adil semua gagal? Jika dari segi pratikal nya Umno gagal, maka wasathiyah hanyalah slogan yang Umno guna untuk menipu kaum Melayu.

Sebagai contoh awal- boleh atau tidak najib dijadikan contoh dalam sederhana berbelanja? Dia suruh penerima BR1M belanja cermat2, jangan boros. Orang lain dia ingatkan supaya melakukan kebaikan. Pada diri nya dan keluarga, dia lupa.

Tentulah kita terlebih dahulu akan menyangkakan seorang yang menasihatkan kita supaya belanja sederhana, akan terlebih dahulu mengamalkan perlakuan tersebut. Rekod Najib dalam konteks ini – adalah dismal dan mendukacitakan.

Bil letrik 4 tahun RM10juta. Bil air 4 tahun, RM1.9juta. bawa keluarga holiday di Australia naik pesawat milik kerajaan RM6 juta. Ialah dengan pendandan rambut, tukang urut, tukang make up dan sebagainya. Bukan kita dengki. Kalau duit sendiri dan pesawat komersial- nak pergi ke bulan pun tidak ada orang peduli pun.  

Maka Nampak sangat, Najib dan Umno mempersendakan agama Islam dan perayaan Maulidur Rasul. Semua dunia tahu, tema wasathiyah yang Umno gunapakai untuk maulidur Rasul 2013, mengeluarkan Umno daripada layak mendapat sokongan rakyat khusunya orang Melayu. Semuanya hanya slogan kosong untuk Umno meneruskan agenda politik nya dan kesinambungan hayat nya.

* Artikel ini telah dimuat turun di sini.

** Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

 

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi