Side Views

Azmin berbohong — Awang Selamat

May 20, 2012

20 MEI — Keengganan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan beliau, terus mencetuskan persoalan besar. Sebelum ini Azmin menafikan beliau adalah pelaku dalam video berkenaan. Bagaimanapun penafian itu dipersoalkan oleh banyak pihak. 

Kes video itu bukan sahaja menjadi perhatian orang ramai malah turut mencetuskan kemelut baru dalam PKR. Kebanyakan pemimpin kanan parti tersebut tidak mempertahankan Azmin. Bagi membersihkan namanya, beliau perlu segera membuat laporan polis. Ia merupakan perkara asas bagi proses mencari kebenaran dan keadilan. Tanpa laporan polis, apa sahaja penafian bahkan tindakan untuk menyaman media, tidak akan memberi erti. 

Ramai melihat tindakan Azmin menghantar notis saman kepada Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan daripada blog berhubung isu video itu lebih kepada strategi bagi mengurangkan mudarat kepada PKR lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13). — utusan online

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Talk of the web