Side Views

Bisik-bisik — Awang Selamat

June 16, 2012

16 JUN — Awang terpanggil untuk mengulas lagi gesaan kepemimpinan Pas supaya semua ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam Pilihan Raya Umum ke-13 menangguh ibadat haji kerana menjangka pilihan raya itu akan jatuh pada musim haji ini. 

Idea yang ditimbulkan oleh Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya terus dipertahankan oleh pemimpin Pas yang lain, yang bagi Awang lebih cenderung serta bersandarkan kepentingan parti tersebut. 

Amatlah tidak adil untuk cuba memberi pemahaman awam bahawa Rukun Islam kelima itu boleh ditangguhkan kerana soal undi pilihan raya; sedangkan dalam konteks Malaysia, peluang mengerjakan haji itu suatu rahmat setelah lama menunggu giliran. 

Bagi Awang, ia memperlihatkan betapa Pas sekarang menggelabah ketika para pemimpinnya terlalu rakus untuk memperoleh undi sehingga tidak melihat realiti serta seolah-olah tanpa kehadiran dan undi mereka yang mengerjakan haji, ia mungkin tewas. Pas jangan lupa bahawa undi umat Islam negara ini (dalam konteks ini yang mengerjakan haji) adalah ‘sulit’!. — utusan online

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Talk of the web