7-day Archive: 
The Malaysian Insider

Side Views

Bisik-bisik — Awang Selamat

February 11, 2012

11 FEB — Semua sedia maklum sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih bertitik tolak daripada kisah cinta seorang penganut Kristian, Saint Valentine. Pelbagai versi kisahnya diadun. Sejak itu masyarakat Kristian khususnya menjadikan 14 Februari setiap tahun untuk sambutan Hari Valentine. Ia tidak terkecuali di negara kita.

Bagi kita yang beragama Islam, seperti mana keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dibuat pada 2005, ia perlu dijauhi kerana amalan sambutan itu tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Malah jawatankuasa itu menyatakan dengan jelas bahawa roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat. Semua itu bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Malangnya di Malaysia, ramai golongan muda Islam sama ada yang telah dan belum berkahwin terikut-ikut untuk bersama-sama menyambut dan merayakan Hari Valentine. Awang percaya sesetengahnya tidakpun mendalami sejarah atau hujung pangkal sambutan tersebut.

Jika keadaan sedemikian wujud mereka cukup terdedah kepada pemesongan akidah. Awang berharap golongan muda Islam khususnya meneliti sejarah sambutan Hari Valentine supaya mereka jelas bahawa roh perayaan itu mempunyai unsur-unsur agama lain.

Banyak cara untuk kita menyatakan kasih sayang kepada seseorang mengikut batas agama dan budaya kita tanpa perlu meniru kaedah Saint Valentine.

Awang – Berdoa... — Utusan Online

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.