12 FEB — Suatu waktu dahulu, pemimpin utama Pas menghina bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berikutan arahan kerajaan agar pasukan keselamatan membantu menghapuskan babi yang dijangkiti Japanese Encephalitis (JE).
Walaupun langkah tersebut bertujuan mengawal wabak tetapi ia telah dipolitikkan dengan cara menjijikkan. Antara lain pemimpin Pas menyatakan bahawa “orang Badawi di tanah Arab menjaga unta dan kambing tetapi Badawi di Malaysia menjaga babi.”
Kalau dalam ceramah Pas pada dekad 1980-an dan awal 1990-an, mudah sahaja terhambur maki hamun termasuk perkataan babi selain label kafir kepada parti politik bukan Islam.
Sekarang pemimpin Pas bertindak sebaliknya dengan tidak lagi mengambil kira soal sensitiviti Islam. Babi boleh didekati. Ada pemimpin parti itu mengedarkan angpau kepada penjual daging babi dengan kedudukannya sangat rapat dengan babi.
Semua itu demi politik bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum. Adalah tidak mengejutkan jika ada pemimpin dan wakil rakyat Pas selepas ini sanggup bawakan daging babi dalam dulang untuk disajikan dalam majlis.
Ini kerana ada sahaja kewajaran bagi menghalalkan perbuatan mereka. Awang juga tidak terkejut jika dalam diam, Pas menghalalkan jika ada sumbangan untuk dana politik daripada peniaga babi. Sudah tiada batasan bagi Pas.
Sama ada mendekati babi, membenarkan jualan arak, penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam, mendiamkan gerakan murtad, aksi bersama pelacur mahupun memilih gay sebagai pemimpin, sudah boleh diterima.
Apa hendak jadi.... — Mingguan Malaysia
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.






