Memilih janji — Mior Kamarul Shahid
17 JUN — Datuk Seri Najib Razak sering memberitahu rakyat bahawa ‘esok lebih baik daripada hari ini’, yang bermaksud masa depan mereka akan lebih terjamin jika terus memberi mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebagai Perdana Menteri, ini adalah janji beliau kepada rakyat. Dalam amalan sistem demokrasi, parti pembangkang juga tidak dilarang membuat janji, terutama menjelang pilihan raya. Janji politik dimasukkan dalam manifesto parti. Pembangkang berjanji untuk memperjuangkan hak dan kebebasan, keadilan, ketelusan dan mengadakan perhimpunan jalanan. Kerajaan pula menjanjikan kebahagiaan, keselesaan hidup, kemakmuran dan jaminan keselamatan untuk rakyat. Tujuan pembangkang membuat tuntutan mengguna sentimen rakyat, mudah difahami. Mereka tidak boleh menjanjikan untuk membina kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air, membina sekolah, rumah, menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat dan sebagainya kerana ia sudah pun dilakukan Kerajaan BN sejak sekian lama.
Tapi dengan spekulasi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kian hampir, bertambah banyaklah janji yang ditaburkan pembangkang. Bezanya, kerajaan tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, manakala pembangkang berjanji apa saja yang mereka rasakan boleh mempengaruhi pemikiran rakyat. Bagi pembangkang, soal janji itu praktikal atau tidak, adalah tidak penting buat masa ini. Bagi pembangkang mereka mahu menang pilihan raya kali ini dengan apa cara sekali pun. Mereka tidak peduli sekiranya rakyat menuntut janji mereka yang hampir mustahil untuk diterima, kemudian. Untuk membuat pilihan, rakyat biasanya lebih yakin menuntut janji yang dibuat kerajaan. Mereka percaya kerajaan berkemampuan menunaikan janji berpandukan kepada segala sumber selain kepakaran dan tenaga kerja. Rakyat tidak boleh menuntut apa-apa daripada pembangkang kerana mereka tidak ada kemampuan untuk menunaikan janji. Mereka sekadar mampu bercakap kosong. Bagi pembangkang, soal janji itu praktikal atau tidak, adalah tidak penting buat masa ini. Bagi pembangkang mereka mahu menang pilihan raya kali ini dengan apa cara sekali pun. Mereka tidak peduli sekiranya rakyat menuntut janji mereka yang hampir mustahil untuk diterima, kemudian. Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Najib perlu mengotakan apa dikatakannya. Dari segi makna, janji seorang pemimpin bukan sekadar kata-kata atau cerita kosong. Ia tidak boleh diumum sesuka hati kerana setiap janji mempunyai implikasinya selain memberi harapan menggunung kepada rakyat. Jika pandai berjanji tetapi tidak ditepati akan menyebabkan rakyat hilang rasa hormat. Janji adalah ibarat ‘hutang’ yang perlu ditunai. Banyak peribahasa dan perumpamaan mengenai janji, contohnya ‘manusia dipegang kepada janjinya.’ Ada juga ingatan bahawa jangan suka berjanji jika tidak ditepati. Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang suka menipu. Mereka memberi janji kosong.
Daripada rekod, janji Najib boleh dipegang kerana janji yang dibuat kepada rakyat sebelum ini, sudah pun ditunaikannya. Antara janji Najib yang sudah ditunaikan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mana memberi RM500 untuk setiap isu rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, bantuan RM100 kepada murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dan Baucar Buku RM200 kepada 1.3 juta pelajar. Kerajaan juga sudah menunaikan janjinya untuk membuka, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), iaitu bantuan bulanan antara RM100 hingga RM450 bagi 500,000 penerima, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) untuk 100,000 isi rumah, Perumahan Rakyat Malaysia (PR1MA) untuk pembeli rumah pertama di kawasan bandar dan Transformasi Kedai Rakyat (TUKAR). — beritaharian online
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.



