Side Views

Politik fascism Umno lawan politik demokrasi rakyat (Bahagian 1) — Sakmongkol AK47

May 11, 2012

11 MEI — Apa pasal kita menibai Umno? Jawapannya sama seperti mengapa Umno menibai parti lawannya. Kita membantai Umno sebab Umno jadi penghadang kepada pencapaian demokrasi untuk rakyat. Umno pula menibai parti lawan, kerana meraka menghalang jalan untuknya mendapat kuasa mutlak atau fascism.

Umno mewakili system demokrasi totalitarian. Rakyat mahukan demokrasi penyertaan dimana mereka menjadi equal stakeholders dalam menentukan masa depan negara. Jadi “demokrasi” yang disokong dan didukung oleh Umno bertentangan dengan demokrasi yang rakyat mahukan.

Umno bercakap mengenai demokrasi yang maksudnya, tidak sama dengan demokrasi yang di fahami oleh rakyat. Cara mencapai demokrasi kita berbeza- Umno menggunakan cara fascis , rakyat mahukan cara penyertaan bersama.

Kita semua tahu akan bahaya jika kuasa di monopoli oleh satu orang atau oleh kumpulan yang kecil. Hari ini peneroka Felda di haramjadahkan. Esok semua rakyat akan di perlakukan serupa. Sebutan dan pengucapan itu datang dari orang yang gila- gila kuasa. Hanya orang yang gila kuasa sahaja yang megeluarkan kata2 kesat sedemikian rupa. Kita yang mewakili rakyat bukan gila kuasa, tapi kita mahu ambil kuasa dari orang gila.

Orang yang tahu Najib Razak yang sebenar tidak akan hairan dengan pengucapan istilah-istilah dari usus-usus busuk perbendaharaan katanya. Kalau di Pekan, istilah bangsat dan papa kedana sering di ucapkan. Nak jaga diri sendiri tak boleh, nak melawan saya pernah di halakan kepada lawan politiknya. Jadi istilah haramjadah bukan suatu yang luar biasa yang datang dari seorang haramjadah politik.

Setahun yang lalu saya seringkali bertemu dan bertukar fikiran mengenai isu-isu politik dengan seorang ahli politik veteran. Beliau yang berasal dari Malaysia Timur mempunyai pandangan politik yang telah terbentuk oleh pengalaman pratikal dalam gelanggang politik. Sebagai veteran politik yang bergerak bersama Umno , saya merasakan pengalamannya amat berharga untuk di gunakan supaya kita faham realpolitik negara ini.

Apa yang paling menarik ialah prognosisnya keatas politik Malaysia dan kedudukan Umno. Konklusi yang dia sampai ialah oleh kerana Umno itu pendukong kepada nilai-nilai politik TOTALITARIAN, maka Umno sebetulnya bertentangan dengan nilai politik rakyat.

Rakyat mahukan demokrasi penyertaan atau participative democracy manakala Umno mahukan hegemonic democracy. Bila Umno bercakap mengenai perpaduan misalnya, apa yang sebenarnya yang ia maksudkan ialah perpaduan dibawah KETUANANnya. Sedangkan rakyat mahukan dan lebih memuliakan perpaduan matlamat( unity in purpose).

Dan bila berlaku pertembungan antara pertubuhan politik seperti Umno dengan rakyat, rakyat akan menang. Seperti juga mana mana pemerintahan di dunia ini, Umno juga tertakluk kepada regime change yang di bawa oleh rakyat.

Sebab itu, seringkali saya cakap, kuasa pemerintahan bersifat TOL atau LPS- Lesen Pendudukan Sementara. Kamu berada di sana, sementara rakyat haramjadah ini menyokong kamu. Apakala rakyat menolak kamu, maka kamu lah yang jadi haramjadah.

Saya suka pandangannya, kerana kami sama sama mempercayai bahawa dasar-dasar yang di bawa oleh Umno hari ini, terutama sejak tahun 1988 adalah dasar yang meruntuhkan negara.

PRU-13 nanti akan menyaksikan pertembungan antara pendukong dan penyokong demokrasi( rakyat) dengan penyokong dan pendukong system politik totalitarian atau fascism. Rakyat bertembung dengan system politik yang di pertahankan oleh Umno.

Apa yang di wakili oleh Umno sebetulnya? Ia mewakili kepentingan golongan elit dan kroni. Ia mewakili konsentrasi kuasa dalam tangan segelintir mereka yang terpilih. Ia mewakili system pemerintahan dari atas ke bawah.

Slogan Najib bahawa zaman dimana kerajaan tahu yang terbaik sudah berakhir, adalah omongan kosong seorang kaki kelentongan. Golongan terpilih menentukan apa yang baik atau tidak baik untuk rakyat. Umno mewakili system yang mendahulukan faedah untuk golongan elit, selebihnya barulah untuk rakyat.

Siapa yang menyokong Umno hari ini? yang menyokong Umno ialah yang suka kepada Totalitarian regime. Ketuanan itu dan ini dan perhambaan itu dan ini. penyokong system totalitarian yang suka autokrasi, mereka yang cenderung kepada kediktatoran, pemerintah kuku besi, komunis. Jadi Umno yang sukakan konsentrasi atau pemusatan kuasa dalam tangannya sahaja, hampir sama dengan komunis.

Kenapa mereka suka jadi kuku besi dan konsentrasi kuasa dalam tangan mereka? Bukan hanya boleh mengharam-jadahkan rakyat tapi kerana kuasa untuk kaut nikmat untuk diri , keluarga dan kroni. Ini yang Umno telah jadi hari ini.

Itulah sebabnya, Umno mahu meramaikan ahli dan anggota parti. Sebab ia mahu kekal terus berkuasa sebagai rejim totalitarian. Jika anggota parti ramai, walaupun anggota tidak tahu apa-apa dan jahil, mereka akan terus menyokong Umno.

Umno yang ada hari ini bukan lagi Umno yang di bentuk oleh pemimpin negarawan sebelum Umno asal di haramkan dalam tahun 1987. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 adalah nama pena Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Beliau merupakan bekas Adun Pulau Manis (2004-2008).

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.