Sedar dirilah — Awang Selamat
15 JULAI — Beberapa teman menarik perhatian Awang terhadap sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang suka memusuhi media.
Dalam debatnya bersama Presiden MCA, Chua Soi Lek baru-baru ini, beliau seperti biasa melemparkan tohmahan terhadap Utusan.
Bukan Utusan sahaja yang kena, Star juga menjadi sasaran serangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu ekoran laporan isu projek lereng bukit.
Awang sudah lali dengan tabiat beliau menyalahkan media. Sampai hari ini, Utusan diboikot oleh kerajaan DAP negeri itu berikutan banyak pendedahan terutama isu kepincangan dan ketidakadilan.
Akhbar New Straits Times (NST) juga pernah diboikot daripada membuat liputan. Tidak terkecuali, TV3 yang beberapa kali ditempelak oleh Guan Eng walaupun melaporkan hal yang benar. Ini termasuk isu kenyataan beliau mentohmah negeri Johor banyak kejadian jenayah berbanding Pulau Pinang yang sesuai untuk pelaburan. — utusan online
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.



